“Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan dari diri kamu berpasang-pasangan supaya kamu merasa tenang bersamanya; dan Dia jadikan sesama kamu perasaan kasih sayang dan rahmat; sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir” ( Ar-Ruum : 21 )

Sunday, March 6, 2011

Rahsia Suami Isteri...

ok... ni petua untuk org perempuan jer... org lelaki jgn lak nak cuba2 try hahahaha memang tak jadi la....

Manjakani

(manjakani ni anda boleh beli kat kedai india ya...biasanya kat kedai yang jual rempah ratus mesti ada...) hehe lepas ni bila dah tahu petua ni mesti berkilo2 la manjakani beli dari kedai india kat pasar borong tu... ekekeke

pertama sebagai basuhan
#Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat.
#Gunakan air itu untuk mencuci bahagian vagina.
#Amalkan setiap hari.

kedua sebagai maajun atau ubat
#Ambil sebiji buah manjakani.
#Masukkan kedalam nasi yang sedang mendidih.
#bila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut
#potong kecil-kecil semasa masih lembut.
#makan bersama nasi yang masih panas.
#Amalkan selalu.

ketiga sebagai minuman
#Rebus buah manjakani
#Air rebusannya diminum.

-petua ini juga elok untuk melangsingkan badan dan
awet muda

#Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut (Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan)
#Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan.
#Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi.
#elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang




Latihan Kemutan Vagina

Amalkan membuat latihan kemutan faraj setiap pagi...
senaman ini juga bagus diamalkan oleh ibu mengandung bermula kandungan berusia 3 bulan... ni memperceptakan proses pembukaan rahim semasa hendak bersalin... dan bagi bersalin normal, jika senaman sentiasa diamalkan ... mungkin tidak memerlukan guntingan semasa proses kelahiran... sebab otot2 disekitar vagina akan jadi kuat... ini adalah melalui pembacaan aku dalam buku P&Ma...
#kemutkan vagina seolah-olah sedang menahan kencing selama 7 saat.
#Lakukan selama 20 kali setiap hari.



Khasiat daun Inai, Pegaga, Daun Limau Purut dan Pinang Muda

bahan2 yang ni pula macam susah je nak dapatkan... kalau duk kampung senang...
kat sini pokok inai pun tak nampak bayang...
apatah lagi nak cari pokok pinang...
pegaga tu adala jual kat pasar borong...

#Pinang muda ditumbuk untuk mendapatkan airnya yang pekat.
#Ambil daun inai, pegaga dan daun limau purut secukupnya dan ditumbuk serta diperah untuk dapatkan air yang pekat.
#campurkan kedua-dua jenis air ini.
#Ambil cotton bud dan celupkan ke dalam air ini.
#Celupkan cotton bud ini ke dalam vagina.
#Amalkan setiap hari semasa mandi petang sehingga vagina terasa benar-benar ketat.

- bab tumbuk menumbuk ni...kena hati2 jangan guna lesung yang tumbuk cili bawang...nanti pijar tak ingat!
then, kebersihan juga penting...pastikan lesung dan peralatn yang digunakan basuh dulu dengan air panas...nanti kuman2 tu jangkit pula...
nanti nak lain... lain pula yang jadi...


p/s: selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment