“Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan dari diri kamu berpasang-pasangan supaya kamu merasa tenang bersamanya; dan Dia jadikan sesama kamu perasaan kasih sayang dan rahmat; sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir” ( Ar-Ruum : 21 )

Sunday, March 6, 2011

KOLEKSI HADITH RASULULLAH S.A.W.

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w
pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian
rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang
mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:

"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).

Kesimpulan Hadis:

1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian



yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat

dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.

2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya

kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak

menyerupai kaum perempuan.

BUMI AKAN MENJADI SAKSI

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca
ayat ini: Yang bermaksud:

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya:

Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para

sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi

saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan

terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah

melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu

oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari

melakukan maksiat.

2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat

bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang

berlaku.

3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh

dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan

Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA

DIBULAN RAMADHAN

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan

mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa

mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa

berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat

seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat

Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput

orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma,

seteguk air minum atau seteguk susu.

AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda:

"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari

kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang

yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya

secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap

dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan

dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.

2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang

yang membacanya pada hari kiamat kelak.

CINTAKAN DUNIA

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang

mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni

talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari

kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada

hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t.

akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan

Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang

sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w.

kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat

Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh

Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang

banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu

dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas,

diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh

dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan

melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri

kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit

campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu

“cinta dunia” dan 'takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.

"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta

di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan

dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak

ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama

Allah s.w.t.

Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin

dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

DOA MALAM LAILATUL QADAR

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah!
Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar,
apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:

"Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah

Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang

demikian ampunilah diriku)."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari

segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.

2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa

memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan

segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar.

3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang

Islam terasa tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam

dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan

cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran.

ORANG MUKMIN YANG DIUJI ALLAH S.W.T.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh

Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia

menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.

2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi

kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut

SETIAP UMAT ADA UJIANNYA

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar
Rasulullah s.a.w
bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta

kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan

menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka

mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di

dalam mengu

mpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang

halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.

SOLAT SUNNAT ENAM RAKAAT

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w

" Barangsiapayang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak

berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu

baginya dengan ibadah 12 tahun"

BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah

Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya

seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang)

dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu

(dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Kesimpulan Hadis:

1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda

kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan

tanda-tanda kelemahan iman.

2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

DIHARAMKAN MEMASUKI SYURGA

Bersabda Rasulullah s.a.w

"Tiada seorang pembesar yang mati sedang ia mati dalam keadaan menipu

rakyatnya,melainkan Allah akan mengharamkannya memasuki syurga."

AMALAN PALING UTAMA

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah
ditanya:

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman

kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w

bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t.

dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji

Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya

Rasulullah s.a.w:

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang

pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w.

bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian

apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian

aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani

dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."

Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan

oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa

matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ?

Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa

ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w

bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya

akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur.

Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya.

Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang

kekal bersamanya ialah amalannya *

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh

pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa

mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T.

dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka

(orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis

kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.

PENYESALAN DIHARI KIAMAT

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang

menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya,

dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya

mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

PENJELASANNYA

Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan

hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada

kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul,

dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu

pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan

kekeliruan yang merosakkan agamanya.

Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan

kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap

Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di

hari Kiamat kelak.

Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah

beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu

merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.

Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah

ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya

sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan -keuntungan

yang abadi

PENANGGUHAN HUTANG

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya

atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya

di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali

naunganNya."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada

secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara

membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja.

2- Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana

dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang

baik di akhirat kelak.

3- Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan

bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang.

ADAB MAKAN DAN MINUM

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda:

"Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan

menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum

dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia

makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan

tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Kesimpulan Hadis:

1- Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya

adalah di antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian,

bererti dia menyerupai syaitan.

2- Sunat mengutamakan anggota sebelah kanan di dalam semua perkara

sehinggalah di dalam persoalan memakai kasut dan keluar dari rumah.

3- Ancaman dari melakukan perkara yang jelas disebut di dalam hadis sebagai

perbuatan syaitan.

No comments:

Post a Comment