“Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan dari diri kamu berpasang-pasangan supaya kamu merasa tenang bersamanya; dan Dia jadikan sesama kamu perasaan kasih sayang dan rahmat; sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir” ( Ar-Ruum : 21 )

Sunday, October 14, 2012

Aaron Aziz, Nadiya Nisaa Kena Halau Di Madinah?


KUALA LUMPUR : Bukan mudah hendak menjayakan drama bersiri 80 episod, Adam & Hawa yang kini telah pun ditayangkan di saluran Mustika HD (saluran 134) pada 27 Ogos lalu, apatah lagi bila penggambarannya di lakukan di di luar Masjid Nabawi, Madinah.

Apa tidaknya, sedang elok-elok penggambanran Adam & Hawa dilakukan di sana, tiba-tiba seluruh krew produksi termasuk pelakon hebatnya, Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa telah dihalau dari tempat itu.
Bukan setakat itu saja, insiden itu juga turut menyebabkan mereka didatangi oleh sekumpulan polis yang pada mulanya tidak membenarkan penggambaran siri itu dijalankan di kawasan luar masjid tersebut.

Perkara ini telah didedahkan oleh pengarahnya, Feroz Kader sewaktu berkongsi cerita mengenai pengalamannya dan krew produksi menjayakan penggambaran drama bersiri terbaru terbitan syarikat produksi Global Station Sdn Bhd itu.

“Selain cuaca yang agak panas luar biasa di Mekah, kami telah mengalami insiden kena halau oleh penduduk di Madinah yang marah kepada kami kerana menjalani penggambaran di tempat mereka.
“Bukan itu sahaja, tidak lama kemudian kami didatangai oleh sekumpulan polis di sana yang pada mulanya tidak membenarkan kami meneruskan penggambaran.

Namun selepas kami berbincang dan menjelaskan tujuan kami menjayakan penggambaran di situ adalah untuk memberi pengajaran kepada penonton, barulah mereka benarkan kami teruskan penggambaran tersebut.
“Bagi saya ia pengalaman yang sukar untuk dilupakan oleh kami seluruh produksi yang ketika itu agak cuak kerana tidak sangka mendapat respon syang sebegitu sekali daripada masyarakat di sana,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Seluruh produksi Adam dan Hawa telah menjalani penggambaran di Madinah dan Mekah selama 8 hari bermula sekitar Mei lalu.
Mengulas lanjut mengenai drama yang diadaptasikan daripada novel tulisan Aisya Sofea itu, Feroz Kader memberitahu siri ini pasti dinanti-nantikan oleh ramai penonton kerana kini pengikut serta peminat novel itu boleh melihat sendiri gambaran jalan ceritanya yang dikemudikan pelakon-pelakon hebat.

“Saya tahu, orang sudah tahu bagaimana jalan cerita ini berlangsung, namun dalam siri ini saya cuba beri gambaran yang lebih menarik sesuai untuk ditonton di kaca TV. Saya juga ada olah sedikit jalan ceritanya tetapi masih tidak lari daripada konsep serta motif cerita sebenar. Kini apa yang dibayangkan mereka telah diterjemahkan dengan visual yang lebih menarik,” jelasnya lagi.

Selain Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, drama bersiri Adam & Hawa ini turut dibarisi pelakon lain seperti Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Adnan, Aznah Hamid serta ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Adam & Hawa di saluran Mustika HD (saluran 134). Anda juga boleh menyaksikannya secara percuma ---->>>  KLIK SINI


No comments:

Post a Comment