“Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan dari diri kamu berpasang-pasangan supaya kamu merasa tenang bersamanya; dan Dia jadikan sesama kamu perasaan kasih sayang dan rahmat; sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir” ( Ar-Ruum : 21 )

Wednesday, March 23, 2011

Petua Untuk Orang Lambat Kahwin

1. Pasang tekad dalam hati tidak mahu cari lelaki yang ada isteri.

2. Jika ada suami orang mengorat anda, sila layan sedikit sahaja. Jangan curahkan perasaan, cerita masalah pada mereka. Cari tempat lain untuk luahkan masalah, adik beradik, mak ayah, kawan perempuan dan sebagainya.

3. Luangkan masa dengan berkawan dengan orang bujang, bukan dengan orang yang berkeluarga.

4. Jika ada lelaki yang anda berkenan dihati, tetapi dia tak sekufu dengan anda (dia mungkin tidak pandai atau kaya), jangan malu-malu, tawarkan diri.

5. Kekadang disebabkan ‘kedudukan’ anda menyebabkan lelaki yang bujang rasa ‘malu’ untuk meluahkan perasaan. Lelaki yang sudah berkahwin kurang sedikit malu kerana mereka tahu, kalau mereka meluahkan perasaan, tiada kesan.

6.Yang penting sekali, sila letak sasaran bakal suami anda itu, jangan tinggi sangat. Maksudnya, janglah lelaki itu mesti kaya, pelajaran mesti ada Masters atau Ph.D. dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment