“Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan dari diri kamu berpasang-pasangan supaya kamu merasa tenang bersamanya; dan Dia jadikan sesama kamu perasaan kasih sayang dan rahmat; sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir” ( Ar-Ruum : 21 )

Sunday, October 14, 2012

Jangan Selalu Tidur Lambat


"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:

Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
Tidak buang air kecil di pagi hari.
Terlalu banyak makan.
Tidak mengambil sarapan.
Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Kerana ....

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.


Kenapa bayi menangis waktu malam


Fenomena bayi yang menangis di tengah malam sebegini kadang kala diterjemahkan dengan pelbagai terjemahan. Ada yang percayai bayi mereka diusik oleh makhluk halus. Yang lebih hairan, kalau minda mereka sudah dicetak dengan pemikiran begitu, mengapa harus dibawa ke perubatan moden pula.

Apakah agaknya punca anak menangis di waktu malam? Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang sebenarnya bayi ini mahu? Apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan mereka menangis?

Banyak alasan mengapa mereka menangis. Pakar psikologi kanak-kanak memberitahu bahawa bayi sebenarnya cuba berkomunikasi dengan ibubapanya. Ayat yang mereka gunakan ialah tangisan yang lebih menarik perhatian ibubapa.

Antara sebab mereka menangis di waktu malam kerana mereka lapar. Bayi yang berumur kurang dari setahun terutamanya kurang dari enam bulan kerap mereka lapar dan perlu disusukan. Ini disebabkan perut mereka yang kecil. Mereka menyusu dengan sedikit tetapi kerap. Mereka harus disusukan setiap 4-6 jam.

Ramai ibubapa yang tidak menyangka bahawa bayi mereka mempunyai perasaan. Bayi bukannya seperi pokok bunga yang hidup tanpa perasaan. Mereka adalah makhluk yang hidup dan berperasaan. Pembentukan emosi mereka di peringkat baru dan sedang dibentuk.
Mereka sebenarnya mahu dimanjai. Ibubapa haruslah mendodoi mereka dan jangan biarkan mereka baring dan disusukan begitu. Walaupun disusukan dengan susu formula menggunakan botol, namun dakapan ketika menyusukan bayi amat bernilai dari segi psikologi dan pembentukan mental mereka.

Mereka akan rasa lebih disayangi dan selamat. Jadi sebelum bayi kita menjerit di tengah malam, pastikan kita memberikan sedikit masa untuk mendakap mereka dan mendodoikan mereka. Apabila bayi sudah menjerit, tidak banyak yang boleh dilakukan lagi untuk meredakan tangisannya.

Pastikan bayi anda tidak tidur sepanjang waktu siang. Ada bayi yang di waktu siang akan rehat dan tidur, sementara di waktu malamnya pula masih bertenaga. Mereka masih mahu bermain sedang ibubapa pula sudah kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja.

Untuk membaiki keadaan ini, beritahu pengasuh bayi kita supaya tidak membiarkan mereka terus tidur sepanjang waktu siang. Kalau ada kesempatan, bermain dan bercakap-cakap dengan bayi akan membuatkan mereka letih di sebelah petang.

Gelapkan atau suramkan lampu di bilik mereka. Ini akan membuatkan otak mereka tidak berfikir secara aktif. Ramai ibubapa yang berasa tidak selamat membiarkan bayi mereka tidur dalam cahaya yang suram.

Sebenarnya ia adalah selamat selagi kita memastikan tiada barang-barang atau selimut yang boleh menyebabkan mereka susah bernafas. Bayi selalunya akan menangis jika mereka bermasalah dan perlukan perhatian. Lampu yang terang menyebabkan mereka aktif bermain sendirian.

Ramai yang tidak percaya jika saya memberitahu bahawa bayi mereka menangis kerana mereka kepenatan. Lebih mudah untuk memberitahu bahawa bayi mereka diganggu makhluk halus. Ibubapa sering menganggap bayi mereka ibarat patung babydoll yang tidak boleh berasa penat.

Bayangkan kalau sepanjang hari ibubapa bermusafir dari Alor Star ke Johor Bahru dengan berkereta. Jika posisi bayi tidak berubah, tentu otot-otot mereka berasa lenguh. Jika bayi berumur 6 bulan ke atas, mereka boleh diurut perlahan-lahan dengan teknik yang betul. Ini akan menyebabkan bayi akan berasa selesa dan mudah untuk tidur.

Bilik tidur yang gelap sememang membantu untuk otak bayi turn off. Walaupun kepenatan, bayi tidak mampu untuk lena jika keadaan bilik mereka terang benderang. Otak mereka akan sentiasa standby, dan akan turn on bila-bila masa jika ada ransangan seperti bunyi angin atau bunyi air yang menitik. Perkara yang sama berlaku pada orang dewasa yang tidak dapat lena.

Saya percaya ramai ibubapa yang keliru dengan jeritan bayi. Apabila mereka dikejutkan dari tidur oleh suara teriakan bayi, mereka terus ke dapur dan membuatkan susu untuk bayi mereka. Tanpa menyedari apa yang berlaku, mereka menyumbatkan mulut anak mereka dengan puting botol susu.

Seharusnya ibubapa haruslah perhatikan persekitaran bayi. Suhu bilik di mana kita letakkan bayi juga haruslah diberikan perhatian. Jika suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu panas, tentu ianya tidak selesa pada bayi. Bayi mungkin akan berpeluh dan menambahkan ketidak selesaan. Pasangkanlah kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana. Tujuannya agar udara di bilik itu bergerak dan perudaraannya baik. Tidak perlu meletakkan bayi di sebelah kipas kerana apabila bayi terkena udara secara langsung, bayi itu mungkin lebih tidak selesa.

Perhatikan juga lampin bayi yang mungkin basah dan kotor. Jika lampin tidak ditukarkan, ia kan memberikan kesan kegatalan pada kulit dan menyebabkan bayi akan tidak selesa. Mereka menjerit minta ditukarkan lampin yang basah dan kotor.

Ahli psikologi kanak-kanak juga mengandaikan bayi juga mempunyai mood perasaan. Adakalanya bayi menjadi cerewet dan mudah meradang. Malah mereka mungkin berasa ceria dan mempunyai mood yang baik. Ini semua boleh dirangsangkan apabila ibubapa berkomunikasi dengan bayi dengan baik.

Bercakap, bercerita, berlawak dengan bayi akan meningkatkan mood mereka. Jika mereka dibiarkan tanpa komunikasi dan interaksi, mood bayi tidak diceriakan dan bayi akan mudah marah dan menangis.

Walau bagaimana pun, mood ibubapa juga mempengaruhi mood bayi mereka. Ahli psychology kanak-kanak berpendapat bahawa ibu yang marah, kecewa, sugul, penat dan murung selalunya bayi akan menangis sekuat hati. Selain itu bayi juga akan menangis lebih lama. Begitu juga ibu mereka mempunyai masalah dengan suami atau terasa diabaikan.

Jadi sebelum bergegas membawa bayi kita ditengah malam berjumpa doktor, elok juga jika kita mempelajari dan mempraktikkan apa yang kita ketahui.

Namun punca-punca bayi menangis tadi haruslah dibezakan dengan dua punca yang lain, iaitu colic dan demam. Punca-punca ini lebih serius dan memerlukan perhatian, dan harus dibawa berjumpa doktor.

Colic adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bayi yang menangis di tahap melampau. Ia selalunya bermula dari umur dua minggu hingga 4 bulan. Namun ada bayi yang masih lagi menangis walaupun berumur lebih empat bulan.Mereka menangis sepanjang petang dan kadang kala berlarutan ke malam.
Colic disebabkan oleh pengecutan otot usus menyebabkan rasa senak dan memulas-mulas selepas menyusu bayi. Pakar Pediatrik memberikan teori bahawa ianya disebabkan susu yang tidak dapat dihadamkan.

Susu yang tidak dihadamkan menghasilkan lebih banyak gas. Setengah bayi mempunyai alahan pada susu lembu dan kambing. Perut mereka menjadi kembung.

Gas yang berada dalam usus tidak dapat menyerap dalam badan, ia harus dikeluarkan. Otot usus mengecut semaksima mungkin agar gas ini dapat dikeluarkan samada sebagai muntah atau kentut/ceret beret.

Banyak ubat yang boleh didapati di farmasi yang membantu mengurangkan colic pada bayi. Antaranya ialah gripe water dan colimix. Namun haruslah bertanyakan kepada farmasi yang bertauliah atau doktor tentang masalah bayi anda sebelum memberikan apa-apa ubat kepadanya.

Mengurut dan mengusap bayi dengan teknik yang betul mampu melegakan bayi. Caranya ialah dengan melakukan pergerakan yang berulang-ulang aksi seolah-olah bayi sedang menunggang basikal.
Kaki mereka berada di udara dan mengayuh dalam keadaan telentang. Pergerakan pasif yang dilakukan oleh ibubapa mereka sangat membantu bayi merasakan kelegaan.

Mengusap dengan lembut perut bayi akan mengurangkan rasa tidak selesa. Bayi ditiarapkan dan diusap dari belakang terutama kaki dan bahunya. Urutan yang lembut sebegini tidak menggunakan minyak panas, hanya sekadar minyak �baby oil� yang melicinkan pergerakan tangan ketika mengurut.

Saya amat mencadangkan ibubapa membeli termometer yang ringkas agar dapat mengukur suhu badan bayi. Ianya akan membantu ibubapa mengetahui samada bayi mereka sedang demam atau tidak.
Bayi yang demam adalah antara masalah yang serius dan harus dibawa berjumpa doctor. Demam yang tinggi dan berlarutan boleh memberikan kesan buruk pada bayi.

Jadi perhatikan keadaan bayi sebelum kita membawanya ke pusat kesihatan. Adakalanya bayi akan diam dengan sendirinya tanpa perlu memakan apa-apa ubat.


Tidur yang berkualiti




RAMAI di kalangan mereka yang bekerjaya dilihat tidak begitu mementingkan soal tidur. Ini mungkin kerana mereka tidak tahu bahawa tidur yang mencukupi dan berkualiti akan membuatkan kita lebih bertenaga dan ceria untuk memulakan hari yang baik.

Senario tidak mengendahkan tidur bukanlah satu situasi yang pelik. Disebabkan itu juga ada di kalangan mereka menghidap penyakit susah tidur atau insomnia.

Setiap individu dinasihatkan mendapatkan tidur serta rehat yang secukupnya iaitu antara tujuh hingga sembilan jam sehari.

Menurut Pakar Terapi Hipnotik, Julian Leicester, tidur juga seharusnya diseimbangkan agar badan dan minda tidak mempunyai tekanan.

Katanya, seseorang yang tidurnya berkualiti akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Jiwanya akan terasa bahagia serta kecergasan fizikal dan mindanya akan bertambah daripada mereka sentiasa terasa letih sepanjang masa.

''Sekiranya anda bangun dengan badan yang cergas serta minda yang lapang, itu bermakna anda mendapat tidur yang berkualiti.

''Jika sebaliknya, itu menandakan anda tidak mendapat tidur yang berkualiti, di mana sama ada anda tidak mendapat tidur yang secukupnya ataupun tidur anda terganggu.

''Untuk itu sebelum tidur, anda perlu memastikan bahawa minda dan badan berada dalam keadaan tenang dan rehat,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada masa yang sama, tambah beliau, gabungan bilik tidur yang sunyi selain tilam dan bantal yang sesuai juga memainkan peranan penting dalam usaha mendapatkan tidur berkualiti yang diingini.

Menurut Julian, tidur yang berkualiti mampu memberikan kesan menakjubkan seperti membantu meningkatkan kecekapan kerja, menggalakkan pemulihan tubuh, meningkatkan daya ingatan, penumpuan, daya kreatif dan kesejahteraan emosi.

Dalam pada itu, tambahnya lagi, kita juga seharusnya membuat undang-undang dalam bilik tidur bagi memberi keselesaan apabila tiba waktu tidur.

Untuk itu Julian memberikan beberapa tip seperti jangan jadikan bilik tidur sebagai pejabat, jangan letakkan televisyen atau radio serta jangan letakkan jam dinding.

Semua itu boleh mengganggu tidur dan secara tidak langsung akan menjadikan tidur tidak berkualiti.

Berbicara mengenai gabungan bantal dan tilam, jelas Julian, kedua-duanya mampu menjadikan malam masa yang ditunggu-tunggu.

Kedua-duanya juga merupakan salah satu kelengkapan paling penting yang sering diabaikan untuk mendapat tidur berkualiti.

Hakikatnya, ramai antara kita mengambil mudah tentang kualiti bantal dan tilam serta tidak sanggup melabur bagi memperoleh sesuatu yang penting dalam hidup kita.

Akibat penggunaan bantal dan tilam yang tidak berkualiti, rungutan seperti tidur tidak nyenyak, badan terasa letih dan sakit tulang belakang sering kedengaran.

Memang diakui, tidur yang terganggu boleh memberi pengaruh besar kepada aktiviti seharian.

''Untuk mendapat tidur yang lena, pilihlah tilam dan bantal yang dapat memberi keselesaan dan sokongan pada leher serta tulang belakang.

''Bantal dan tilam sepatutnya tidak terlalu keras atau lembut kerana sekiranya keras atau lembut ia boleh mencederakan leher serta belakang anda.

''Satu cara yang baik untuk merangsang tidur adalah menukar cadar baru selain memastikan bilik tidur cantik kemas dan bersih,'' katanya lagi.

Bagaimanapun Julian turut menasihati orang ramai agar mengelak minum kopi atau sebarang minuman yang mengandungi kafein dan pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang sebelum tidur.

Ia adalah untuk mengelakkan anda daripada berjaga sepanjang malam.

Tips Untuk Para Isteri Sentiasa Dara.



1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya.

GAMBAR WONDER GIRLS BERBAJU KURUNG KETIKA KONSERT DI MALAYSIA


Sangat berbeza apabila Wonder Girls memakai baju kurung ketika mereka membuat konsert di Malaysia hari ini. Sebab kita tahu mereka sentiasa menampilkan pakaian yang agak seksi ketika membuat persembahan.

Rasa berbangga kerana mereka telah mengetengahkan pakaian tradisional Malaysia ketika konsert mereka pada malam ini. (Tunggu turn Big Bang punya konsert pula lepas nih. LIKE! Go TOP. Go TOP.hehehe..)





Kisah benar.... Mesti baca...!!

Gambar Hiasan

Dipetik dari sebuah forum tempatan...

Geng,

Kali ni saya nak berkongsi cerita pasal kejadian memilukan yang berlaku di kantin sekolah anak saya. Kita tinggalkan kisah apek tu..kisah yang menimbulkan kontrovesi antara kita untuk percaya atau tidak... 

Tak per lah..saya tak kisah tu semua. Saya menulis bukan untuk mengharapkan pujian..saya ikhlas berkongsi apa yang saya tahu. Kisah ini pun kalau ada yang tak mahu percaya..kalau ada yang beranggapan saya ni penglipur lara dan penulis hikayat..apa nak buat..terserah lah..saya tak mampu untuk menahan jari tuan/puan menaip apa sahaja untuk mencemuh saya..saya pasrah..

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..? 

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..


Kucing kena simen


Manusia jenis apa la yang sanggup tanam kucing ni sampai jadi macam tu sekali....hhuhuhuh