“Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan dari diri kamu berpasang-pasangan supaya kamu merasa tenang bersamanya; dan Dia jadikan sesama kamu perasaan kasih sayang dan rahmat; sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir” ( Ar-Ruum : 21 )

Sunday, October 14, 2012

Setahun Selepas Steve Jobs: Mampukah Apple Terus Berjaya?

Sepanjang 2 tahun yang lalu, Apple telah mengeluarkan beberapa produk yang dapat menarik puluhan juta pembeli. iPhone 5 mencipta rekod baru apabila terjual lebih 5 juta unit pada hujung minggu pertama sahaja. The New iPad pula terjual sebanyak lebih 3 juta unit pada 3 hari pertama dijual. Tidak lupa juga produk-produk lain yang masih memberi keuntungan besar seperti Mac dan iPod. Tidak dinafikan Apple adalah sebuah syarikat yang paling berjaya dan menguntungkan di dunia, tetapi adakah Apple masih mencuba untuk terus menjadi lebih hebat?


Aaron Aziz, Nadiya Nisaa Kena Halau Di Madinah?


KUALA LUMPUR : Bukan mudah hendak menjayakan drama bersiri 80 episod, Adam & Hawa yang kini telah pun ditayangkan di saluran Mustika HD (saluran 134) pada 27 Ogos lalu, apatah lagi bila penggambarannya di lakukan di di luar Masjid Nabawi, Madinah.

Apa tidaknya, sedang elok-elok penggambanran Adam & Hawa dilakukan di sana, tiba-tiba seluruh krew produksi termasuk pelakon hebatnya, Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa telah dihalau dari tempat itu.
Bukan setakat itu saja, insiden itu juga turut menyebabkan mereka didatangi oleh sekumpulan polis yang pada mulanya tidak membenarkan penggambaran siri itu dijalankan di kawasan luar masjid tersebut.

Perkara ini telah didedahkan oleh pengarahnya, Feroz Kader sewaktu berkongsi cerita mengenai pengalamannya dan krew produksi menjayakan penggambaran drama bersiri terbaru terbitan syarikat produksi Global Station Sdn Bhd itu.

“Selain cuaca yang agak panas luar biasa di Mekah, kami telah mengalami insiden kena halau oleh penduduk di Madinah yang marah kepada kami kerana menjalani penggambaran di tempat mereka.
“Bukan itu sahaja, tidak lama kemudian kami didatangai oleh sekumpulan polis di sana yang pada mulanya tidak membenarkan kami meneruskan penggambaran.

Namun selepas kami berbincang dan menjelaskan tujuan kami menjayakan penggambaran di situ adalah untuk memberi pengajaran kepada penonton, barulah mereka benarkan kami teruskan penggambaran tersebut.
“Bagi saya ia pengalaman yang sukar untuk dilupakan oleh kami seluruh produksi yang ketika itu agak cuak kerana tidak sangka mendapat respon syang sebegitu sekali daripada masyarakat di sana,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Seluruh produksi Adam dan Hawa telah menjalani penggambaran di Madinah dan Mekah selama 8 hari bermula sekitar Mei lalu.
Mengulas lanjut mengenai drama yang diadaptasikan daripada novel tulisan Aisya Sofea itu, Feroz Kader memberitahu siri ini pasti dinanti-nantikan oleh ramai penonton kerana kini pengikut serta peminat novel itu boleh melihat sendiri gambaran jalan ceritanya yang dikemudikan pelakon-pelakon hebat.

“Saya tahu, orang sudah tahu bagaimana jalan cerita ini berlangsung, namun dalam siri ini saya cuba beri gambaran yang lebih menarik sesuai untuk ditonton di kaca TV. Saya juga ada olah sedikit jalan ceritanya tetapi masih tidak lari daripada konsep serta motif cerita sebenar. Kini apa yang dibayangkan mereka telah diterjemahkan dengan visual yang lebih menarik,” jelasnya lagi.

Selain Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, drama bersiri Adam & Hawa ini turut dibarisi pelakon lain seperti Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Adnan, Aznah Hamid serta ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Adam & Hawa di saluran Mustika HD (saluran 134). Anda juga boleh menyaksikannya secara percuma ---->>>  KLIK SINI


Saturday, October 13, 2012

6 Ciri – Ciri Perempuan Playgirl - Mesti Baca!



1. Menyembunyi Kisah One night Stand
Bukan hanya menyimpan satu kisah, tetapi banyak lagi. ” One night stand ” tidak bermakna setia pada satu lelaki sahaja. Sentuhan fizikal yang sedikit ketika bergaul dengan lelaki menjawap bagaimana keakraban seorang playgirl dengan seorang lelaki yang dikaguminya / diingininya, tetapi tidak untuk jangka masa panjang… untuk semalam je kot. :P Murahnya harga dirimu…

2. Seringkali tukar ” In relationship ” status di Facebook
Bermula dari ” single “, ” In a relationship “, kemudian ke ” It’s complicated “. Ini cukup memadai dia hanyalah seorang perempuan mencari pasangan untuk bersuka-suka sahaja. Walaupun dia cuba untuk mencari yang terbaik, tetapi di mata lelaki… she’s a jerk.

3. Bercinta dengan 2 lelaki atau lebih dalam sesuatu masa
Okay! Nih kes main kayu 3… Sebagai contoh, dia tengah date dengan seorang lelaki dalam satu pasukan bola sepak, kemudian pada masa yang lain pulak dengan lelaki lain yakni rakan sepasukan yang sama?? Secara tidak sedar hampir separuh daripada pasukan bola sepak itu dah diajak date.. Perempuan yang #*amp;%_$.

4. Mudah Memberi Nombor Telefon 
Dah berpunya masih mudah memberi nombor telefon kepada lelaki yang tak dikenali atau ingin berkenalan. Berhati-hatilah, dia masih memberikan respon untuk menarik perhatian lelaki lain, atau mempunyai hubungan sulit.

5. Mudah bermain dengan perasaan
Bayangkanlah apabila hubungan itu intim, tiba-tiba dia pergi tanpa perkataan sahaja memberi kata kepada ” Kita dah takde pape hubungan “. Memang sah! dia playgirl.

6. Kemesraan
Untuk mendekati lelaki memerlukan usaha yang lebih kepada pendekatan, dan memerlukan kemesraan. Apabila si playgirl tidak berpuas hati, si playgirl akan pergi dan carik lelaki lain.


AARON AZIZ TETAP JADI MAKNYAH!!


Aku tahu entri ni memang tak lawak. Malah aku sendiri tak tersenyum pun tengok gambar ini.. Tetapi aku percaya entri ni akan dapat banyak hits sebab dia kan Hero Malaya. Pasti ramai awek klik link ini. Aww~ ;p

Kisah Seram Penginapan Villa Nabila

Jika sebelum ini Melayukini.net ada berkongsi mengenai satu pusat membeli belah yang telah terbiar sejak 1998 dan dikatakan telah menganggu satu keluarga warga Singapura. (LINK). Kali ini kisah seram mengenai sebuah rumah penginapan yang dikenali sebagai Villa Nabila. Tempat ini dikatakan agak menyeramkan. Jom ikuti beberapa versi cerita mengenai tempat ini, Villa Nabila :


Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.





Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.


Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari,maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh.Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.






Pengalaman Seram Kaki Pancing

Selain manusia, Allah turut menciptakan makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kehadirannya dapat dirasai walaupun ia tidak pernah menyenangkan. Di layar perak atau kaca televisyen, kehadiran makhluk halus selalunya disertakan dengan muzik menyeramkan, membuatkan bulu roma penonton turut sama berdiri.


Bagaimanapun, di alam nyata, kehadirannya langsung tidak memberi petanda kerana tiba-tiba saja ekor mata dapat menangkap kelibat sesuatu tetapi akhirnya hilang begitu saja. Ada ketikanya, ia menjelma betul-betul di depan mata tetapi bagi yang penuh ilmu di dada, ia tidak sedikit pun mencuit rasa. Sebaliknya, bagi yang longgar iman, kemunculan makhluk yang dijanjikan kekal dalam neraka itu sedikit sebanyak mencabar kewarasan.

Sebaiknya kehadiran makhluk berkenaan sama ada di depan mata atau sekadar berasakan kelibatnya tidak dihiraukan kerana takut bererti manusia yang disertakan akal bersama kejadiannya memberikan kemenangan kepada iblis yang diizinkan Allah mengusik dan menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat.
Mungkin kisah yang diceritakan pemuda berusia awal 20-an yang cuma dikenali sebagai Faiz boleh dijadikan panduan betapa makhluk itu juga bosan jika usikan dan gangguannya tidak diendahkan.

“Kisah ini diceritakan oleh rakan sekerja yang jauh lebih senior. Dulu, di tempat kerja saya ada dua sahabat baik yang gila memancing. Persahabatan mereka sejak di bangku sekolah rendah terbawa-bawa sehingga ke alam pekerjaan.

“Memandangkan persekitaran kerja yang dekat dengan laut, kedua-dua mereka tidak melepaskan peluang memancing sebaik tamat tugas. Keakraban mereka dapat dilihat jika seorang bekerja syif pagi dan seorang lagi syif petang hingga malam, kedua-duanya akan balik ke rumah esok pagi selepas memancing semalaman,” kata Faiz.

Pada malam kejadian, kedua-dua sahabat baik itu duduk selesa di atas tembok bersebelahan antara satu sama lain sambil menunggu joran masing-masing diragut ikan.Malam semakin hening tetapi kedua-dua lelaki berkenaan terus sabar menanti.

Tiba-tiba mereka ternampak sebiji labu sayong yang hanyut entah dari mana. Salah seorang lelaki berkenaan terus memungut labu itu dan diletakkan di tepi kemudian kembali menumpukan perhatian kepada joran.
“Dalam keadaan sunyi sepi dan hening itu, tiba-tiba mereka ternampak ada sesuatu menjelma di tengah laut dan di atas permukaan laut, makhluk itu berjalan menghampiri mereka. Kedua-dua sahabat itu cuma melihat makhluk itu semakin menghampiri dan duduk di tengah-tengah antara mereka berdua.

“Lucunya, mereka tidak pula lari lintang pukang, sebaliknya cuma mengalih kedudukan seolah-olah memberi ruang kepada makhluk itu. Agaknya bosan gangguannya tidak dihiraukan, makhluk itu lesap begitu saja meninggalkan kedua-dua sahabat tadi yang asyik memancing itu. Rupa makhluk itu tidak pula diceritakan oleh rakan sekerja,” katanya.

Mungkin juga kerana nasib tidak menyebelahi, joran mereka tidak dimakan ikan menyebabkan kedua-dua sahabat itu berkemas untuk balik. Ketika itulah baru disedari labu yang sebelumnya berada berhampiran mereka sudah hilang.

Kedua-dua sahabat itu terperanjat besar apabila membuka but kereta kerana mereka mendapati labu berkenaan berada di dalamnya. Siapa yang meletakkan labu sayong itu di dalam bonet menjadi misteri kepada kedua-duanya.

Faiz berkata, seorang rakannya yang digelar abang Din, juga kaki pancing kerap diganggu makhluk halus tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.

“Dia menceritakan pernah satu hari dia balik ke rumah pada waktu dinihari selepas memancing. Selepas membersihkan badan, abang Din mengejutkan isterinya untuk memberitahu ikan sudah dibawa masuk ke dalam sebelum tidur.

“Tidak lama kemudian, isterinya mengejutkan abang Din untuk bertanya apa yang dibawa balik. Apabila abang Din menjawab ikan, isterinya dengan selamba berkata: ‘Ikan apa dengan bentuk badan besar macam beruk, hitam legam dan berbulu lebat?’Rupa-rupanya abang Din turut membawa balik makhluk lain,” katanya.

Sudah tiba masa kita kembali membetulkan anggapan salah yang kerap disajikan di layar perak mengenai makhluk halus mencari korban. Memang betul kata seorang ustaz – makhluk itu cuma berjanji untuk mengusik dan menyesatkan, bukan membunuh.


Misteri Kawasan Perumahan di Kuala Lumpur

Terdapat suatu kisah di mana ada seorang lelaki dari Singapura menyewa sebuah rumah di kawasan perumahan Kuala Lumpur. Namun semenjak ia menyewa di sana, sering berlaku kejadian pelik di kawasan perumahan tersebut. Ikuti kisahlelaki ini di bawah.


Sekadar gambar hiasan

Tentunya saya ada kisah yang menyeramkan, yang ingin saya kongsi bersama para pendengar, terutama sekali rakan-rakan saya yang kini berada di tanahair Singapura. Ketika saya melakarkan emel ini, saya sedang berada di pejabat saya di Cheras, Kuala Lumpur. Kini jam menunjukkan 12.41 tengah malam.
Saya seorang warga Singapura, yang telah bermastautin di Kuala Lumpur. Saya ditawarkan bekerja dengan sebuah syarikat rakaman di KL. Walaupun saya jauh dari tanah air, tidak pernah saya lepas dari rancangan KC yang sering saya dengar melalui internet di pejabat saya. Pekerjaan saya amat memenatkan. Mengarang lagu dan lirik sehingga lewat pagi. Jadi beginilah kisahnya.

Pada 12 Jun 2012, ketika itu, saya sedang memandu dalam perjalanan ke rumah, dari pejabat di Cheras, ke kawasan perumahan Mont Kiara. Memang itu kawasan elit, dan terdapat ramai orang kaya menetap di situ, tetapi tidak termasuk saya, kerana rumah itu hanyalah rumah yang disediakan oleh syarikat. Sedangkan Yusry KRU tinggal di situ, tapi tak tahu mana satu rumahnya. Kereta yang saya gunakan pun kepunyaan syarikat.

Memang rumah itu besar dan mewah. Rumah itu mempunyai enam bilik. Malangya yang tinggal di situ hanya saya seorang. Pada hari pertama apabila saya mendapat kunci pada rumah tersebut, saya amat bangga dan gembira, kerana waktu di Singapura, saya tidak dapat jejakkan langkah ke rumah seperti itu.

Pada malam pertama, saya pulang rumah lewat. Sekitar jam 3 pagi barulah saya keluar dari pejabat. Banyak sangat mesyuarat dan tugasan yang harus saya selesaikan di pejabat. Saya tiba di Mont Kiara kira-kira jam 3.30 pagi. Oleh kerana rumah saya yang paling hujung, saya terpaksa lalu beberapa rumah. Tiba di jalan yang kecil itu, saya memang gemar memandu dengan perlahan, kerana ingin lihat kereta mewah, yang kebanyakkannya meletakkan kenderaan mereka di luar rumah. Perlahan-lahan memandu, saya menikmati pengalaman melihat kereta Lamborghini, Ferrarri, BMW, Mercedes dan lain-lain. Memanglah sunyi dan sepi.

Sedang saya menikmati melihat kereta-kereta mewah tersebut, tiba-tiba saya terdengar ketukan kuat di bahagian belakang kereta saya. Dengan pantas, saya ”jam brake”, keluar dari kereta dan cari apa yang telah saya langgar. Tetapi satu benda pun tidak kelihatan. Oleh kerana saya berada di depan kediaman orang, saya bergegas masuk ke dalam kereta dan sambungkan perjalanan, takut-takut mengganggu orang lain yang sedang nyenyak beristirehat. Di lorong kecil itu, saya tidak boleh memandu lebih dari 20 KM/J. Ikutkan hati memang saya nak pecut, tetapi takutkan pula ada rodaan polis. Maklumlah, merantau di negeri orang. Tingkah laku harus dijaga.

Sedang saya memandu, saya terbau bangkai. Amat busuk sekali. Kata saya dalam hati, ”Alamak, terpijak bangkai pula…” Saya memang sudah tahu, yang bangkai itu bukan punca dari saya, kerana baunya datang dari belakang. Saya tak nak takutkan diri saya. Saya pun pecut, dengan kelajuan 50KM/J, tak kira lah ada rodaan polis ataupun tidak.

Akhirnya, saya tiba di luar rumah saya. Pagar rumah pun buka secara otomatik. Sesudah meletakkan kereta, saya pun keluar, dan dengan segera buka kasut, untuk mencari punca pada bau bangkai. Memang tepat andaian saya. Memang bangkai itu bukan datang dari kasut saya. Bukan kerana saya terpijak bangkai, atau apa pun. Saya kembali ke kereta saya, dan dapati bau itu sudah hilang. Saya pelik. Oleh kerana saya sudah penat, saya pun masuk tidur.

Keesokan hari, saya bangun tidur dan dapati saya berada di bilik bawah, iaitu bilik yang digunakan untuk pembantu rumah. Saya bangun dalam keadaan gelabah dan terkejut. Setahu saya, saya tidur di bilik saya, iaitu di tingkat atas. Macam mana saya boleh berada di bawah??? Memanglah menyeramkan. Saya duduk di atas katil, termenung dan terfikir-fikir. Saya bergegas ke pejabat seperti biasa. Saya tidak mahu memikirkannya. Saya pun menceritakan kisah saya dengan rakan kerja saya.

Saya: “Izad (Bukan nama sebenar), semalam, aku tidur di bilik aku. Pagi tadi aku bangun kat bilik dapur. Malam ni kau tidur rumah aku boleh? Temankan aku lahh’…’

Izad : “Kau gilakah? Entah-entah semalam kau pergi minum arak, dah mabuk. Lepas tu dah tak ingat yang kau tidur bilik mana. Dah tu kau bagi tahu aku yang kau kena kacau?”

Saya pun menekankan, yang saya tidak minum atau mabuk pada malam sebelumnya.

Saya : ”Semalam, kau telefon aku di pejabat jam 1.30 pagi, dan aku yang jawab. Agak-agak kau aku mabuk ke malam semalam?”

Beliau terdiam seketika.

Izad: “Kau biar betul?”

Saya: ”Kalau aku tipu kau, aku boleh dapat juta-juta ringgit ke?”

Izad pun setuju untuk menemani saya untuk malam itu.

Hari itu, saya pulang awal. Saya keluar dari pejabat pada jam 5 petang. Izad telah berjanji untuk datang ke rumah saya pada jam 9 malam. Izad memang suka mengkaji tentang kegiatan paranormal. Memang tidak silaplah saya memanggil dia datang ke rumah.

Tepat pada jam 9, beliau pun bunyikan ”horn” di depan pagar rumah saya. Walaupun setelah saya buka pagar rumah saya, beliau tidak masuk. Beliau tawaf kenderaan beliau seakan mencari sesuatu. Saya pun keluar.

Saya: “Jat, apa yang kau cari?”

Izad: “Tadi aku rasa aku terlanggar benda lah. Tak tahu apa. Tapi ada bunyi kuat kat sebelah belakang. Aku tak berhenti. Aku terus ke sini…”

Saya pun teringat kejadian yang sama, yang terjadi pada saya hari sebelumnya.

Izad: “Tadi aku bau bangkai. Ni dah hilang. Kelakar seram lah…”

Saya hanya berdiam diri. Saya menjemput dia masuk ke dalam rumah. Beliau duduk di sofa saya, sambil menghidupkan puntung rokok. Lantas, saya pun menceritakan kisah yang sama yang terjadi.

Saya: “Semalam, aku balik dalam pukul 3 lebih pagi gitu. Aku pun terdengar bunyi yang sama yang kau alami. Tapi aku berhenti, keluar dan cari apa yang aku dah langgar. Bila aku dapati yang aku tak langgar apa-apa, aku pun sambung perjalanan lah. Dalam kereta, aku bau busuk. Bau bangkai. Datangnya dari belakang. Aku tak tengok cermin. Aku segan nak tengok wajah dia…”

Izad: “Aku rasa, kau terlanggar makhluk atau jin kot?”

Sedang kami berbual, kedengaran pinggan jatuh berkecai di dapur. Kami berdua bergegas ke dapur, tetapi tidak kelihatan apa-apa. Walaupun kedengaran pinggan pecah, kami tidak nampak sebarang serpihan kaca. Kami berdiri tegak, dan kedengaran pula hempasan pintu di tingkat atas. Kami berdua pun lari ke tingkat atas, dan memang semua pintu bilik terbuka. Izad dan saya menyemak semua bilik, satu per satu. Semua lampu dihidupkan. Bila kami tidak jumpa apa-apa, kami pun turun ke ruang tamu.

Kami berdua berdiam diri, sambil tersandar di sofa sambil merokok. Tiba-tiba, Izad bangkit dan bergegas ke bilik kecil di dalam dapur. Saya pun mengekorinya. Saya cuba mengisyaratkan sesuatu padanya tetapi beliau menyuruh saya diam. Kami pun berdiri di depan bilik kecil itu. Pintu bilik itu memang tertutup. Beliau memberi isyarat dan menyuruh saya buka. Bila saya buka, kelihatan seorang wanita sedang duduk di atas katil.

Saya lari keluar dari rumah, tanpa pedulikan Izad. Dari luar kedengaran suara memanggil, “Azlan… Azlan…” Suaranya amat menyeramkan. Bila di luar, baru saya sedar yang Izad masih di dalam. Lampu di dalam rumah semuanya terpadam, dan Izad tidak keluar lagi. Saya dah tak tahu apa nak buat. Saya pun menjerit meminta pertolongan. Datang seorang pakcik, bersama isterinya. Saya menceritakan pada pakcik tersebut, dan pakcik tersebut langkah masuk ke dalam. Entah bagaimana, pintu rumah saya terkunci dari dalam, Pakcik itu terpaksa pecahkan pintu itu. Anjing di sekeliling kawasan perumahan itu mula menyalak tanpa henti. Sepuluh minit kemudian pakcik itu pun keluar, sambil mengheret Izad, yang dalam keadaan seperti disampuk. Saya dan pakcik itu memegangnya dengan kuat, tetapi beliau amat kuat. Dengan bacaan mentera, yang bukan datangnya dari Al-Quran, Izad meraung di lantai. Matanya merah dan wajahnya pucat.

Waktu pakcik itu sedang membaca mentera, angin yang kuat menyapa tubuh. Akhirnya, Izad memberi jeritan yang amat kuat, tetapi suaranya seperti suara campuran lelaki dan perempuan. Saya tak tahu macam mana nak terangkan. Kemudian, beliau pengsan. Semuanya berakhir. Lampu di dalam rumah pun menyala dengan tiba-tiba. Saya dan pakcik mengangkat Izad ke dalam rumah saya. Isterinya pun turut mengikut masuk.

Izad terlantar di atas sofa. Pakcik yang berasal dari Perlis itu pun bertanya dalam loghat orang Perlis. Saya cuba untuk memahaminya, dan menjelaskan padanya apa yang berlaku hari sebelumnya. Rupa-rupanya, kata beliau, sesiapa yang tinggal di kawasan rumah saya, yang harus menempuhi jalan yang sama, iaitu jalan yang saya diganggu itu, harus pulang ke rumah sebelum Maghrib. Kalau harus pulang lewat, jangan hiraukan apa-apa bunyi yang ketika dalam perjalanan. Di salah satu tiang lampu, ada tanda menyatakan ”Jalan ini ‘kotor’. Berhati-hati”. Tetapi ia ditulis dalam bahasa Cina.  Sesiapa yang keluar dari kenderaan, makhluk itu akan ikut pulang ke rumah.

Apa sebab kehadiran makhluk itu tidak diketahui. Pakcik itu beredar dari rumah bersama isterinya, meninggalkan saya dan Izad. Oleh kerana badi yang masih ada di dalam diri, saya pun memaksa diri untuk tidur.

Keesokkannya, saya menceritakan apa yang terjadi pada Izad. Kata beliau, beliau nampak wanita yang cantik sedang duduk di atas katil. Wanita itu pun datang kepadanya. Beliau ingin lari, tetapi beliau dipukau. Seterusnya, beliau tidak ingat apa yang terjadi.

Sehingga sekarang, saya masih menetap di rumah yang sama. Jikalau saya harus pulang lewat, saya akan tidur di pejabat.

Ingin saya ucapkan pada Terima Kasih pada Datuk Amri, pakcik yang telah menolong saya pada malam itu. Kini, beliau sudah berpindah, dan pertolongon beliau masih ada di ingatan.