“Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan dari diri kamu berpasang-pasangan supaya kamu merasa tenang bersamanya; dan Dia jadikan sesama kamu perasaan kasih sayang dan rahmat; sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir” ( Ar-Ruum : 21 )

Sunday, March 6, 2011

Aku bangga jadi orang melaka....

Tempat-Tempat Yang Menarik Untuk Dilawati Di Melaka..



Melaka telah diisytiharkan sebagai negeri Maju 2010 pada 10/10 /2010..
Melaka juga telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh Unesco atas faktor sejarahnya..


Datuk Seri Mohd Ali Rustam---->> Bapa Pemodenan Melaka.<<>


So, semakin hari semakin ramai pelancong yang datang ke Melaka.
jadi pada hari ini aku akan menyenaraikan tempat- tempat menarik
yang wajib korang semua pegi jika berkunjung ke negeri Melaka.


1. A. Famosa..
A. Famosa.-->> memang Penuh setiap mase..

Ni memang kawasan tarikan utama negeri Melaka atas faktor sejarahnya.
Terletak hanya bersebelahan dengan DaTaran Pahlawan.
yang menarik perhatian aku di sini..
Jika korang bernasib baek.. Korang dapat la jumpe lelaki Cina Bermaen alatan Muzik..
Memang meriah di situ..

2. Bangunan Stadthuys

sentiase ramai pelancong

Warna bangunan ni memang dipelihara dengan warna asalnya iaitu merah.. struktur bangunan kekal seperti awal dibina dan tidak boleh diubah oleh mana- mana pihak.
Tempat ni sebenarnya dibina oleh Belanda untuk tempat kediaman rasmi Gabenar dan Timbalan Gabeonr Melaka.

3. Jonker Walk

Malam- malam memang meriah dekat sini
Terdapat banyak barang yang dijual di sini. apda waktu malam akan dinyalakan lampu- lampu berwarna merah.. sangat meriah di kawasan ini. terletak di jalan hang Jebat.

4. Melaka River Cruise.

Perh...!! korang tengok ar lampu- lampu ni..

Aku cakap banyak pon x gune..
Klo korang x datang naek river cruise ni.. memang btol2 rugi beb..
dah lebih sejuta yang naek sejak dilancarkan..
harge tiket pon berpatutan
Dewasa Rm 10..
kanak-kanak Rm 5..
Mase naek korang bleh la dengan sejarahnyanya sekali..

Pergi waktu malam sangat sesuai..!! banyak lampu- lampu..

Disarankan pergi pada waktu malam..
cuaca x panas.. dapat pulak tenok lampu- lampu.. ifkorang nak tau..
rumah- rumah di tepi sungai ini dipelihara oleh kerajaan negeri melaka... mane x cantik beb..!!!


5. Menara Taming Sari..


Ni lagi satu tempat wajib korang pegi.. Mesti naek la skali..
memang terbaek.. Nak tengok pemandangan negeri sekitar bandar di Negeri Melaka.
memang tinggi tempat ni..
tiket pon berpatutan..

Dewasa RM10
Kanak-Kanak-Rm5
Student- Rm8

siap berpusaing- pusing 360 darjah lagi..
memang x rugi ar..


6. Coconut Shake dekat Klebang...


ni la tempatnya..


kedai ni klo korang perasan sebelah kiri menghala ke bandaraya melaka..
Memang sentiase ramai orang.. senang je nak jumpe kedai ni.. if korang tengok ade kelapa banyak berlonggok..
then ade orang ramai sangat yang beratur.. parking pon panjang je tepi jalan..
tulah tempatnya..

Pernah masuk majalah 3.. hahaha..
memang terbaek dan murah je..!!

7. Asam Pedas Melaka..

Korang yang pegi melaka mesti ttry masakan asam pedas Melaka.
Kebanyakan restoren yang ade asam pedas mesti sedap punya..!!!
hahaha.. wajib try.!!


8. Kepada kaki Pancing--->> Pantai Pengkalan Balak

Sape2 rase yang nak try tarik ikan pari besar2..
ini la tempatnya..
sebab aku sendiri pon kaki pancing..
hehehe..

9. Masjid Tengkera

Mencari keredhaan Allah disini..


Asyik berseronok je..
solat jangan lupe plak.. Ape lagi.. try ar solat dekat masjid ni..
Sangat popular di Negeri Melaka.
Tertua di negeri ini..

10. Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.

Ni shopping mall paling terkenal di negeri Melaka.
Paling ramai pengunjung kerana terletak di tempat strategik.
memang terbaek kawasan ni.
semua ade..


So..
ni la tempat yang korang wajib pegi jika datang ke Melaka..!!
memang Terbaek..!


Ape pendapat anda tentang Melaka....?????

No comments:

Post a Comment