“Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan dari diri kamu berpasang-pasangan supaya kamu merasa tenang bersamanya; dan Dia jadikan sesama kamu perasaan kasih sayang dan rahmat; sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir” ( Ar-Ruum : 21 )

Friday, March 18, 2011

Budak SMART

Budak S.M.A.R.T. 1

Kelas 5 Kemanusiaan Harmoni yang terletak di hujung bangunan itu riuh-rendah dengan suara dan gelagat para penghuninya. Maklumlah sudah agak lama mereka tidak berjumpa. Masing-masing sibuk bercerita tentang pengalaman percutian yang dilalui sepanjang dua bulan yang lepas. Ada yang bercuti bersama keluarga hingga ke luar negara dan ada yang hanya bercuti di rumah sendiri.

Di belakang kelas, tiga pelajar lelaki sedang rancak berbual. Namun bukan perihal percutian yang menjadi pokok perbualan mereka sebaliknya perihal guru kelas baru mereka pada tahun itu.

“Geng, siapa guru kelas kita tahun ini?” tanya Shafik kepada dua teman baiknya itu.

“Cik Mazleen,” jawab Iqbal.

“Hah? Cik Mazleen? Habislah kita,” ujar Azrizal.

“Kenapa?” Iqbal berkerut.

“Takkan kau tak kenal Cik Mazleen tu? Satu sekolah dah tahu pasal sikap kejam dia tahu!” cerita Azrizal.

Memang satu sekolah itu telah sedia maklum tentang sikap dan perangai guru mereka yang seorang itu. Siapa yang tidak kenal dengan Cik Mazleen? Cikgu yang paling kejam di sekolah itu. Pendek kata, siapa yang dapat Cik Mazleen sebagai guru kelas memang malang.

“Kejam sangat ke Cik Mazleen tu?” Iqbal masih tidak percaya. Selama ini mereka hanya mendengar cerita daripada mulut pelajar lain. Dan sekarang mereka akan merasai sendiri berada di bawah pengawasan Cik Mazleen. Mudah-mudahan semua cerita itu hanya sekadar khabar angin.

“Aku tak tahulah cerita tu betul ke tidak. Tapi kata budak tingkatan lima tahun lepas, Cik Mazleen tu cepat naik darah. Pantang silap sikit, bersedialah untuk terima habuan. Kalau tak siap kerja rumah pula, dia akan gandakan kerja tu,” tambah Azrizal lagi.

“Kalau macam tu, teruklah kita tahun ni,” Iqbal meluahkan kekesalannya. Tak seronoklah kalau tak buat kerja jahat.

“Lupakan saja semua tu. Bukannya kita tak biasa kena marah. Yang bestnya aku dengar cikgu kita yang seorang ni belum kahwin lagi tahu,” ujar Shafik.

“Betul ke, Chap? Tapi setahu aku, umur cikgu kita tu dah nak masuk 30 tahun kan?” Iqbal mengira-ngira usia Cik Mazleen yang sebenar.

“Itulah pasal!” Shafik mencelah. “Nak kata tak cantik, cantik. Ala-ala Wardina gitu.”

“Agaknya sebab dia garang sangat sebab itu tak ada orang nak pada dia,” kata Azrizal.

“Kiranya cikgu kita tu andartulah kan?” Kata-kata Iqbal disahut dengan tawa Azrizal dan Shafik.

Kelas itu bertambah gamat. Masing-masing tidak putus-putus bercerita hingga tidak menyedari akan kedatangan guru mereka.

Ketika melangkah ke kelas itu, dia sudah dapat mendengar suara riuh-rendah. Dan apabila kakinya menapak di kelas itu, darahnya seakan naik ke muka apabila melihat keadaan kelas itu.

Papan putih dipenuhi lukisan tangan yang tidak bertauliah. Di belakang kelas, bakul sampah tumbang. Sampah di dalamnya bertaburan di lantai. Meja dan kerusi tunggang langgang. Lebih teruk daripada kapal karam.

Bunyi buku yang dihempas mematikan kekecohan yang melanda kelas itu. Serta merta kelas itu menjadi sunyi. Pandangan mereka tertumpu di hadapan kelas. Pelajar yang bukan penghuni tetap di kelas itu bergegas ke kelas mereka apabila terlihat guru itu. Guru wanita itu kelihatan marah.

“Bangun… Selamat pagi, cikgu,” arah Athira yang pernah menyandang jawatan ketua kelas pada tahun lepas dan diikuti oleh pelajar lain.

“Selamat pagi,” Dalam nada marah, dia masih menjawab ucapan selamat itu. Matanya liar memerhatikan setiap raut wajah anak didik barunya pada tahun itu.

Tanpa menunggu lama, para pelajar itu melabuhkan punggung di kerusi. Namun suara garang guru wanita itu membuatkan mereka tidak jadi duduk. Yang dah duduk pula berdiri semula.

Masing-masing tunduk membisu. Tidak ada sesiapa pun yang berani bersuara ketika itu. Guru wanita itu telah mula menunjukkan kuasanya.

“Dahlah lambat turun perhimpunan, bising lagi! Dah lima tahun di sekolah ni pun tak reti-reti lagi! Mungkin ada yang baru dua tiga tahun di sini. Tapi yang dah lima tahun tu takkan tak tahu setiap hari Isnin kita ada perhimpunan?” marah guru wanita itu. Malu dia dengan sikap pelajar-pelajarnya. Hari pertama saja sudah buat hal. Beginikah sikap pelajar tingkatan lima? Pelajar yang menjadi contoh kepada pelajar yang lebih muda.

Pagi-pagi lagi dia telah ditegur oleh pengetua kerana sikap pelajar kelasnya yang tidak turun ke tapak perhimpunan pada waktu yang telah ditetapkan. Pelajar kelasnya juga mencatatkan jumlah tertinggi yang tidak mematuhi sahsiah rupa diri sebagai seorang pelajar sekolah. Tidak memakai lencana sekolah, tidak mengenakan tali leher, dan berambut panjang bagi yang lelaki. Yang perempuan pula suka melipat lengan baju kurung hingga ke siku dan tidak memakai anak tudung. Nasib baiklah sekolah itu menetapkan semua pelajar perempuan yang beragama Islam mesti memakai tudung. Kalau tidak, kalau buka tudung ni mesti ramai yang macam mat salleh.

Namun di sebalik sikap pelajarnya itu, dia tahu mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang keterlaluan. Berdasarkan rekod akademik mereka, rata-ratanya mendapat lima A dan lebih ketika Penilaian Menengah Rendah dulu. Itulah syarat yang melayakkan mereka untuk mendapat tempat di sekolah ini. Oleh itu, dia sanggup menerima cabaran pengetua untuk memikul tanggungjawab sebagai guru kelas kelas ini pada tahun ini. Dia tahu jika kena dengan gayanya, mereka pasti akan menjadi orang yang berjaya kelak.

“Kita orang lupalah, cikgu,” suatu suara menjawab.

“Lupa?” Dia tidak dapat menerima alasan itu. Dah bertahun-tahun sekolah di sini pun boleh lupa ke? Setahun ada lima puluh dua minggu. Setiap tahun, tidak kurang empat puluh kali mereka mengadakan perhimpunan. Malah kadangkala dua kali seminggu. Takkan itu pun boleh lupa? “Ada berapa orang anak yang kamu jaga di rumah tu? Cikgu lain yang sudah ada lima orang anak pun tak lupa macam kamu. Belum tua lagi dah nyanyuk!”

Agaknya sebab itulah pelajar-pelajar di sekolah ini gerun dengan cikgu yang seorang ini. Suaranya boleh didengari hingga ke bilik guru yang terletak di tingkat bawah. Memang garang. Segarang baju yang dipakainya. Merah! Kalau diamati guru wanita ini tidaklah terlalu tua namun sikapnya yang kuat melenting itu membuatkannya kelihatan lebih tua daripada usianya yang sebenar.

Suasana hening. Dia cuba menenangkan hatinya. Sabar Mazleen. Ini semua dugaan. Aku kena kuat. Ini pilihan aku. Mendidik anak bangsa menjadi orang berguna.

“Saya nak kamu semua bersihkan kelas ni sekarang juga. Selagi tak bersih, jangan harap kamu semua boleh duduk,” guru wanita itu memberi arahan.

Tanpa berlengah, tiga puluh lima orang pelajar itu segera bergerak membersihkan kelas itu. Menyapu, menyusun meja, memadam papan putih.

“Ni sampah ni,” Azrizal mengarah seorang pelajar perempuan yang sedang menyapu. “Tu, tu. Macam mana kau menyapu ni? Ni tak bersih.”

“Ni ada lagi,” Shafik mengeluarkan sampah-sampah yang ada di dalam laci mejanya ke lantai. Pelajar perempuan itu mula berang. Dia rasa dipermainkan. “Tengok apa? Sapulah cepat,” Shafik tergelak dalam hati.

Mahu tak mahu, dia terpaksa menyapu sampah-sampah itu. Tak guna! Kau sengaja nak mainkan aku ya. Dia memaki Shafik dalam hatinya seraya tangannya ligat menjalankan kerja. Tiba-tiba timbul suatu idea di kepalanya untuk mengenakan Shafik. Dia akur dengan kata-kata Shafik lalu pura-pura menyapu namun kemudian dia sengaja memukul kaki Shafik dengan penyapu itu.

“Adoi!” Shafik memegang kakinya. Kurang asam! Kau sengaja kenakan aku ya Fatin! Sakitnya.

“Sorry,” Fatin tersenyum puas hati. Padan muka kau! Nak buli aku? Jangan mimpilah!

Setelah kelas itu agak bersih, mereka berdiri di tempat masing-masing. Tidak berani untuk duduk. Takut kalau-kalau guru wanita itu mengamuk lagi.

“Baik, kamu semua boleh duduk,” ujar guru wanita itu setelah berpuas hati dengan keadaan kelas tersebut.

Sebaik-baik saja mendengarkan itu, mereka terus duduk. Guru wanita itu menunggu kesemua mereka mengambil tempat di kerusi masing-masing kemudian dia meneruskan bicara.

“Baik, nama saya, Mazleen binti Kamarul. Guru kelas kamu semua pada tahun ini,” ujar guru wanita itu sambil berjalan-jalan di sekitar kelas menatapi muka-muka baru yang dipertanggungjawabkan kepadanya sepanjang tahun itu. “Dah banyak cerita yang saya dengar tentang kelas kamu semua ni. Ponteng kelaslah, merokoklah, dan macam-macam kes disiplin yang lain. Memandangkan kamu semua berada dalam kelas saya, saya tak nak perkara-perkara macam ni berlaku lagi. Selagi kamu semua dalam kelas saya, segala tingkah laku kamu semua adalah di bawah pengawasan saya. Kalau kamu nak cabar saya, silalah. Tahulah saya nak buat apa. Kamu semua belum kenal lagi siapa saya.”

“Teruklah macam ni. Kau rasa Cik Mazleen betul-betul kotakan kata-kata dia ke?” Shafik dan Azrizal berbisik-bisik sesama sendiri.

“Entah. Dia gertak kita saja tu. Takkan dia berani?”

“Nak bertaruh?”

“Berapa?”

“Belanja main game sebulan?”

“Okay.”

“Satu lagi peraturan dalam kelas saya, saya tak nak orang bercakap apabila saya bercakap,” Cik Mazleen telah pun berada di hadapan Azrizal dan Shafik. Kecut perut mereka berdua melihat renungan tajam guru wanita itu. “Siapa nama kamu?”

“Ahmad Azrizal Hafiz bin Ariffin, cikgu,” Azrizal menentang mata Cik Mazleen. Cantik juga cikgu ni. Kalau tak garang, mesti dah ramai yang masuk meminang.

“Kenapa tak pakai tali leher?” Cik Mazleen melihat Azrizal dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tali leher tak ada, lencana tak ada, rambut pun dah hampir menutupi telinga. Selekeh betul.

“Tertinggal, cikgu,” Azrizal memberi alasan. Sememangnya dia tidak gemar memakai tali leher. Lehernya akan terasa terikat jika memakai tali leher. Pagi tadi pun Laily sudah menegurnya kerana hal itu. Dia selamba melangkah ke dalam pagar sekolah apabila namanya dipanggil oleh seorang pengawas yang bertugas.

“Azrizal,” lembut saja suara itu memanggil. Dan kerana kelembutan itu, Azrizal semakin galak mengusik gadis itu.

“Yes, baby?” Azrizal berpatah mendapatkan gadis itu.

Gadis itu berlagak biasa mendengar Azrizal memanggilnya dengan nama itu. Selama mengenali Azrizal, dia telah masak dengan perangai pelajar lelaki itu yang gemar mengusik pelajar perempuan di sekolah itu.

“Kenapa tak pakai lencana?” soal gadis itu.

“Tak ada orang nak tolong jahitkan,” ujar Azrizal manja. Dia suka melihat wajah gadis itu apabila diusik begitu. Comel!

“Tali leher awak mana? Takkan tali leher pun nak tunggu orang pakaikan juga?”

“Kalau awak nak tolong pakaikan, apa salahnya?”

“Kali ini, saya maafkan awak. Tapi esok jangan lupa pakai lencana dan tali leher,” gadis itu mengingatkannya.

“Yalah, sayang.”

“Saya bagi kamu semua tempoh seminggu,” suara Cik Mazleen membawa fikiran Azrizal ke kelas semula. “Mulai minggu depan, siapa yang tidak mengikut sahsiah rupa diri akan didenda. Faham?”

“Faham…” Hanya beberapa orang pelajar yang menyahut.

“Hai, tadi bising bukan main kuat lagi,” Cik Mazleen tidak berpuas hati dengan sambutan pelajar-pelajarnya itu lalu mengulang kembali soalannya dengan nada yang lebih tegas. “Faham tak semua?”

“Faham…!!!”

Mereka turut menguatkan suara menyamai nada suara Cik Mazleen.

“Bagus. Sekarang kita akan melantik seorang ketua kelas dan penolong ketua kelas untuk tahun ini,” Cik Mazleen melangkah ke arah papan putih.

Budak S.M.A.R.T. 2

Motosikal yang dinaiki oleh Azrizal menapak di sebuah rumah kembar dua bernombor A7032 yang terletak di Lorong Tok Sira 17. Selepas memarking motosikalnya, Azrizal melangkah ke kamar tidurnya di belakang.

Dahulu, rumah itu hanya ada tiga buah bilik. Bilik depan iaitu bilik utama dihuni oleh kedua-dua ibu bapa Azrizal, bilik tengah dihuni oleh kakak dan adik perempuan Azrizal dan bilik belakang dihuni oleh Azrizal sendiri bersama abangnya. Sejak kakaknya berkahwin, dua bilik ditambah bagi keselesaan mereka. Oleh itu, setiap seorang daripada mereka mempunyai sebuah bilik dan mereka bebas menghias bilik itu mengikut citarasa mereka sendiri.

Namun, pengubahsuaian itu dirasakan tidak berbaloi kerana sekarang mereka semua sudah membawa haluan masing-masing.

Ibu bapa Azrizal, Encik Ariffin dan Puan Farhana hanya bekerja makan gaji. Kesibukan tugas membuatkan mereka jarang-jarang berada di rumah. Abang Azrizal, Ahmad Andrian Haris, berusia 27 tahun. Akibat kecewa atas kegagalan rumah tangganya yang hanya mampu bertahan selama dua tahun, Andrian mengambil keputusan membawa diri ke Australia dan bekerja di sana.

Kakak Azrizal, Ainul Nazian, 24 tahun baru sahaja mendirikan rumah tangga pada cuti sekolah yang lalu dan kini menetap di negeri kelahiran suaminya di Kota Bharu, Kelantan. Adik Azrizal, Aina Nabila pula sedang menuntut di sekolah berasrama penuh Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur. Hanya Azrizal yang tinggal di rumah itu.

Bulan di malam hari

Datang dengan anginnya yang dingin

Ku tekad ‘kan teruskan

Apa yang dijuangkan

Untuk mencapai semua impian

Usah kau gentar dengan cabaran

Ker’na itulah takdir kita

Do you remember that ol’ lullaby

Ingatan yang lama ku kan lupa

Telah ku tinggalkan

Akan ku tuliskan memori buatmu

Semua lelaki lonely soldier boy

Katakan pada dunia lonely soldier boy

Cahaya mentari yang datang kembali

Bila hati curiga

Jantung berdegup dengan lajunya

Pejamkan saja mata tenang buat seketika

Harus kau ingati bila… Bila semua telah tiada

Hargai masa silam kita

Lagu ‘Lonely Soldier Boy’ nyanyian Hujan menerjah ke gegendang telinga sebaik-baik saja radio itu dipasang. Azrizal menguatkan suara radio itu ke tahap maksimum lalu dia menghilang ke bilik mandi. Sepuluh minit kemudian, dia lengkap berbaju T dan berseluar track sebelum mengambil tempat di hadapan komputer. Tangannya menekan suis komputer. Serta-merta talian internet disambungkan.

Dia terus menaip laman web my space. Selepas mengisi emel dan kata laluan di ruang log in, dia melihat status kawan-kawannya di situ. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat sahabat baiknya online.

“Hai, Riz!” sahabat itu menyapanya.

“Hai… Lama tak dengar cerita. Macam mana cuti sekolah? Seronok?” Azrizal membalas sapaan itu.

“Bolehlah. Awak macam mana? Pergi mana cuti hari tu?”

“Tak pergi mana pun. Paling jauh pun, balik kampung saja.”

“Kampung mak ke kampung ayah?”

“Kampung mak kat JB. Awak pula buat apa cuti hari tu?”

“Tak buat apa. Duduk rumah saja.”

“Duduk rumah saja? Tak bosan ke? Tak balik kampung?”

“Bosan juga. Tapi nak buat macam mana, ayah saya tak benarkan saya keluar. Kadang-kadang bosan juga asyik terperap saja dalam rumah ni.”

“Tak apalah. Mungkin ayah awak bimbangkan keselamatan awak.”

“Saya tahu tapi sekali-sekala saya pun nak merasa juga melepak bersama kawan-kawan saya kat luar.”

“Mungkin awak rasa agak terkongkong tapi bagi saya, ayah awak cuma mahukan yang terbaik untuk awak. Terus-terang saya cakap, saya cemburu dengan awak.”

“Awak cemburu dengan saya? Kenapa pula?”

“Yalah, ayah dan mak awak begitu mengambil berat pasal diri awak. Tak macam mak ayah saya. Dia orang tak pernah nak ambil tahu pasal saya. Saya pun jarang-jarang jumpa dia orang walaupun kita orang tinggal di bawah bumbung yang sama. Agaknya saya dah masuk tingkatan lima pun dia orang tak sedar.”

“Takkan sampai macam itu sekali?”

“Memang susah nak percaya tapi itulah hakikatnya.”

“Tapi awak masih ada ramai kawan kan? Tak macam saya. Kalau dah selalu berkurung dalam rumah ini, kawan-kawan pun dah malas nak ajak saya keluar sebab dia orang tahu mesti ayah saya tak bagi saya keluar.”

“Tak apalah. Sekurang-kurangnya kurang sikit risiko awak untuk terlibat dengan benda-benda yang tak elok kan?”

“Mungkin. Eh, kita cakap pasal benda lainlah. Awak dah dengar ke lagu yang saya bagi tu?”

“Dah. Terima kasih.”

“Best tak?”

“Best! Saya tengah dengarlah ni. Boleh saya tanya?”

“Apa dia?”

“Kenapa awak minat sangat dengan Hujan?”

“Sebab lagu dia orang unik dan universal. Ada lagu untuk abang, ada lagu untuk kakak, lagu untuk ibu dan macam-macam. Bukan cinta kepada kekasih semata-mata. Saya kagum dengan dia orang sebab dia orang berani mengutuk sikap hipokrit Amerika terang-terangan dalam lagu Ludah Amerika.”

“Nama band dia orang pun simple dan catchy kan?”

“Betul tu. Pertama kali saya dengar nama Hujan, saya dah tertarik. Yalah, kat Malaysia ni kan tak banyak band yang guna nama Melayu sebagai nama band dia orang.”

“Saya pun setuju dengan pendapat awak.”

“Awak pula macam mana? Dah dapat nama yang sesuai untuk band awak?”

“Belum. Mungkin ‘Ribut’ agaknya. Hehe…”

“Kenapa tak letak nama ‘Taufan’ saja?”

“Hehe… Kita orang tak berapa aktif sangatlah. Masih dalam proses belajar. Lagipun kita orang belum dapat cari vokalis lagi. Awak berminat?”

“Saya? Kalau saya jadi vokalis band awak, alamatnya hancurlah band awak tu. Lagipun mak dengan ayah saya tak berapa berkenan sangat dengan bab bab hiburan ni. Pantang bagi dia orang kalau anak-anak dia orang terlibat dalam bidang ni.”

“Adik-beradik awak ada yang terlibat dalam bidang hiburan ke?”

“Kalau secara serius tu tak adalah tapi kalau setakat menyanyi kat acara sekolah tu bolehlah. Itu pun mak ayah saya tak tahu. Kalau tak, habislah. Kita orang nak tengok konsert pun, dia orang tak bagi.”

“Bagus betul mak dan ayah awak.”

“Riz!”

Sedang Azrizal ralit melayan internet, tiba-tiba kedengaran suatu suara memanggilnya di luar rumah. Azrizal mengerling jam di sebelah kanan bawah pada skrin komputernya. Pukul lima setengah? Azrizal tersentak. Tak sedar sudah lebih dua jam dia berbual dengan sahabat internetnya itu.

“Sorry, saya kena pergi sekarang. Kawan saya dah datang.”

“Okaylah. Saya pun tak nak ganggu awak. Kalau ada peluang, saya teringin nak tengok persembahan awak.”

“InsyaAllah. Okay. See you,” Azrizal meminta diri kepada sahabat onlinenya itu lalu meluru ke ruang hadapan.

“Chap, Ball, jom!” Azrizal mengajak teman-temannya itu ke biliknya.

“Riz, sunyi saja rumah kau. Kau tinggal seorang ke?” tanya Shafik. Rumah itu sunyi bagai tiada penghuni.

“Biasalah. Bukan kau tak tahu mak dan ayah aku tu,” Azrizal sudah biasa ditinggalkan sendirian. Ibu bapanya selalu sahaja pulang lewat. Kadang-kadang sudah pukul tujuh pun mereka masih belum pulang. Asyik kerja sahaja tapi tak juga kaya. Mujur teman-temannya, Shafik dan Iqbal sering ke sini. Jadi, tidaklah Azrizal berasa sunyi sangat.

Cakera padat lagu Hujan itu digantikan pula dengan cakera padat sebuah band indie Malaysia yang lain, Meet Uncle Hussain.

Lalala… Lalala... Lalala...

Ha...pening kepala memikirkan tak ada kerja

Tanam anggur... sijil diploma gantung di dinding saja

Ooo, megah rasanya... Jawat kerja pegawai pemasaran

Di Pertama... Rupa oh! rupanya kerahan saja...

Lalala... Hari hari kerja

Lalala... Bosan dengan kerja

Lalala... Hidup harus kerja!

Ahh..terpinga-pinga... Tak puas lagi beradu...mengantuk...

Subuh hingga senja... Hari hari sama saja...

Ahh..nak bancuh kopi tapi gulanya tiada... Minum saja...

Kerja bagai nak gila tak juga kaya...

Gelisah... ku gelisah mengenangkan masa depan...

Ku harus kerja... Oh! mesti kerja..

Tiada apa yang percuma... kau letih

Jika tiada kerja... Oh! papa kedana...

Shafik terangguk-angguk menghayati rentak lagu Lalala…kerjalah! itu sementara Iqbal pula leka melayari internet di komputer Azrizal.

“Nah,” Azrizal menghulur cakera padat itu kepada Shafik. Shafik mengambil cakera padat itu daripada Azrizal.

“Hujan?” Shafik membaca nama band yang tertera di cakera padat itu. “Band mana ni?”

“Malaysialah. Band indie,” jawab Azrizal.

Band indie adalah istilah yang digunakan bagi sebuah band yang menggunakan modal sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana syarikat rakaman. Dari penghasilan lagu, proses rakaman, pemasaran dan lain-lain. Pendek kata, semuanya sendirilah!

“Kau dah dengar? Best ke?”

“Best jugalah. Cubalah kau dengar,” Azrizal mencapai gitarnya di sisi katil lalu memainkan suatu melodi. Gitar itu adalah pemberian pak ciknya, yakni abang kepada ibunya. Gitar itu adalah hadiah berikutan keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan PMR dulu. Hanya pak ciknya itu yang memahami minat dan cita-citanya.

“Tengok sini,” Iqbal mengambil cakera padat itu daripada tangan Shafik, melihat sekilas lalu diserahkan semula kepada Shafik.

“Aku pinjam dulu ya,” ujar Shafik.

“Pinjamlah tapi jangan lupa pulangkan balik,” balas Azrizal.

“Aku tahulah. Ball, kau tengok apa tu?” Shafik melihat Iqbal. Entah apa yang dilihatnya di internet itu sampai langsung tidak menoleh ke kiri, ke kanan mahupun ke belakang.

“Aku tengah tengok idaman aku ni,” ucap Iqbal.

“Awek ke? Cun tak?”

“Cun,” Iqbal sengaja mengumpan perhatian Shafik.

“Aku nak tengok juga,” Shafik bangkit menghampiri Iqbal dengan penuh teruja. “Mana? Cis! Aku ingatkan gambar awek tadi. Rupanya gambar drum.”

“Aku rasa aku tak sebut pun perkataan ‘awek’ tadi.”

“Kau saja nak kenakan aku kan?”

“Rilekslah. Cuba kau tengok drum ni. Buat aku geram saja. Oh, drum! Bilakah aku dapat memilikimu?”

“Dalam mimpi!” kata Shafik geram. “Dahlah. Bagi aku guna pula. Dah lama aku tak buka friendster aku.”

“Kau ada friendster ke?”

“Apa? Kau ingat aku ni kolot sangat ke?”

“Memang pun. Orang sekarang dah tak main friendsterlah. Orang sekarang layan my space.”

“Tak kisahlah apa-apa pun. Tepilah,” Shafik menarik lengan Iqbal agar berganjak dari komputer itu. Namun Iqbal enggan. Maka berlakulah insiden tarik-menarik antara mereka berdua.

Azrizal tidak mengendahkan teman-temannya itu. Dia memejamkan mata sambil menjiwai irama yang dialunkan oleh jari-jemarinya.

Budak S.M.A.R.T. 3

Kelas di hujung bangunan tiga tingkat itu tenang. Para penghuninya kelihatan tekun mendengar penerangan Cik Mazleen tentang novel sastera Seteguh Karang.

Novel yang mengisahkan perjuangan hidup seorang gadis yang bernama Awanis berusia 22 tahun dan sedang menuntut di ITM cawangan Arau, Perlis. Kehidupan Awanis atau Anis yang bahagia dan ceria bertukar corak setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya yang mengerikan. Kematian ibu bapanya secara mendadak memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan Awanis, Maysarah dan Anita.

Semuanya kelihatan tekun. Namun ketekunan mereka bukan kerana penerangan Cik Mazleen sebaliknya masing-masing tekun membuat aktiviti sendiri. Azrizal kelihatan khusyuk mengadap novel Seteguh Karang itu namun bukan novel sastera itu yang dibacanya sebaliknya dia khusyuk membelek majalah komik Gempak di bawah meja. Novel sastera itu sengaja didirikan di atas meja agar majalah komik kegemarannya itu tidak dilihat oleh Cik Mazleen.

Shafik yang duduk di sebelahnya pula hampir tertidur dek kerana kebosanan. Sememangnya dia paling tidak suka mata pelajaran bahasa Melayu apatah lagi subjek sastera. Tapi nak buat macam mana? Prestasi Peperiksaan Menengah Rendahnya tidak cukup kuat untuk dia melayakkan diri ke kelas sains.

Iqbal pula asyik melihat Cik Mazleen tanpa berkelip sambil menopang dagu. Di matanya memang Cik Mazleen namun di fikirannya dia membayangkan Cik Mazleen sebagai Waheeda Wassini yang sedang mendendangkan lagu untuknya. Alangkah bagusnya kalau Waheeda Wassini yang menjadi gurunya. Kalau hari-hari kena datang sekolah pun tidak mengapa asalkan dapat menatap wajah artis kesayangannya itu.

“Azrizal, cuba terangkan sinopsis bab satu,” Cik Mazleen sengaja ingin menguji pelajar itu. Dari tadi dia lihat Azrizal tunduk tanpa mengangkat muka. Khusyuk benar dia membaca. Namun Azrizal seolah-olah tidak mendengar panggilan gurunya itu.

“Riz,” Melissa yang duduk di belakang Azrizal memanggil namanya namun Azrizal masih tidak mengalihkan pandangannya. Matanya masih melekat pada komik kesukaannya itu. Melissa mula berang kerana panggilannya tidak didengari. Budak ni, nak kena marah dengan Cik Mazleen ke? “Riz…” Melissa menggerak-gerakkan kerusi Azrizal dari belakang.

“Apa?” Azrizal berpaling ke belakang. Kacau betul. Orang tengah syok baca komik ni.

“Cikgu panggil kaulah,” ujar Melissa separuh berbisik. Azrizal tersentak lantas segera berdiri.

“Ya, cikgu.”

“Boleh awak terangkan pada kelas apa sinopsis bab satu?” Cik Mazleen mengulangi pertanyaannya. Memang sah budak ni buat benda lain. Aku panggil pun dia tak dengar.

“Bab satu?” Azrizal membelek novel di hadapannya mencari bab pertama yang dimaksudkan. Apa aku nak jawab ni? Baca pun tak. “Bab satu ni pasal… erm… err…” Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia dapat merasakan bahawa tiga puluh lima pasang mata termasuk Cik Mazleen melihat ke arahnya menantikan jawapan.

Namun bunyi ketukan di pintu menyelamatkannya daripada terus menjadi tumpuan. Ketukan itu mengumpan perhatian mereka ke arah pintu. Di muka pintu, kelihatan seorang wanita yang berusia sekitar empat puluhan, bertubuh sederhana, dan berkaca mata menggamit Cik Mazleen. Di sisinya seorang pelajar lelaki yang agak tinggi dan kurus. Bajunya putih seperti baru dibeli. Kemas bertali leher. Sekali tengok dah dapat agak mesti anak orang kaya.

Azrizal mengeluh lega apabila Cik Mazleen menghampiri wanita itu. Keriuhan mula melanda kelas tersebut. Kesemua mereka mula bercakap-cakap sesama sendiri.

“Pengetua dengan siapa tu?

“Pelajar baru ke?”

“Handsome juga kan?”

“Mesti anak orang kaya,” salah seorang daripada mereka mengajuk sebuah iklan di televisyen. Mereka bercakap-cakap sambil melihat Cik Mazleen dan pengetua. Kedua-dua mereka kelihatan seperti sedang membincangkan sesuatu. Sesekali pengetua menunjuk ke arah pelajar lelaki di sebelahnya itu.

“Syy…”

Mereka diam apabila Cik Mazleen melangkah masuk bersama pelajar baru itu. Semua mata tertumpu ke hadapan kelas. Tidak sabar ingin mengetahui tentang kawan baru mereka itu.

“Kamu semua ni.tak kiralah cikgu ada ke, cikgu tak ada ke, bercakap saja memanjang. Macam pasar,” Cik Mazleen menegur sikap pelajarnya yang tidak pernah hendak diam itu. “Baik, hari ini kita ada seorang kawan baru. Namanya Tengku Shamsul Baharin bin Tengku Sulaiman. Tengku Shamsul ni baru berpindah dari Kuala Lumpur,” penerangan Cik Mazleen itu menjawab segala persoalan yang bersarang di kepala tiga puluh lima orang anak didiknya.

“Orang Kuala Lumpur tu,” suatu suara kedengaran. Mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri. Mungkin kagum apabila disebut Kuala Lumpur. Maklumlah Kuala Lumpur itu kan ibu negara Malaysia dan menjadi pusat segala kemewahan. Kuala Lumpur juga terkenal dengan tempat-tempat menarik seperti KLCC, Menara KL, Plaza Sungei Wang, Berjaya Times Square, Petaling Street, dan banyak lagi.

Bagi yang tidak pernah ke Kuala Lumpur pasti membayangkan kehidupan di Kuala Lumpur yang serba mewah, maju dan glamour. Setiap orang pasti mengimpikan untuk hidup di Kuala Lumpur. Namun bukan semua orang mampu untuk tinggal di situ. Kata orang, Kuala Lumpur itu tempat orang-orang kaya. Rumah besar-besar dan kos hidup di sana juga tinggi.

“Untuk tahu lebih lanjut, kamu semua boleh tanya dengan Tengku Shamsul sendiri nanti,” Cik Mazleen mencari bangku yang masih kosong. “Ada tempat kosong?”

“Sini, cikgu,” Zahid menunjuk meja di sebelahnya yang masih belum berpenghuni sejak hari pertama sekolah dibuka. Selepas ini pasti dia tidak akan keseorangan lagi.

“Shamsul, kamu duduk di sebelah Zahid dulu,” ujar Cik Mazleen. Tanpa sepatah kata, Shamsul melangkah ke tempat duduk yang dimaksudkan. Dia mula berkenalan dengan Zahid. Namun jiwanya masih terasa asing. Dia memerhati ke sekeliling kelas. Tanpa sengaja matanya bertaut dengan Athira yang duduk satu baris dengannya. Shamsul mengukir senyuman namun senyumannya tidak berbalas. Shamsul menjungkit bahu melihat sikap Athira itu namun dia tidak mengambil serius akan hal itu.

“Sampai mana kita tadi?”

Mereka kembali menumpukan perhatian pada pengajaran Cik Mazleen yang tergendala sebentar tadi.

Minta-mintalah Cik Mazleen tak ingat nak tanya aku semula. Dahlah aku tak baca lagi novel ni. Novel apa entah. Bosanlah sastera sastera ni. Baik baca komik. Cik Mazleen ni pun satu. Baru buka sekolah dah suruh baca buku pelajaran. Azrizal mengomel sendiri di dalam hati.

“Azrizal, saya tak habis lagi dengan kamu. Kamu belum jawab lagi soalan saya tadi kan?” soal Cik Mazleen. Ingat aku lupa ke? Aku belum nyanyuk lagi tahu!

Azrizal tersentak. Alamak! Macam mana Cik Mazleen boleh ingat?

“Sebenarnya cikgu, saya tak baca lagi novel ni,” ujar Azrizal berterus-terang dengan harapan Cik Mazleen akan memaafkannya dan mengajukan soalan itu kepada pelajar lain.

“Kenapa kamu tak baca lagi? Bukankah kelmarin saya dah suruh kamu semua baca bab satu novel ni?”

Azrizal diam. Macam mana nak baca kalau di depannya ada komik yang lebih seronok untuk dibaca? Bukan hobi akulah baca novel ni. Lagipun SPM bukannya esok. Ada sepuluh bulan lagi untuk berseronok. Baca sekarang pun belum tentu akan ingat isi ceritanya hingga SPM nanti. Kenapalah pelajar sekolah selalu disuruh mengulangkaji pelajaran? Satu hari kan hanya ada dua puluh empat jam. Takkan dua puluh empat tu nak dihabiskan dengan mengadap buku saja? Bosannya hidup!

“Azrizal!”

Azrizal tersentak.

“Kamu jangan duduk selagi kamu tak dapat jawab soalan saya,” tegas Cik Mazleen.

Azrizal akur. Sah-sahlah aku takkan dapat duduk. Satu apa pun aku tak tahu pasal novel ni.

“Shafik…”

Giliran Shafik pula yang tersentak.

“Apa sinopsis bab satu?”

Shafik memandang Azrizal.

“Tak dapat jawab juga. Berdiri,” Cik Mazleen mula bertindak tegas. Bukan boleh bagi muka sangat dia orang ni. Nanti pijak kepala. Biar mereka rasa sikit.

“Iqbal…”

Iqbal bangkit. Aku pula? Iqbal diam. Seperti Azrizal dan Shafik, dia juga tidak membaca novel itu semalam.

“Athira.” Seorang demi seorang daripada mereka disoal. Kalau tidak dibuat begini, pasti mereka ambil mudah.

“Bab satu ni pasal Anis yang keletihan kerana baru tiba dari Arau dengan menaiki rel bas walaupun perjalanannya tidak terlalu panjang. Dia keletihan kerana terpaksa berdiri sepanjang perjalanan dari Arau sampai ke Ipoh. Keletihannya semakin bertambah apabila dia terpaksa mengheret barang-barangnya ke stesen bas dalam keadaan cuaca yang panas terik,” jawab Athira.

“Bagus,” Cik Mazleen memuji Athira. Sekurang-kurangnya ada juga yang dapat menjawab soalannya. “Seterusnya apa yang berlaku, Fatin?”

“Setibanya di rumah, Anis disambut oleh kakaknya, Maysarah yang berwajah murung. Sikap kakaknya berubah selepas kematian ibu dan bapa mereka dalam kemalangan jalan raya. Perbualan Anis dan kakaknya tidak semesra dulu,” Fatin menjawab dengan yakin.

“Sebelah Fatin, sambung,” ujar Cik Mazleen. Seorang pelajar perempuan bangkit untuk menjawab soalan Cik Mazleen.

“Anis terlena sehingga jam 6 petang dan hanya terjaga apabila dikejut oleh Anita yang baru pulang dari kelas tuisyen. Hubungan antara Anis dan Anita sangat mesra sehingga Anis sering mengusik adiknya, Anita semasa menonton rancangan Kantonis di televisyen.”

“Ada sesiapa nak tambah?” tanya Cik Mazleen. Semua tunduk. Tidak berani memandang wajahnya. Takut dipanggil untuk menjawab soalannya. Macam nak masuk dalam meja.

“Saya, cikgu,” seorang pelajar lelaki mengangkat tangan untuk menjawab. Cik Mazleen menggangguk. “Sesekali Anis terkenang akan abah dan mamanya yang telah meninggal akibat kemalangan yang penuh tragis. Antara kakaknya, Maysarah dan adiknya Anita, Anislah yang paling tabah menghadapi cabaran dan dugaan. Ketabahan Anis teruji apabila dia terpaksa ke ITM Indera Kayangan tanpa diirngi oleh keluarganya. Tugas dan tanggungjawab keluarga Anis diambil alih oleh Pak Oni. Semasa makan malam bersama-sama keluarganya, Anis memberitahu tentang latihan praktikalnya di Terengganu. Anita sangat sedih mendengar berita tersebut.”

Azrizal sempat mengerling pelajar itu. Dia geram apabila ternampak buku siri ulasan dan kajian tentang novel tersebut di tangan pelajar lelaki itu. Tak aci! Main tipu! Pelajar lelaki itu hanya tersengih.

Budak S.M.A.R.T. 4

“Tya, aku tengok budak baru tu asyik pandang kau aja masa dalam kelas tadi. Aku rasa dia syok kat kaulah,” Fatin menjeling ke arah Shamsul yang sedang makan tidak jauh daripada mereka berdua ketika waktu rehat tengah hari itu.

“Hish…Kau ni,” Athira membantah andaian teman baiknya itu. Dia turut memandang ke arah Shamsul. Boleh tahanlah. Kemas. Tapi mana boleh lawan buah hati aku. “Handsome tapi tetap tak boleh lawan boyfriend aku.”

“Aku tak tahulah kau ni rabun ke ataupun tak nampak. Budak hantu macam tu pun kau boleh suka?” Fatin mempersoalkan perihal buah hati teman baiknya itu.

“Dia bukan sebarang hantu tahu. Sehantu-hantu dia pun, dia tak pernah buat benda tak elok kat aku tahu,” Athira membela buah hatinya. Biar apa pun kata orang dia yakin dengan pilihannya. Baginya, biarlah nampak jahat pada pandangan mata orang. Yang penting dia tahu siapa buah hatinya yang sebenar. Hubungan mereka dah hampir dua tahun. Dah saling mengenali hati budi.

“Hai, sorang saja ke?” sapanya.

Athira mendongak ke arah pemilik suara itu.

“A’ah,” jawab Athira pendek.

“Kalau macam tu jomlah kita pergi kantin sama,” pelawa suara itu lagi.

Athira masih ingat hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah itu. Segala-galanya terasa asing baginya. Tercongak-bangak dia melihat pelajar-pelajar berpusu-pusu ke kantin. Semua sudah ada geng sendiri. Tidak ada seorang pun yang sudi berkawan dengannya.

Di sekolah lama dulu dia mempunyai ramai teman baik. Berat hatinya untuk berpisah dengan mereka apatah lagi rata-rata temannya adalah teman sepermainannya sejak kecil. Namun kuasa bukan di tangannya. Mahu tak mahu dia terpaksa mengikut orang tuanya berpindah ke ibu negeri Darul Makmur ini. Semuanya gara-gara ayahnya yang ditukarkan oleh majikannya ke sini.

Pada masa itu Athira sangat marahkan ayahnya. Fikirnya ayahnya tidak mempedulikan perasaannya. Kemarahannya semakin membara apabila ayahnya tidak dapat menghantarnya pada hari pertama dia di sekolah baru. Namun kemarahannya mula reda sebaik-baik saja dia mendapat kawan baru di sekolah itu. Keramahan pelajar lelaki itu telah menyelamatkan dirinya daripada terus diburu rasa asing di sekolah baru. Bahkan pelajar lelaki itu banyak membantunya menyesuaikan diri di bandar kelahiran ibunya ini.

Ekoran itu, Athira amat menyenangi kehadiran pelajar lelaki itu. Pelajar lelaki itu memang pandai mengambil hatinya. Dan memandangkan pelajar lelaki itu orang pertama yang dikenalinya sejak dia berpindah ke situ, pelajar lelaki itu sering didahulukan daripada kawan-kawannya yang lain. Tanpa disedari pelajar lelaki itu mendapat tempat yang istimewa di hatinya. Hubungan mereka bertambah rapat dari sehari ke sehari hingga membibitkan rasa sayang.

Athira tersenyum apabila mengingati detik awal perkenalannya dengan teman lelakinya. Pada masa itu perangai teman lelakinya tidaklah seteruk sekarang. Orangnya baik dan rajin menolong. Berbeza dengan dirinya yang sekarang. Mungkin pengaruh rakan.

Maklumlah dulu teman lelakinya berkawan baik dengan Fakhrul, anak inspektor polis. Orangnya boleh tahan. Tinggi, kurus. Olahragawan sekolah pula tu. Memandangkan Fakhrul kawan teman lelakinya, Athira juga rapat dengan Fakhrul. Namun tanpa Athira ketahui, keintimannya dengan Fakhrul mengundang cemburu di hati teman lelakinya. Hampir seminggu teman lelakinya tidak menegurnya dan Fakhrul. Bermacam-macam persoalan bermain di benaknya ketika itu. Hubungan teman lelakinya dan Fakhrul juga tidak semesra dulu. Seakan terbentang jurang yang besar antara mereka.

“Awak pergi mana? Puas saya cari.”

Dua tiga menjak ni terasa payah benar nak bercakap dengan lelaki itu memandangkan lelaki itu sering mengelakkan diri daripadanya.

“Buat apa cari saya? Fakhrul kan ada.”

“Lain macam aja bunyinya. Awak cemburu ya saya baik dengan Fakhrul?” ujar Athira sekadar mengusik.

“Memang saya cemburu.”

Athira tergamam. Dia turut terkedu. Tak sangka ayat itu boleh keluar daripada mulutnya. Suasana hening seketika. Masing-masing kehilangan kata-kata.

“Awak sukakan saya?”

Dia tunduk. Perlahan dia menggangguk.

Athira tersenyum mendengar pengakuan lelaki itu. Rupa-rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan.

“Awak....”

“Dahlah Tya. Saya ada hal ni. Lain kali ajalah kita cakap.”

“Awak tak nak dengar jawapan saya ke?”

“Tak apalah, Tya. Saya dah tahu jawapannya.”

“Macam mana awak tahu?”

“Dahlah Tya. Tak payahlah awak nak berdolak-dalih lagi. Saya tahu pasal awak dengan Fakhrul. Satu tingkatan dah heboh.”

“Awak percaya? Kenapa awak tak tanya saya sendiri?”

“Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang?”

“Sekarang biar saya pula yang berterus-terang. Sebenarnya saya dengan Fakhrul tak ada apa-apa. Kita orang kawan saja.”

Sepatutnya dia berasa lega mendengar kenyataan itu tapi dia masih berasa sangsi. Mungkin Athira hanya nak menyedapkan hatinya. Fikirnya.

“Tapi dia orang cakap awak dengan Fakhrul...”

“Itu kata dia orang. Bukan saya. Lagipun hati saya dah dicuri oleh seseorang,” ujar Athira malu-malu.

Siapa? Mahu saja dia mengajukan soalan itu namun mulutnya seakan terkunci. Takut kalau-kalau jawapan itu akan menambah luka di hatinya.

“Awak nak tahu siapa orangnya?”

Dia diam.

“Siapa?” soalnya berbasa-basi. Jantungnya berdegup kencang menantikan jawapan daripada Athira.

“Takkan awak tak tahu?” Athira cuba menduga.

Dia menggeleng.

“Ni orang kat depan saya ni. Ahmad Azrizal Hafiz Ariffin.”

Dia terkejut namun gembira mendengar pengakuan Athira.

“Nama tu macam nama saya aja,” dia berlagak tidak mengerti namun di hatinya sudah berbunga keriangan.

“Ada orang lain nama macam awak ke kat sekolah ni?”

Pengakuan Athira itu menjernihkan kembali hubungan Azrizal dan Fakhrul. Hubungan mereka bertiga kembali bertaut malah semakin tersimpul rapi. Namun ‘jodoh’ mereka tidak panjang. Beberapa minggu selepas PMR, Fakhrul terpaksa berpindah ke Ipoh lantaran bapanya ditugaskan ke sana.

Perangai Azrizal mula berubah semenjak dia berkawan dengan Shafik dan Iqbal ketika di tingkatan empat. Bukanlah nak mengata tapi itulah kenyataan. Shafik dan Iqbal banyak memberi pengaruh tidak baik kepada Azrizal. Kalaulah Fakhrul masih ada. Tiba-tiba wajah manis lelaki itu bermain di fikiran Athira.

“Hai, girls!” suara yang menyapa itu tersengih lalu menarik kerusi menyertai dua gadis itu.

Muka ni lagi. Menyibuk saja!

“Buah hati kau dah muncul,” Fatin seolah-olah tidak senang dengan kehadiran bebudak tiga orang itu.

“Tak makan ke?” soal Athira lembut. Cakap dengan buah hati, haruslah lembut!

“Riz nak tunggu Tya suapkan,” ujar Azrizal mesra. Dengan buah hatilah tempat nak bermanja.

Athira cuma tersenyum mendengar kata-kata Azrizal. Fatin hanya menjeling. Meluat aku! Menyampah!

“Hai, takkan tanya Riz saja?” Shafik mencelah. Aku yang terpacak kat sini tak ada siapa nak ambil tahu.

“Kau orang pun tak makan lagi ke?” tanya Athira lagi. Shafik dan Iqbal saling berpandangan.

“Kita orang pun nak tunggu Tya suapkan,” seloroh Shafik. Mana aci kalau Riz seorang saja yang disuap oleh awek? Aci kat Indialah. Lagi mahu tanya.

“Banyak cantik? Kau ingat Tya ni siapa? Ada hati nak suruh girlfriend aku suapkan. Kau suruhlah Fatin suapkan,” Azrizal menuding ke arah Fatin.

“Excuse me. Aku tak terlibat okay?” Fatin naik angin apabila namanya dikaitkan. Tak ingin aku! Ada tangan suaplah sendiri.

“Aku pun tak ingin kau suaplah. Daripada kau, baik aku suruh mak aku yang suapkan,” Shafik dan Fatin saling menjeling.

“Dahlah. Kau orang ni asyik bergaduh saja,” tegur Athira. “Gaduh-gaduh nanti boleh jadi suka tahu.”

“Haah. Tetiba nanti kita orang dapat kad jemputan saja. Tengok tengok nama pengantinnya, Mohd Shafik Nazmi dengan Fatin Farhana Zulkifli,” tambah Azrizal.

“Ah, tak ingin aku nak kahwin dengan dia!” bantah Fatin. Tolonglah. Bukan taste aku.

“Jangan risaulah. Aku pun tak ingin hantar rombongan meminang kat kau,” balas Shafik. Mereka saling menjeling kemudian berpaling ke arah bertentangan.

“Haa, tengok perwatakan pun sama. Kau orang ni memang ada jodohlah,” Iqbal sengaja melaga-lagakan mereka.

“Kalau kau cakap lagi, aku curah air sirap ni kat muka kau,” Fatin semakin berang.

Geramnya aku. Ya Allah, janganlah aku ada jodoh dengan mamat ni. Dahlah tak handsome, keputusan peperiksaan pun selalu dapat nombor corot.

“Amboi, garangnya!” Iqbal masih tidak puas mengusik.

“Ball, kau jangan kacau hal rumah tangga orang. Rumah tangga dia orang biar dia orang selesaikan sendiri,” Azrizal turut menambah kemarahan Fatin.

“Tya, kau marah sikit boyfriend kau ni,” marah Fatin. Azrizal, Iqbal dan Athira berpandangan lalu tertawa sesama sendiri.

“Zahid, siapa nama budak perempuan tu?”

Zahid melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Shamsul. Kelihatan Athira sedang berbual-bual mesra dengan Azrizal.

“Owh…Tu? Athira. Kenapa? Kau syok kat dia ke? Lupakan sajalah. Dia dah ada balak,” Zahid tidak mahu Shamsul menaruh harapan. Lagipun hubungan Azrizal dan Athira dah nak masuk dua tahun. Walaupun Azrizal suka main-main tapi dalam bab awek dialah yang paling setia.

“Siapa balak dia?”

“Siapa lagi? Budak yang duduk sebelah dia itulah.”

“Budak tu?” Shamsul seakan tak percaya. Athira tu dahlah cantik. Berkulit cerah.

Lembut saja. Tapi balak dia? “Selekeh saja aku tengok.”

“Hei kawan, orang kalau dah suka, yang hitam pun dikatakan putih.”

Shamsul berkerut mendengar kata-kata Zahid. Dia memandang ke arah Athira semula. Pada pandangan matanya, Athira seorang gadis yang comel. Mukanya bersih. Pakaiannya kemas. Jelas menunjukkan ciri-ciri seorang ketua kelas. Kata Zahid lagi, Athira merupakan pelajar paling cemerlang kelas sastera. Dahlah cantik, pandai pula tu. Shamsul kemudian mengalihkan pandangannya kepada Azrizal. Tali leher tak ada. Lencana tak ada. Rambut pun tak terurus Berbeza betul dengan aweknya. Macam manalah Athira boleh terpikat pada dia? Hairan aku.

Budak S.M.A.R.T. 5

“Sham, macam mana hari pertama kat sekolah baru?” soal Puan Kamariah tatkala anaknya itu muncul di muka pintu rumah mereka petang itu.

“Bosan,” rungut Shamsul sambil menanggalkan kasutnya kemudian diletakkan di rak yang tersedia di tepi pintu.

“Mula-mula memanglah Sham rasa macam tu. Sham cubalah berkawan dengan budak-budak kat sini. Bila Sham dah ada kawan nanti, mama yakin Sham mesti seronok duduk kat sini,” Puan Kamariah tahu Shamsul masih berasa asing di situ. Bukan mudah anaknya itu hendak menyesuaikan diri di tempat baru dengan sekelip mata. Tambahan pula, banyak yang sudah berubah dalam kehidupannya.

Maklumlah selepas hampir 17 tahun dia melalui kehidupan di Kuala Lumpur, tiba-tiba dia terpaksa meninggalkan semuanya. Di Kuala Lumpur, Shamsul mempunyai ramai kawan. Setiap petang selepas waktu sekolah, ada-ada sahaja aktiviti yang dilakukan oleh Shamsul bersama kawan-kawannya. Main bola dan jamming adalah dua aktiviti rutin Shamsul ketika di Kuala Lumpur tetapi di sini dia tidak mempunyai kawan untuk melakukan aktiviti itu lagi. Pastilah Shamsul berasa kekurangan sesuatu.

“Mama harap Sham dapat menyesuaikan diri dengan bandar ni,” ujar Puan Kamariah sambil tangannya ligat menyusun perkakas di ruang itu. “Sham dah habis berkemas?”

“Belum,” jawab Shamsul. Memang sejak hari pertama mereka tiba di situ, tidak ada satu pun barangnya yang dikemasnya kerana Shamsul sendiri tidak pernah rela untuk berpindah ke situ.

“Tak apalah. Sham pergi mandi dulu. Lepas tu turun makan. Kita makan sama-sama. Mama dah masak nasi,” Puan Kamariah cuba berlembut dengan Shamsul. Dia tahu Shamsul sebenarnya berat hati meninggalkan kehidupannya di Kuala Lumpur.

“Yalah, ma,” Shamsul menurut kata ibunya lalu melangkah ke biliknya yang terletak di tingkat atas banglo dua tingkat itu.

Di biliknya, Shamsul merebahkan tubuh ke katil. Dia tidak ada semangat untuk berbuat apa-apa. Seakan baru semalam dia diberitahu tentang pertukaran kerja papanya.

Pada mulanya dia tidak mahu mengikut mama dan papanya berpindah ke Kuantan. Dia lebih rela menetap di asrama sekolah lamanya daripada berpisah dengan kawan-kawannya dan meninggalkan kehidupannya di sana. Namun, papanya tetap berkeras mahu dia ikut sekali. Alasannya kerana tidak ada sesiapa yang dapat menjaganya di Kuala Lumpur.

“Sham dah besarlah, pa. Sham boleh jaga diri Sham sendiri,” Shamsul enggan mengikut mama dan papanya pindah.

“Sham, Sham tu anak papa dan mama. Papa dan mama takkan tinggalkan Sham kat KL ni sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?” tegas Tengku Baharin.

“Papa dan mama tak payahlah risau. Cikgu dan kawan-kawan Sham kan ada,” Shamsul masih cuba memujuk papanya agar membenarkan dia terus tinggal di situ.

“Walau apa pun alasan Sham, papa tetap dengan keputusan papa. Sham akan ikut papa dan mama berpindah ke Kuantan. Sham faham?”

Shamsul mengeluh apabila mengenangkan pertelingkahan dengan papanya ketika papanya memberitahu yang mereka sekeluarga akan berpindah ke Kuantan.

Kuantan? Apa yang best? Midvalley tak ada. Sungai Wang tak ada. KLCC lagilah tak ada!

Budak S.M.A.R.T. 6

Loceng waktu pertama telah berbunyi. Para pelajar bergegas ke kelas masing-masing. Namun tiga orang pelajar lelaki itu masih leka bersembang di kantin. Melihatkan itu, seorang pengawas perempuan menghampiri mereka bertiga.

“Azrizal, Shafik, Iqbal, kenapa tak masuk kelas lagi? Awak bertiga kena masuk kelas sekarang. Kelas dah nak mula,” pengawas perempuan itu memberi arahan. Dia mesti tegas dengan tiga orang pelajar itu. Bukan boleh bagi muka sangat dia orang ni.

“Sabarlah sayang. Kejap lagi kita orang masuklah. Sayang masuk kelas dulu ya. Kejap lagi abang datang,”

Merah padam muka pengawas perempuan itu mendengar panggilan sayang Azrizal kepadanya. Azrizal tersengih melihat reaksi pengawas perempuan itu.

“Baik awak bertiga masuk kelas sekarang. Kalau tidak…”

“Kalau tidak apa, sayang?”

“Riz!”

Dia tidak tahan mendengar panggilan itu lagi. Berbulu telinganya. Memang sejak dari dulu dia membantah keras hasrat ibunya untuk menghantarnya belajar di sekolah ini. Pernah dia menyuarakan hasrat hatinya untuk bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Afzan yang terletak tidak jauh dari rumah mereka. Mudah untuknya pergi dan balik sekolah. Hanya berjalan kaki. Tambahan pula, ramai kawannya yang belajar di situ. Jadi tidaklah dia berasa sunyi.

Namun ibunya tetap berkeras mahu menghantarnya belajar di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib ini. Alasannya agar mudah bagi ibunya untuk melihat dia kerana ibunya mengajar di sekolah ini. Walaupun sekolah ini merupakan antara sekolah yang terbaik di seluruh negeri Pahang namun apa yang dia lihat pelajar-pelajarnya sama sahaja dengan pelajar-pelajar sekolah lain. Kata sekolah bestari tapi kenapa pelajar yang tidak menunjukkan ciri-ciri bestari juga diterima untuk belajar di sini?

“Cikgu-cikgu tak boleh nak buat apa-apa sebab ibu bapa dia orang merupakan penyumbang terbesar dalam PIBG sekolah,” ujar ibunya apabila soalan itu diajukan.

Mentang-mentanglah ibu bapa dia orang penyumbang terbesar dalam PIBG sekolah, dia orang ingat dia orang boleh buat sesuka hati dia orang? Kalau nak buat sesuka hati, suruhlah ibu bapa dia orang bina sekolah sendiri. Peraturan tetap peraturan. Semua pelajar kena ikut.

“Baiklah, sayang. Abang masuk kelas sekarang ya,” Azrizal mengajak Shafik dan Iqbal masuk ke kelas. Laily menghantar langkah mereka bertiga dengan anak matanya. Yalah tu. Ingat aku tak tahu kegiatan kau orang? Bukan dia tidak tahu tabiat mereka bertiga yang suka ponteng sekolah terutamanya masa subjek Sejarah. Tapi ke mana dia sendiri tidak dapat menjawabnya.

“Orang dah masuk kelas ni. Jom kita cabut,” Shafik melihat sekeliling. Kawasan sekolah itu telah sunyi memandangkan para pelajar berada di kelas masing-masing pada waktu itu.

“Jom,” mereka bertiga melangkah ke pagar depan.

“Ada orang tak?”

Mereka bertiga melihat-lihat sekeliling memastikan tiada sesiapa yang nampak mereka. Line clear!

“Kau orang buat apa kat sini?” suara itu menyertakkan mereka bertiga. Serentak mereka memandang ke arah suara itu.

“Eh, kalau kau nak belajar lama kat sekolah ni lebih baik kau jaga hal kau sendiri,” Azrizal memberi amaran kepada pelajar lelaki itu. “Jangan sibuk hal kita orang. Dah, pergi masuk kelas. Belajar rajin-rajin.”

“Riz, boleh percaya ke budak baru tu?” Shafik mula tidak sedap hati.

“Yalah, Riz. Kalau dia bagi tahu pengetua macam mana?” tanya Iqbal pula.

“Dia takkan berani punya,” ujar Azrizal yakin walaupun sebenarnya dia sendiri tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh pelajar baru itu.

“Tapi kalau dia lapor kat pengetua?”

“Tahulah aku ajar dia,” Azrizal sudah pun melepasi pagar batu itu. Shafik mengikut jejak Azrizal namun Iqbal masih tidak berganjak di situ. Dia masih ragu-ragu. “Ball, kau nak ikut ke tidak?”

“Aku ikut,” Iqbal memanjat pagar itu mengikut teman-temannya ke seberang jalan.

Apalagi masalah budak bertiga ni? Setiap hari kerjanya menambah kedutan di muka orang sekeliling. Aku yang baru berusia lewat 40-an ini pun dah nampak tua daripada usia yang sebenar. Budak bertiga ni memang tak serik. Suka sangat jadi tetamu kehormat Cikgu Mohamad. Dah beratus kali keluar masuk bilik guru disiplin pun tak mendatangkan apa-apa kesan.

Dalam banyak-banyak peraturan sekolah, peraturan mana yang mereka belum langgar? Datang dan balik sekolah sesuka hati, ponteng kelas, tak buat kerja rumah, menyakat budak perempuan, buat bising, bergaduh semuanya mereka dah lalui. Cuma tinggal tak bakar sekolah aja. Ops! Kalau bakar sekolah tak dapatlah mereka nak ponteng kelas ya tak?

Puan Hajah Rubiah pening kepala mengenangkan sikap budak bertiga itu. Sebentar tadi, dia mendapat laporan daripada seorang pelajar. Katanya Azrizal dan kawan-kawannya merancang untuk ponteng sekolah. Ke mana pula dia orang nak pergi? Mana lagi? Mesti ke tempat itu!

***

“Riz, kau main dah lama. Bagilah aku pula,“ Iqbal menolak Azrizal yang sedang ralit bermain games di sebuah komputer.

“Nantilah. Aku tengah syok main ni. Kau mintalah dengan Chap,“ Azrizal masih tidak berganjak dari komputer di hadapannya.

“Bosanlah macam ni,“ Iqbal melihat sekitar kafe siber itu. Semua tempat telah berpenghuni.

Jika tidak masuk sekolah, itulah destinasi mereka. Kafe siber yang terletak di seberang jalan itu berhadapan dengan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar yakni sekolah di hadapan sekolah mereka. Kedua-dua sekolah itu memang selalu bersaing baik dari segi pelajaran mahupun ko-kurikulum.

“Seronok nampak?“

Mereka tersentak mendengar suara itu. Suara itu sudah tidak asing lagi kepada mereka. Pengetua? Perlahan-lahan mereka menoleh ke belakang. Kelihatan Puan Hajah Rubiah tersenyum memandang mereka.

Azrizal, Shafik dan Iqbal dibawa ke bilik pengetua. Teruk mereka dimarahi oleh pengetua. Namun semua itu tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap mereka. Lagipun ini bukanlah kali pertama mereka ditangkap kerana ponteng sekolah. Sudah berpuluh-puluh kali. Mereka juga sudah lali.

“Awak bertiga boleh balik ke kelas,“ arah pengetua setelah penat dia berceloteh. Entah apa nak jadi dengan mereka ni? Anak siapalah?

Sesampai di kelas mereka bertiga terus mencari pelajar baru itu. Menyibuk betul budak ni. Memang nak kena ajar!

Pelajar baru itu telah bersedia apabila melihat tiga pelajar itu melangkah ke arahnya. Tak puas hatilah tu.

“Kau apa hal?” marah Azrizal.

“Kenapa? Tak puas hati?” Pelajar baru itu menentang muka Azrizal.

“Memang aku tak puas hati!” Azrizal mula meninggi suara. “Yang kau sibuk-sibuk sangat pasal kita orang ni kenapa? Dah tak ada kerja lain?”

“Aku cuma buat apa yang aku rasa betul,” pelajar baru itu mempertahankan diri. Dah ada peluang untuk sekolah, nak ponteng pula.

“Macam baik saja,” Azrizal tidak puas hati dengan jawapan itu.

“Riz, kau kan penolong ketua kelas. Sepatutnya kau tunjukkan contoh yang baik,”

Azrizal, Shafik dan Iqbal saling berpandangan mendengar nasihat pelajar baru itu.

Kelas yang tadinya hingar bingar sunyi serta-merta. Semua mata tertumpu ke arah mereka.

“Kau ni siapa? Sibuk nak mengajar orang. Tak payahlah kau sibuk-sibuk nak jaga hal kita orang. Kau jagalah diri kau tu sendiri,” Azrizal menyucuk badan pelajar baru itu dengan jarinya.

“Riz…” Suara lembut itu membuatkan Azrizal tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dia memandang gadis itu kemudian mengisyaratkan kepada Shafik dan Iqbal supaya pergi dari situ. Mereka berlalu ke kantin.

***

“Hish, bengang betul aku dengan budak baru tu!” Shafik menghempas gelas di meja. Melepaskan geramnya.

“Iyalah, aku pun tak berkenan dengan budak Shamsul tu. Baru seminggu kat sini, dah nak tunjuk lagak!” sokong Iqbal. Dia ingat dia dari KL, dia hebat? Boleh jalanlah!

“Apa kita nak buat dengan dia?” Shafik meminta pendapat. Mereka perlu buat sesuatu agar pelajar baru itu tidak mencampuri urusan mereka bertiga lagi.

“Kita ajar dia sikit. Biar dia tahu,” Iqbal memberikan cadangan.

“Nak ajar macam mana?” Shafik dan Iqbal memandang Azrizal. Mereka saling berpandangan. Hairan dengan sikap berdiam diri teman mereka yang seorang itu.

“Riz, kenapa kau diam?” Shafik menyiku Azrizal. Dari tadi orang sibuk berbincang, dia boleh buat tak tahu?

“Tak ada apalah. Aku tengah berfikir ni,” ujar Azrizal. Memang dia geram. Kalau Tya tak ada tadi, dah lama budak Shamsul tu makan penumbuk aku. Kenapalah dia suka menyibuk hal aku? Aku pernah sakitkan hati dia ke? Tak ada rasanya. Kenal dia pun tak. Entah apa masalah dia?

“Fikir macam mana nak ajar dia?” Shafik mengagak.

“Habis tu, kau ingat aku nak lepaskan dia macam tu aja?”

“Jadi, apa rancangan kau?”

“Nanti aku bagi tahu. Sekarang ni, kita makan dulu. Kau orang nak makan ke tak?”

“Mestilah nak! Perut aku dah nyanyi lagu rock and roll dah ni!” Shafik memegang perutnya. Pagi tadi dia hanya meminum air. Mana boleh tahan. Balik rumah pun bukan ada sesiapa yang nak masak untuknya. Semuanya harus diurus sendiri lantaran kedua-dua orang tuanya sibuk mencari rezeki.

“Chap, belikan nasi lemak dengan milo ais untuk aku,” ujar Azrizal kepada Shafik.

“Ball, belikan nasi lemak dengan milo ais untuk kita orang,” Shafik pula berkata kepada Iqbal.

“Tolong belikan nasi lemak dengan milo ais untuk kita orang,” Iqbal berpaling ke sebelahnya walaupun sebenarnya tiada sesiapa pun di sebelahnya. Dia memandang Azrizal dan Shafik.

“Kenapa pula aku yang kena beli?” Iqbal membantah.

“Sebab nama kau Iqbal,” ujar Shafik. Apa pula kena mengena? Ah, tak kisahlah!

“Apa kena mengena?”

“Pergilah. Aku dah lapar ni,” ujar Azrizal.

“Tak ada, tak ada. Kau orang kena ikut aku. Aku bukan kuli kau orang,” Iqbal bangkit menuju ke tempat menjual nasi lemak.

“Jomlah,” Azrizal dan Shafik mengikut langkah Iqbal.

Budak S.M.A.R.T. 7

Kelas itu kelihatan lengang memandangkan semua pelajar telah pulang ke rumah masing-masing. Di sebuah meja, seorang pelajar perempuan masih di situ mengemas buku-bukunya.

Ketika waktu akhir tadi, dia diminta oleh Puan Tan, guru matematik untuk menghantar buku ke bilik guru. Ekoran itu, dia terlambat untuk pulang. Sedang dia memasukkan buku ke dalam begnya, tanpa disedari seseorang menghampirinya.

“Tya…” suara itu menyapa.

Pelajar perempuan itu tersentak lalu menoleh.

“Sham?” Athira mengeluh lega. Ingatkan siapa tadi. “Kenapa tak balik lagi?” Athira kembali menyambung kerjanya memasukkan buku-bukunya ke dalam beg.

“Saja… nak tunggu Tya,” ujar Shamsul tanpa segan silu.

“Tunggu saya? Kenapa?” Athira pelik.

Sedang Athira mengemas bukunya, tanpa sengaja satu daripada bukunya terjatuh ke lantai. Athira membongkok untuk mengambilnya. Shamsul turut berbuat demikian. Tanpa diduga, tangan mereka bersentuhan. Athira kaget. Mata mereka saling bertaut.

Pada masa yang sama, Azrizal muncul di muka pintu dan menyaksikan adegan itu. Azrizal naik darah melihat tangan Shamsul memegang tangan Athira.

“Hoi!”

Athira dan Shamsul terkejut dek suara itu. Athira cepat-cepat menarik tangannya dan memasukkan buku itu ke dalam begnya. Azrizal segera menghampiri Shamsul. Tanpa pertimbangan dia menumbuk Shamsul. Athira cemas dan terkejut dengan tindakan drastik Azrizal.

“Berani kau ambil kesempatan ya!” Azrizal menggenggam kolar baju Shamsul geram. Dia mahu membelasah Shamsul cukup-cukup. Pertama, kerana menyibuk perihal dirinya dan kawan-kawannya. Kedua, kerana mengambil kesempatan terhadap teman wanitanya.

“Riz!”

Azrizal mahu membelasah Shamsul lagi namun ditegah oleh Athira. Dia melepaskan kolar baju Shamsul lalu melangkah meninggalkan kelas itu dengan perasaan marah.

“Riz!” Athira memandang Shamsul dan membantunya berdiri. “Awak tak apa-apa?” Shamsul menggeleng. “Maafkan saya,” Athira mencapai begnya lalu mengejar Azrizal.

“Riz!” Panggilan itu tidak diendahkan. Azrizal pantas melangkah. Hatinya panas. “Riz, tunggu!” Athira menyaingi langkah Azrizal. “Kenapa dengan Riz ni? Riz tak patut tumbuk Shamsul tadi. Dia tak salah.”

“Habis tu, Rizlah yang salah?”

“Bukan macam tu. Perkara tadi bukan seperti apa yang Riz sangka. Dia tak sengaja,” Athira cuba menerangkan kedudukan yang sebenar.

“Mana Tya tahu dia sengaja ataupun tak sengaja? Riz tahu dia ada hati dengan Tya!” Azrizal ingin melangkah namun Athira pantas menarik lengannya. Langkah Azrizal terhenti.

“Riz, Riz tahu kan Tya sayangkan Riz? Riz tak percayakan Tya ke?” Athira cuba menyejukkan hati Azrizal yang tengah berapi itu. Dia tahu Azrizal cepat naik darah tapi marahnya tak lama. Azrizal memandang Athira.

“Bukan Riz tak percayakan Tya tapi Riz tak percayakan Shamsul,” Azrizal meluahkan kebimbangannya. Tambahan pula setelah mengetahui latar belakang keluarga Shamsul. Ketika dia, Shafik dan Iqbal makan di kantin tadi, Shafik membuka cerita.

“Riz, aku dengar cerita si Shamsul tu anak Tan Sri,” ujar Shafik.

“Who care? Aku kisah apa kalau dia anak raja sekalipun. Tak ada kena mengena dengan hidup aku,” balas Azrizal.

“Kalau aku kata ada kaitan dengan Tya macam mana?”

“Kau cakap apa? Apa kaitan budak tu dengan Tya pula?” Azrizal tidak mengerti.

“Zahid ada bagi tahu aku yang si Shamsul tu asyik tanya pasal Tya saja. Aku rasa dia dah syok kat awek kau agaknya,” jelas Shafik.

“Habis tu, Zahid tak bagi tahu dia yang Tya tu awek aku?”

“Dah. Tapi aku tak tahulah apa reaksi dia. Aku tengok dia tu bukanlah jenis orang yang reti bahasa. Baik kau jaga-jaga,” kata-kata Shafik itu membuatkan hatinya sedikit gusar. Selama dua tahun dia menjalin kasih dengan Athira, Athira tidak pernah menyakitkan hatinya. Bahkan kalau dia buat salah pun, Athira sedia memaafkannya.

“Riz, kalau betul pun dia ada hati dengan Tya sekalipun, itu hak dia. Tya tak boleh halang. Tapi Tya berhak pilih sesiapa saja yang Tya suka. Kan Tya dah pilih Riz?” Athira cuba memadamkan kemarahan buah hatinya itu.

“Habis kalau dia cuba pikat Tya, takkan Riz nak diam aja?”

Athira tergelak kecil.

“Kenapa Tya gelak?”

“Yalah… Dah dua tahun kita bercinta tapi baru sekarang Tya nampak Riz bersikap macam ni. Tya tak sangka rupa-rupanya Riz ni kuat cemburu juga ya.”

“Mestilah Riz cemburu.”

“Tak ada apa-apalah Riz. Rileks k? Dah, jangan cakap lagi. Petang ni kita nak keluar kan?” Athira bersuara manja. “Senyumlah sikit,” pujuk Athira.

Azrizal tersenyum kelat.

“Macam itulah. Baru nampak sweet. Jom kita jalan sama?” Mereka berjalan beriringan.

“Kita nak pergi mana petang ni?” Azrizal cuba melupakan perihal Shamsul buat seketika walaupun dia tahu Shamsul pasti berusaha untuk mendekati Athira.

“Riz nak pergi mana?”

“Riz tak kisah. Mana saja Tya nak pergi, Riz ikut saja.”

“Kita pergi Megamall nak?”

“Boleh juga. Pukul berapa?”

“Pukul empat setengahlah.”

“Empat setengah? Kenapa lambat sangat?”

“Ala…Tya nak tengok drama bersiri Indonesia kat TV3 pukul dua setengah. Cerita tu habis pukul tiga setengah. Satu jam lagi Tya nak siap-siap,” ujar Athira.

Setiap petang selepas pulang dari sekolah, pasti drama bersiri Indonesia itu yang menjadi santapan Athira. Biarlah tak makan, tak tukar baju, asalkan dia tidak terlepas menonton drama yang menjadi kegilaan di Malaysia pada waktu itu. Tambahan pula pelakon utamanya kacak dan cantik.

“Dua setengah? Sekarang dah pukul dua dua puluh dua,” Azrizal melihat jam di tangannya.

“Hah? Cepatlah Riz. Tya tak nak terlepas tengok cerita tu. Nanti tak tahu apa jadi,” Athira mempercepatkan langkahnya.

Azrizal menggeleng melihat gelagat Athira. Apalah yang menarik sangat tentang drama tu? Meleret-leret sampai beratus-ratus episod. Banyak betul idea dia orang ni nak buat skrip.

Budak S.M.A.R.T. 8

When I’m crying you're laughing

You think that it has all been decided

But it's all coming back to you

Who'll never realize you think it's allright

You say I can't swim but you're drowning

You think that it's all has been decided

But you're still hiding in your shoe

Never try to walk you think it's allright

Cause the days are coming early

The sun is shining clearly

We need a ride to travel fast

Just don't deny break the ice and the world's becoming lonely

When pride just can be a print I can't decide

Lagu Capital E dendangan Bittersweet berkumandang menghiasi ruang legar kompleks beli-belah itu. Ramai juga yang mengambil peluang bersantai pada waktu petang begitu termasuklah mereka yang bekerja.

Di sebuah food court, kelihatan suatu pasangan lelaki dan perempuan sedang menjamu selera sambil berbual-bual dengan girang.

“So, macam mana perkembangan kau dengan Tya?” soal si perempuan.

“So far so good. Kau tahu, aku dah dapat pegang tangan dia!” si lelaki tersenyum bangga.

“Baguslah. Tak lama lagi mesti kau dapat pegang hati dia!” si perempuan gembira mendengar berita itu.

“Mudah-mudahan,” si lelaki memandang si perempuan dengan penuh tanda tanya. “Kenapa kau suka sangat kalau aku dengan Tya sedangkan kau sendiri tahu yang Tya tu dah ada balak? Lagipun kau kan kawan baik dia.”

“Sebab aku tak sukakan si Riz tu. Aku tak suka tengok dia dengan Tya. Dia tak sepadan dengan Tya. Dan aku rasa kaulah orang yang paling sesuai dengan Tya,” si perempuan seakan membenci lelaki yang dipanggil Riz itu. Seolah-olah dia menyimpan dendam yang dalam terhadap lelaki itu.

“Aku akan pastikan yang kau tak salah pilih orang,” janji si lelaki. Aku akan pastikan Tya jadi milik aku tak lama lagi. Kau ingat aku nak diamkan diri? Dia masih geram apabila mengingati peristiwa tengah hari tadi.

Sebaik-baik saja dia sampai ke tempat parkir motosikal, dia terkejut apabila melihat keadaan motosikalnya. Kedua-dua tayarnya kempis. Pula tu badan motosikalnya disembur dengan cat. Tak pasal-pasal dia kena naik bas balik rumah. Sudahlah sebelum itu dia makan penumbuk Azrizal. Memang tak boleh dimaafkan!

“Aku percayakan kau,” si perempuan melagakan gelas dengan gelas si lelaki sebagai tanda kerjasama yang terjalin. Si perempuan tersenyum puas. Padan muka kau, Riz.

Sementara itu di dalam bangunan yang sama di tingkat bawah, sepasang kekasih berjalan beriringan sambil melihat-lihat aksesori yang terjual di sebuah kedai.

“Yang mana cantik?” Si perempuan menggayakan seutas rantai tangan di pergelangan tangannya meminta pendapat teman lelakinya tentang rantai tersebut.

“Dua-dua pun cantik,” jawab teman lelakinya. Dia memang tidak pandai membuat pilihan.

“Ala…Riz ni. Tolonglah pilihkan. Takkan Tya nak beli dua-dua sekali?” si perempuan menggesa.

“Tya pakai apa pun cantik.”

Athira tersipu malu apabila dipuji begitu. Athira melihat harga yang tertera di rantai tangan itu. Tiga puluh lima ringgit sembilan puluh sembilan sen. Mahalnya! Lebih kurang sama dengan harga satu cakera padat. Melihatkan itu, Athira meletakkan kembali rantai tangan itu di tempatnya.

“Tak jadi beli ke?” soal Azrizal.

“Tak jadilah.”

“Kenapa? Kan cantik tu.”

“Kita tengok kat kedai lain dululah,” Athira memberi alasan lalu menarik lengan Azrizal keluar dari kedai itu. “Riz lapar tak? Jom kita pergi makan.”

“Tadi Tya kata nak tengok kat kedai lain.”

“Kita makan dululah. Tya laparlah.”

“Mc’ Donald?”

“Tak naklah. Tya nak makan tomyam.”

“Tomyam? Kat mana?”

“Food courtlah. Ke Riz nak makan Mc’ D?”

“Tak apalah. Riz ikut Tya.”

Mereka melangkah menuju ke food court yang terletak di tingkat atas kompleks itu. Ketika menaiki escalator, Athira sempat memerhatikan pengunjung yang makan di situ. Tiba-tiba matanya menangkap suatu pasangan yang sedang makan di situ.

“Riz, Fatin dengan Shamsullah,” Athira menuding ke arah suatu meja.

“Mana?” Azrizal melihat ke arah yang dikatakan.

“Tu, kat meja sana.”

“Yalah,” ujar Azrizal. Hampir-hampir dia tidak dapat mengecam Fatin kerana di sekolah Fatin memakai tudung tapi di luar sekolah Fatin tidak memakai tudung. Samalah macam Tya.

“Jom kita join dia orang,” Athira melangkah menuju ke arah Fatin dan Shamsul namun dihalang oleh Azrizal.

“Tak payahlah. Lagipun mungkin dia orang cuma nak berdua-duaan,” Azrizal berbisik ke telinga Athira. “Macam kita.” Athira tersenyum. “Kita duduk sanalah,”

Azrizal dan Athira berlalu ke meja lain. Namun mata mereka masih melekat pada pasangan itu.

“Dia orang tu bercinta ke?” soal Azrizal sebaik-baik saja mereka melabuhkan punggung ke kerusi.

“Tya pun tak tahu. Fatin tak pernah cerita pun.”

“Takkan Fatin tak cerita? Tya kan kawan baik dia.”

“Kalau Fatin cerita, tak adalah Tya terkejut tengok dia orang berdua hari ni. Tapi kalau betullah dia orang tu bercinta, memang Tya frust sangat.”

“Kenapa pula Tya nak frust?” Azrizal hairan. Takkan Tya ada hati kat Shamsul? Tya cemburu dengan Fatin ke?

“Mestilah Tya frust…” Athira memandang Azrizal sebelum menyambung ayatnya. “Tya frust sebab Fatin tak bagi tahu Tya pasal hubungan dia dengan Shamsul.”

Azrizal mengeluh lega. Ingatkan apa tadi. Buat saspen aja.

“Riz ingat Tya frust sebab apa?” Athira sengaja ingin mengusik. Dia suka tengok teman lelakinya itu cemburu. Barulah dia tahu tahap sayang lelaki itu padanya.

“Tak ada apa. Tya nak minum apa?” Azrizal mengubah topik.

“Jus tembikailah.”

“Makan?”

“Bihun tomyam.”

“Riz pergi belikan ya,” Azrizal menghilang ke gerai yang menjual minuman.

Athira pula kembali melihat Fatin dan Shamsul sementara menanti Azrizal. Pandai betul budak ni simpan rahsia. Fatin, Fatin…

Budak S.M.A.R.T. 9

Beberapa orang pelajar perempuan sedang menyapu sampah ketika Athira tiba di kelas pada pagi itu. Athira melihat ke tempat duduknya. Kelihatan teman baiknya, Fatin sedang termenung di meja. Athira tersenyum lalu mendapatkan Fatin.

“Selamat pagi,” sapa Athira.

Fatin tersentak lalu berpaling. Minah ni rupanya.

“Termenung jauh nampak. Ingat buah hati ke?” Athira sengaja mengusik.

“Buah hati mana? Aku ni manalah ada buah hati. Bukan macam orang tu,” ujar Fatin penuh makna.

“Habis tu yang makan kat food court semalam siapa? Bukan buah hati ke? Sampai orang lalu pun tak perasan,” Athira tersengih.

“Kau ada pergi Megamall ke semalam?” Fatin berdebar-debar. Takut rahsianya terbongkar. Habislah kalau Tya nampak aku. “Pukul berapa?”

“Petang. Dalam pukul lima macam tu.”

Pukul lima? Fatin mula gabra. Jangan-jangan Tya nampak aku dengan Shamsul semalam!

“Bukan main mesra lagi kau dengan dia semalam. Ada apa-apa ke?” Athira semakin galak mengusik. Fatin pura-pura tidak mengerti.

“Apa yang kau cakap ni? Dengan siapa?”

“Buat-buat tak tahu pula. Mata aku ni belum rabun lagi tahu. Aku nampak kau dengan Shamsul semalam kat food court. Tak payahlah kau nak berahsia lagi,” Athira malas hendak berkias-kias lagi.

“Syy… Jangan cakap kuat-kuat,” Fatin memandang sekeliling kelas untuk memastikan tiada sesiapa yang mendengar perbualan mereka. “Kau nampak aku dengan Shamsul? Kat food court?” Fatin meminta kepastian.

Athira menggangguk.

“Kau dengan siapa masa tu?”

“Dengan Riz,” jawab Athira.

“Riz?” Fatin cemas. Kalau mamat tu tahu, mampus satu kelas ni tahu! Mulut dia tu mulut tempayan. Silap-silap satu tingkatan ni tahu.

“Kenapa? Kau takut orang lain tahu? Kalau betul apa salahnya? Shamsul tu pun boleh tahan juga,” ujar Athira.

“Kalau betul. Masalahnya apa yang kau orang nampak tu bukan seperti mana yang kau orang fikir. Kita orang tak ada apa-apalah,” terang Fatin. Dia tidak mahu Tya salah faham tentang hubungannya dengan Shamsul.

“Ala…, kau ni. Dengan aku pun nak berahsia,” Athira seakan berkecil hati.

“Betul, kita orang tak ada apa-apa. Lagipun dia ada cakap dengan aku yang dia suka kat seorang budak perempuan ni tapi sayangnya budak perempuan tu dah ada balak,”

Fatin cuba memancing reaksi Athira.

“Kau dah ada balak ke? Aku tak tahu pun,” Athira masih mengusik Fatin. Fatin geram melihat Athira tak henti-henti mengusiknya dengan Shamsul.

“Dia suka kaulah,” ujar Fatin. “Dia minta tolong aku sebab nak ngorat kau.”

“Yalah, Fatin. Kau ingat aku percaya?”

“Aku tak tipulah. Betul, dia suka kau,” Fatin meyakinkan Athira.

“Kalau dia suka aku, kenapa dia tak cakap sendiri dengan aku? Lagipun takkan dia tak tahu yang aku ni dah ada balak?”

“Sebab dia tahu kau dah ada balaklah sebab tu dia tak berani nak cakap kat kau,” Fatin sungguh-sungguh meraih kepercayaan Athira.

“Sudahlah Fatin. Aku tak percaya.”

“Takkan aku nak tipu kau? Aku ni kan kawan kau.”

Sedang mereka berbual-bual, Azrizal, Shafik, dan Iqbal muncul menghampiri meja mereka berdua.

“Hai, Fatin hari ni nak dating kat mana pula?” soal Shafik bernada sindiran.

“Takkan kat food court lagi?” Iqbal pula menyampuk.

“Lain kali, kalau nak dating carilah tempat yang tersorok sikit kalau tak nak orang tahu. Ini Megamall…” Azrizal pura-pura mengingat nama tempat itu. “Apa nama tempat tu?”

“Food court!!” Azrizal, Shafik dan Iqbal bersuara hampir serentak lalu ketawa.

Fatin bertambah geram dan sakit hati mendengar tawa mereka. Menyampah!

“Dahlah! Kau orang ni,” Athira cuba meredakan keadaan. “Tu cikgu datang.”

Azrizal, Shafik dan Iqbal serta pelajar-pelajar lain kembali ke tempat duduk masing-masing apabila Puan Tan muncul. Selepas mengucapkan selamat, Puan Tan menuntut kerja rumah yang diberinya semalam.

“Kerja rumah?” Shafik cuba mengingat lalu bertanya kepada Azrizal yang duduk di sebelahnya. “Cikgu ada bagi kerja ke semalam?”

Azrizal menjungkit bahu. Dia sendiri tidak pasti.

“Entah. Cikgu, kerja rumah yang mana?”

“Kerja apalagi, matematiklah. Takkan kerja BM pula?”

“Matematik? Owh… kerja algebra tu ke?” Baru dia teringat. Azrizal mencari bukunya di dalam beg. Alamak! Mana pula buku aku? Aku tak bawa ke?

“Semua letak buku atas meja. Saya nak semak,” arah Puan Tan.

“Chap, kau ada nampak buku aku tak?” Azrizal bertanya kepada Shafik sambil tangannya masih menyeluk-nyeluk begnya mencari buku latihan matematik.

“Mana aku tahu. Kau pernah bawa buku ke?”

“Azrizal, Shafik, mana kerja rumah kamu berdua?” Puan Tan sudah terpacak di hadapan mereka.

“Buku saya tertinggal kat rumahlah, cikgu,” ujar Azrizal selamba.

“Tertinggal kat rumah? Ada siapa yang nak belajar kat rumah kamu tu, Azrizal? Anak kucing?” Setelah mengenali Azrizal beberapa minggu itu, dia masak benar dengan perangainya. Sering memberi alasan jika ditanya tentang kerja rumah. Tapi semalas-malas Azrizal pun, markahnya dalam ujian bulanan tidak pernah kurang daripada lima puluh peratus. Jika dia rajin membuat latihan pasti prestasinya dapat ditingkatkan lagi.

“Tak, cikgu,” jawab Azrizal.

“Habis tu, kenapa kamu tinggalkan kat rumah?” soal Puan Tan lagi. Dahlah tak buat kerja rumah. Pandai menjawab pula tu.

“Bukan saya sengaja tinggalkan, cikgu. Saya tertinggal, ter…” Azrizal menekankan kata ‘ter’ bagi meraih kemaafan guru matematik itu. Memang dia tak ingat langsung tentang kerja rumah itu. Pulang dari sekolah, dia makan dan mandi kemudian menghilang ke rumah Shafik. Main play station. Apabila malam, baru pulang ke rumah. Balik rumah saja dah penat. Terus tidur.

“Ada saja alasan kamu. Macam mana kamu nak masuk U nanti kalau buku sebuah tu pun kamu tak boleh bawa? Berat sangat ke beg kamu tu?” Puan Tan tidak puas hati dengan jawapan itu.

“Kita orang masuklah U.N.I.C, cikgu,” Azrizal melawak. Nasib baik Puan Tan bukan orang yang cepat melenting. Kalau tidak dah lama Azrizal kena penampar.

“U.N.I.C? U mana tu? U baru ke? Saya tak pernah dengar pun,” ujar Puan Tan tanpa sedar dirinya dipermainkan.

“Apalah cikgu ni. U.N.I.C. pun cikgu tak tahu ke? U.N.I.C. tu kumpulan nasyidlah, cikgu,” terang Azrizal.

“Ha, ha, ha… Riz buat lawak. Ha, ha, ha… kelakarnya,” Shafik buat-buat ketawa.

“Kumpulan nasyid? Kamu ingat senang ke nak masuk U.N.I.C tu? Kalau dia orang nak ambil ahli baru pun dia orang takkan pilih orang macam kamu tahu! Ada hati nak masuk U.N.I.C,” ujar Puan Tan. Mungkin sebab sikap lembutnya, Azrizal berani bergurau dengannya. Nak marah dia tak pandai. Tapi mujurlah Azrizal tidak pernah berkurang ajar dengannya. Dia tahu Azrizal tidak jahat seperti yang digembar-gemburkan. Cuma dia agak sedikit nakal. “Dah, pukul berapa dah ni? Kamu ni menghabiskan masa saya saja. Siapa tak siap atau tak bawa buku, saya akan denda.”

“Denda apa, cikgu?” tanya Shafik. Boleh pula main pilih denda. Kalau Cik Mazleen jangan haraplah.

“Mulai hari ini, siapa yang tak siap kerja cikgu akan suruh dia duduk kat koridor luar tu dan siapkan kerja yang tak siap tu,” tegas Puan Tan.

“Saya siap, cikgu. Cuma tak bawa saja,” ujar Azrizal.

“Kalau tak bawa serupa dengan tak siap. Kamu tak ada bukti yang menunjukkan kamu siap kerja.”

“Takkan cikgu tak percaya cakap saya?”

“Zaman sekarang, orang dah tak main cakap pakai mulut saja. Kena ada bukti yang sah. Baru orang nak percaya.”

“Ala…cikgu,” Azrizal dan Shafik menagih simpati. Takkan nak duduk kat koridor? Malulah kalau pelajar lain nampak? Kalau awek tengok, jatuhlah saham aku!

“Sekarang, siapa yang tak siap kerja sila bawa buku ke koridor dan siapkan. Selagi tak siap, kamu tak boleh masuk kelas. Yang tak bawa buku pun sama.”

Dengan langkah yang berat, Azrizal, Shafik dan beberapa orang pelajar lain yang tidak menyiapkan kerja rumah mereka melangkah ke koridor dengan buku masing-masing.

“Dahlah, Ball. Tak payahlah kau nak berlakon,” ujar Azrizal kepada Iqbal yang masih tidak berganjak dari tempat duduknya.

“Aku bawa buku,” Iqbal menunjuk buku latihan kerja matematiknya dengan bangga.

“Kerja kau siap ke?” tanya Shafik. Dia tidak percaya Iqbal sempat menyiapkan kerja rumahnya kerana sepanjang petang semalam mereka bertandang ke rumahnya bermain play station. Mana ada masa nak buat kerja rumah?

Puan Tan datang ke meja Iqbal lalu menyelak ke muka surat yang sepatutnya dibuat latihan. Putih bersih seperti baru dibeli. Sah-sah budak ni tak pernah buka buku ni!

“Iqbal!” Puan Tan mengarahkan Iqbal menyertai yang lain-lain di koridor. Iqbal akur.

Puan Tan meneruskan sesi pembelajaran itu dengan subtopik ‘Algebra’ yang berikutnya.

Lima belas minit yang pertama, kelas itu tenang saja. Semua pelajar memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

Namun, suasana aman itu tidak lama apabila mereka diganggu dengan bunyi gelak tawa di koridor. Di koridor, Azrizal, Shafik dan Iqbal rancak bersembang dan bergelak ketawa seolah-olah ada cerita lucu antara mereka. Pelajar lain yang turut didenda menyiapkan kerja rumah di koridor itu juga menyertai perbualan mereka bertiga.

“Amboi, amboi! Seronoknya kamu semua bercerita. Kerja dah siap ke?”

Azrizal, Shafik, Iqbal dan yang lain-lain terdiam apabila melihat Puan Tan berdiri di hadapan mereka.

“Kalau kamu tak siap kerja sampai habis masa saya nanti, saya akan gandakan kerja rumah kamu.”

Mendengarkan amaran Puan Tan itu, mereka terus tunduk, berpura-pura menyiapkan kerja rumah tadi. Dahlah kerja rumah semalam tak siap, nak tambah lagi?

Puan Tan kembali meneruskan pembelajaran yang tergendala tadi. Apalah nak jadi dengan budak-budak ni? Tak takut ke nak ambil SPM nanti?

Dua masa pelajaran matematik telah berlalu. Kini kelas itu diambil alih oleh Cik Mazleen bagi mengajar subjek bahasa Melayu. Azrizal, Shafik, Iqbal dan pelajar-pelajar yang berada di koridor tadi menarik nafas lega kerana Puan Tan terlupa untuk menyemak kerja mereka memandangkan guru itu terpaksa bergegas ke kelas tingkatan tiga yang terletak di bangunan lain.

“Semua berdiri. Siapa dapat jawab soalan saya baru boleh duduk,” ujar Cik Mazleen. Terdengar rungutan beberapa suara. “Berdiri semua…”

Dengan rasa malas, mereka bangkit. Soalan apalah yang Cik Mazleen nak tanya? Otak mereka baru saja habis diperah bagi memahami formula matematik moden yang diajar oleh Puan Tan sebentar tadi dan kini otak mereka terpaksa dikerah lagi untuk berfikir tentang novel sastera.

“Soalan pertama. Apakah tema yang dipaparkan dalam novel Seteguh Karang hasil tulisan Tuan Faridah Syed Abdullah ini?” Cik Mazleen menanyakan soalan itu tanpa menghiraukan suara-suara rungutan pelajar-pelajar itu. Sengaja dia berbuat begitu agar mereka sentiasa bersedia ketika di dalam kelasnya.

Beberapa orang pelajar mengangkat tangan mahu menjawab soalan itu. Cik Mazleen memilih seorang pelajar perempuan yang duduk di hadapannya.

“Ketabahan dan kesabaran menghadapi dugaan dan cabaran hidup,” jawab pelajar perempuan itu dengan yakin.

“Baik, duduk.”

Pelajar perempuan itu tersenyum bangga kerana menjadi orang pertama yang dapat duduk.

“Baik, soalan kedua. Apakah persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel ini?”

“Kasih sayang dalam keluarga,” jawab seorang pelajar perempuan yang duduk di bahagian belakang kelas.

Cik Mazleen menggangguk tanda bersetuju dengan jawapan itu. Pelajar perempuan itu melabuhkan punggungnya ke kerusi. Gembira.

“Persoalan lain yang ada dalam novel ni?”

Soalan itu dijawab oleh seorang pelajar lelaki pula.

“Tanggungjawab kepada kerja dan keluarga.”

“Lagi?” Cik Mazleen terus menyoal mengenai novel sastera yang dipilih sebagai novel kajian bagi pelajar-pelajar tingkatan lima untuk zon pantai timur itu. Begitulah keadaannya sepanjang satu jam kelas itu berjalan. Para pelajar berlumba-lumba untuk menjawab soalan yang diajukan bagi membolehkan mereka duduk sehinggalah…

“Kamu bertiga ni apa cerita? Nak terus berdiri sampai habis waktu ke?”

Azrizal, Shafik dan Iqbal memandang sekeliling kelas. Hanya mereka bertiga yang masih belum duduk. Buat malu saja.

“Ala…cikgu, takkan tak ada talian hayat?” ujar Azrizal.

“Kamu ingat ini rancangan Who Want to be A Millionaire ke? Dalam dewan peperiksaan nanti pun bukannya boleh pakai talian hayat,” tegas Cik Mazleen.

Seperti biasa, Azrizal, Shafik dan Iqbal gagal menjawab soalannya. Pasti mereka tidak mengulangkaji pelajaran di rumah. Sudahlah tak tumpu perhatian di dalam kelas, di rumah pula tak buat ulangkaji. Macam mana nak dapat markah yang bagus dalam peperiksaan nanti?

“Baik, saya bagi kamu peluang terakhir,” Cik Mazleen membelek contoh-contoh soalan yang terdapat di kertas di tangannya. “Siapakah nama watak utama dalam novel ini?” Kalau tak dapat jawab, tak tahulah.

Azrizal menggaru-garu kepala. Shafik berkerut. Iqbal segera mengangkat tangan bagi menjawab soalan itu.

“Ayuni,” Iqbal menjawab dengan yakin namun jawapannya itu disambut dengan gelak tawa pelajar-pelajar lain. Cik Mazleen hanya menggeleng.

“Alia,” celah Shafik pula.

“Bukanlah. Aishah,” Azrizal menyampuk. Kelas itu semakin gamat dengan deraian tawa yang semakin kuat.

“Pandai-pandai kamu saja bagi nama,” Cik Mazleen kecewa dengan sikap main-main mereka bertiga. “Memandangkan kamu bertiga tidak dapat menjawab soalan yang semudah ini, kamu bertiga saya denda berdiri sehingga waktu rehat.”

Azrizal, Shafik dan Iqbal saling berpandangan. Denda lagi?

Budak S.M.A.R.T. 10

“Hari ini adalah hari yang malang buat saya. Dahlah saya terlupa bawa buku matematik dan didenda duduk kat koridor. Masa BM pula, saya didenda berdiri sepanjang kelas sebab tak dapat jawab soalan cikgu. Malang betul nasib saya,” Azrizal menceritakan kejadian siang tadi kepada sahabat internetnya.

“Hehe…kesian awak tapi salah awak juga. Kenapa awak tak semak jadual dan mengulangkaji pelajaran?”

Azrizal mendengus. Sangkanya sahabat internetnya itu akan bersimpati dengannya namun dia pula yang dipersalahkan.

“Awak ni bukannya nak simpati dengan saya,” Azrizal pura-pura merajuk.

“Janganlah marah. Bukankah sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu menegur kesalahan dan kesilapan sahabatnya?”

“Yalah, awak menang,” Azrizal mengaku kalah.

“Saya tanya awak sesuatu boleh?”

“Apa dia?”

“Kenapa awak suka langgar peraturan sekolah? Awak tak takut ke?”

“Nak takut apa? Saya bukan buat jenayah.”

“Memanglah tapi bukankah sikap awak itu akan mempengaruhi tanggapan cikgu-cikgu dan kawan-kawan awak kat sekolah? Mesti dia orang fikir awak nakal.”

“Saya tak kisah. Lagipun saya tak minat dengan subjek-subjek yang diajar.”

“Maksud awak?”

“Lepas PMR dulu, saya teringin nak masuk sekolah teknik tapi ayah saya tak bagi. Dia cakap sekolah SMART adalah sekolah yang terbaik di Kuantan. Jadi, ayah saya suruh saya belajar kat situ.”

Memang ayah tak pernah nak faham kemahuan aku. Aku tak berhak menentukan jalan hidup aku. Segala-galanya diaturkan oleh ayah. Yang jadi pertaruhannya aku. Aku dipaksa menurut segala perintah ayah. Jika aku ingkar, ayah mengugut tidak mahu memberikan wang belanja.

“Jadi, awak sengaja buat perangai sebagai tanda protes?”

“Anggap sajalah begitu. Tapi ayah saya juga tak pernah ambil tahu apa yang saya buat kat sekolah.”

“Awak tak rasa ke sikap awak ini hanya akan merosakkan masa depan awak sendiri?”

“Masa depan saya dah lama hancur.”

“Jangan cakap macam itu. Awak masih ada masa untuk mencorakkan masa depan awak. Mungkin ada hikmahnya awak bersekolah kat situ. Mungkin sekarang awak tak nampak semua itu. Tapi awak kena yakin dengan perancangan Allah.”

“Awak ni macam ustazah pula.”

“Saya cuma tak nak awak mensia-siakan hidup awak.”

“Yalah, saya tahu awak kawan saya yang paling baik.”

“Baguslah kalau awak tahu.”

“Awak chat dengan saya ni, ayah awak tak marah ke?”

“Ayah saya belum balik lagi.”

“Ayah awak kerja apa?”

“Ayah saya kerja makan gaji saja. Kerja kerajaan.”

“Kat mana?”

“Wisma Sri Pahang.”

“Owh… yang depan sekolah ‘Monyet Gigi Patah Satu’ tu ya?”

“Hah?”

“M.G.P.S.”

“Awak ni tak baik tahu! Itu sekolah saya masa sekolah rendah dulu tahu.”

M.G.P.S. atau Methodist Girls Primary School atau nama melayunya SK (P) Methodist adalah sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan dan berhadapan dengan bangunan pejabat Wisma Sri Pahang. Pelbagai gelaran yang diberi kepada sekolah itu berdasarkan singkatan namanya dan gelaran yang paling popular sekali adalah ‘Monyet Gigi Patah Satu’.

“Oh ya ke? Samalah dengan adik saya.”

“Adik awak pun sekolah situ ke?”

“Dululah. Sekarang dia tingkatan dua.”

“Owh… dia belajar kat SMART juga ke?”

“Taklah. Dia pandai sikit daripada saya. Dia masuk asrama penuh.”

“Kat mana?”

“Seri Puteri. Awak tak minta asrama penuh ke lepas PMR dulu? Awak dapat 7A kan masa PMR dulu?”

“Saya tak minat sekolah asrama.”

“Kenapa?”

“Entah. Pada saya, sekolah kat mana-mana pun sama saja. Yang penting, kesungguhan kita untuk belajar.”

“Tapi orang kata, sekolah asrama tu bagus. Kita dapat belajar berdikari. Cuci baju sendiri. Gosok baju sendiri.”

“Kalau itu kebaikannya, saya rasa saya tak payah sekolah asrama pun tak apa. Kat rumah pun saya cuci baju sendiri dan gosok baju sendiri.”

“Saya pun cuci baju sendiri.”

“Biar betul?”

“Ala…bukan susah pun. Masukkan saja baju-baju tu dalam mesin basuh.”

“Awak kenakan saya ya?”

“Terkena ke? Sorry, sengaja. Hehe…”

“Laily!” Laily tersentak dek suara itu. “Sejak Maghrib tadi, mak tengok Laily asyik mengadap internet saja. Kerja sekolah dah siap?” tanya Puan Humaira.

“Dah, mak,” jawab Laily.

“Kalau kerja sekolah dah siap, pergi baca buku. Jangan buang masa dengan benda-benda yang tak berfaedah tu. Abah pasang internet ni untuk Laily cari bahan belajar.

Bukannya main benda mengarut ni. Sudah, pergi masuk!”

Laily terkedu mendengar suara tegas ibunya lalu menamatkan perbualannya dengan Azrizal.

“Okaylah, Riz. Mak saya dah bising tu. Nanti kita sembang lagi,” Laily mematikan komputer itu tanpa menunggu jawapan daripada Azrizal. Jika dia terus di situ, dikhuatiri ibunya akan membebel panjang.

Laily segera berlalu ke biliknya. Namun, dia tidak mengulangkaji pelajaran seperti yang disuruh oleh ibunya sebaliknya dia berbaring di katil.

Adakah kehidupan seorang pelajar hanya dibebani oleh buku-buku pelajaran? Adakah kehidupan seorang pelajar hanya belajar, belajar, dan belajar? Adakah keputusan yang bagus dalam peperiksaan menjamin masa depan yang cerah?

Laily mencapai cakera padat lagu Hujan di atas meja lalu memainkan cakera padat itu di radio. Maka, kedengaranlah lagu Gundah.

Gundah gulana bagaikan penjara

Sesekali kubuka mata

Ingin kembali walaupun seketika

Biar terus ku berlari dan lari

Waktu yang sama ku mencari

Jalan keluar dari mimpi ini

Ku dikejar bayang hitam

Memberi arahan yang buta

Sesekali kubuka mata

Ingin kembali walaupun seketika

Takkan pudar jika ku lepaskan segalanya kepadamu

Pada waktu yang sama, Azrizal turut mendengar lagu yang sama. Sedang dia asyik melayari internet di bilik tidurnya, dia terdengar bunyi pintu dibuka di ruang hadapan rumah itu.

Mak dan ayah dah balik ke? Azrizal melihat jam yang tertera di skrin komputernya. Pukul 10 malam. Dalam hati, Azrizal sangat berharap ibu bapanya ataupun salah seorang daripada mereka menjenguknya di bilik namun dia hampa apabila terdengar bunyi pintu bilik ibu bapanya dibuka lalu ditutup tidak lama kemudian. Begitulah keadaannya setiap hari.

Kadang-kadang Azrizal sengaja berjaga hingga ke lewat malam semata-mata ingin berjumpa dengan kedua-dua orang tuanya Dia rindu untuk menatap kedua-dua wajah itu. Namun, ibu bapanya tidak pernah mahu mengambil tahu tentang perkara itu. Pulang dari kerja saja, mereka terus tidur.

No comments:

Post a Comment