“Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan dari diri kamu berpasang-pasangan supaya kamu merasa tenang bersamanya; dan Dia jadikan sesama kamu perasaan kasih sayang dan rahmat; sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir” ( Ar-Ruum : 21 )

Thursday, March 24, 2011

Hati Seorang Ayah

Semoga Roh arwah ayahku dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.... Aminnnn.... al-Fatihah utk ayahku Haji Ab Samad bin Abu Bakar....

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya dikala melihat ayahnya mengusap wajahnya yang mulai berkerut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya: "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab: "Sebab ayah seorang lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian: "Saya tidak mengerti." disulami dengan kerutan di kening kerana jawapan ayahnya membuatnya dirinya kebingungan.

Ayah hanya tersenyum. Dibelainya rambut anaknya itu lalu menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan: "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik si ayah, menambahkan kebingungan di hati si anak.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Lantas Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga memang akan kelihatan demikian."
Hanya itu jawapan si ibu.

Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya kian membongkok?

Sehinggalah pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali.
Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh.

Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

p/s: Oleh itu jika ayah kita masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah kita telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin.

Wednesday, March 23, 2011

Seks Untuk Kesihatan

Seks adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika diamalakan secara betul. Oleh itu, seks hanya HALAL kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja. Terdapat beberapa faedah seks kepada kesihatan yang mungkin tidak pernah anda fikirkan:

1) Mengurangkan Berat Badan –Aktiviti seks boleh membakar sebanyak 75 - 150 kalori setiap setengah jam. Aktiviti seks hampir setara dengan senaman lain seperti yoga (114 kalori setiap setengah jam), menari (129 kalori setiap setengah jam) atau berjalan (153 kalori setiap setengah jam). Seks juga boleh membantu mengekalkan kekuatan otot anda kerana rangsangan seksual dan inzal menyebabkan badan anda mengeluarkan hormon testostron, yang salah satu fungsinya ialah untuk membina dan mengekalkan tisu dan otot anda.

2) Tingkatkan Kesihatan Jantung – Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling banyak membunuh wanita. Bersenam, mengambil makanan yang berkhasiat, mengurangkan pengambilan garam, gula dan lemak merupakan cara untuk mendapatkan jantung yang sihat. Seks juga merupakan senaman yang meningkatkan nadi serta pengaliran darah. Menurut kajian yang telah dilakukan, aktiviti seks sebanyak 1-2 kali seminggu boleh mengurangkan 2 kali ganda risiko serangan jantung.

3) Membantu Tidur lebih Nyenyak – Jika anda mengalami masalah untuk tidur di waktu malam, ia merupakan petanda anda mengalami tekanan atau stres. Pasangan yang kerap melakukan hubungan seks melaporkan, mereka dapat mengatasi tekanan dengan lebih mudah. Perasaan tenang selepas inzal membantu badan anda untuk berehat sepenuhnya. Berdasarkan laporan penyelidikan, ramai pasangan yang dapat tidur dengan mudah dan nyenyak sepanjang malam selepas melakukan hubungan seks.

4) Meningkatkan Sistem Imunisasi – Seks boleh menjadikan sistem imunisasi anda kuat. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Wilkes University, Pennsylvania, individu yang melakukan hubungan seks 1-2 kali seminggu menunjukkan 30% peningkatan antibodi immunoglobulin A yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi.

5) Meningkatkan Kesihatan Mental – Apakah cara yang paling mudah untuk meningkatkan mood dan melawan tekanan perasaan? Hubungan seks dalam keadaan yang HALAL dan penuh KASIH SAYANG boleh membantu. Secara psikologi, seks membantu meningkatkan kesihatan mental kerana intimasi dan kasih sayang yang terlibat membantu mengurangkan tekanan. Hasilnya, paras hormon kortisol akan menurun. Hormon kortisol dikeluarkan oleh badan akibat stres dan ia boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan kencing manis.

6) Membantu Melegakan Kesakitan –Menurut pakar kesihatan, seks dapat melegakan kesakitan dengan pengeluaran hormon oksitosin yang merangsang penghasilan endorfin, pelega kesakitan.

7) Membantu Pengawalan Pundi Kencing – Mungkin agak pelik pada pendengaran anda, tetapi seks dapat membantu pengawalan otot-otot pundi kencing anda. Pakar seks menyarankan senaman Kegel (kemutan otot pelvic) setiap hari dan sewaktu seks. Senaman ini bukan sahaja boleh meningkatkan rangsangan, tetapi juga menguatkan otot-otot yang terlibat dengan penyakit “incontinence” iaitu kurang pengawalan pundi kencing dan menyebabkan anda “tercicir” sewaktu bersin atau batuk. Cara senaman Kegel ialah ketatkan otot pelvic anda sebagaimana anda menahan kencing. Tahan selama 3 saat dan lepaskan. Ulang sebanyak mana yang anda mahu.

8 ) Mencantikkan Kulit –Aktiviti seks akan menggalakkan badan anda mengeluarkan pelbagai hormon yang meningkatkan kesihatan keseluruhan termasuklah kulit anda. Semasa hubungan seks, badan anda kan menghasilkan hormon “dehydroepiandrosterone” yang berfungsi meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan kulit.

Untuk Mudah Bangun Pagi

Sebelum tidur, tepuk bantal 3 kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati untuk bangun pagi. Esok anda akan terjaga dengan sendirinya.

Untuk Menghilangkan Perut Buncit

Makan Dengan Perlahan
Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.

Jangan Minum Teh
Daun teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.

Kurangkan Pengambilan Garam
Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

Jangan Tidur Lagi
Makanan yang anda baru ambil itu pastinya tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur.

Jangan Mandi
Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. Kalau boleh, sebelum makan, mandi dahulu.

Cerita Belalang

Terdapat satu cerita tentang seekor belalang yang telah sekian lama terkurung dalam sebuah kotak. Suatu hari, belalang berupaya melepaskan dirinya. Dengan gembira, belalang melompat-lompat menikmati kebebasannya. Dalam perjalanan, belalang itu bertemu dengan seekor belalang lain. Belalang itu jadi hairan kenapa belalang yang ditemuinya berupaya melompat lebih tinggi daripadanya. Belalang yang pandai melompat tinggi itu kemudian menjelaskan kepadanya bahawa semua belalang yang hidup di alam bebas berupaya melompat tinggi. “Di manakah kau tinggal selama ini?” Tanya belalang itu kepada belalang yang kehairanan tadi. Pada ketika itu, barulah belalang yang selama ini tinggal di kotak sedar bahawa kotak itulah yang membuat dia tidak boleh melompat tinggi dan jauh.

Pengajarannya, kita haruslah keluar daripada kotak pemikiran negatif yang selama ini membelenggu fikiran kita. Adakalanya pegangan dan kepercayaan lapuk terlalu mengongkong kita sehingga kita menjadi rendah diri dan tidak yakin dengan kemampuan yang kita miliki. Seterusnya, belenggu kepercayaan negatif ini akan membuatkan kita tidak berani menempuh cabaran dan menyebabkan kita tidak boleh maju.

Atasi Anak Kencing Malam

Mengikut kajian, anak perempuan tidak kencing malam sebelum berumur 6 tahun manakala bagi anak lelaki pula sebelum berumur 7 tahun. Walau bagaimana pun jika anak anda kencing malam selalu, amalkan petua dan panduan berikut:

1.Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila dia terasa nak buang air. Kalau dia takut bangun untuk pergi ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan anda atau pasangan anda.

2.Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur.
\
3.Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas di waktu malam atau apabila dia tidak kencing di tilam

4.Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tetapi kalau anak anda tidak mahu bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa ke bilik air sebelum tilamnya dibasahkan.

5.Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padanya kenapa terkencing di atas tilam itu tidak bagus. Contohnya : tilam basah dan susah untuk dibersihkan seterusnya akan memudahkan kuman membiak dan membawa penyakit kepada anda sekeluarga.

6.Elakkan dari menggunakan tilam yang tebal dan sukar untuk dicuci. Sebaliknya gantikan dengan tilam yang nipis atau comforter yang boleh dicuci setiap kali anak anda terkencing di atasnya. Jika rasa terlalu nipis, lapiklah 2 ke 3 helai comforter.

7. Beri anak anda minum 5 hingga 7 gelas air pada siang hari, tetapi elakkan memberi air teh atau kopi sebelum masuk tidur.

8. Bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya air kencingnya berbau atau ia menghadapi kesukaran untuk membuang air kecil.

Untuk Anak Cepat Bercakap

1. Anda perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas

3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Petua Orang Tua-Tua Untuk Mendapatkan Anak

1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.

2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.

3. Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri.

4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.

5. Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut.

Untuk Lelaki Lambat Keluar Air Mani

Jika anda cepat keluar air mani ketika bersetubuh, cubalah petua ini. Apabila saja rasa air mani itu hendak keluar, tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu. Jika masih lagi rasa nak keluar lagi, tarik lagi nafas semampu yang anda boleh dan lakukan hingga seterusnya. Anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih lama.

Untuk Memudahkan Segala Urusan

Ambil ayat 8 surah Yaasin. Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu atau dibaca tidak kira apa jua niat anda. Insya Allah segalanya menjadi mudah pekerjaan anda. Baca dengan niat yang ikhlas.

Dilema Wanita Kahwin Lelaki Lebih Muda

“Tak mengapa kalau isteri tua, nabi pun berkahwin dengan wanita yang lebih tua juga …”, begitulah kebanyakan orang apabila mendengar seorang lelaki muda akan berkahwin dengan wanita yang lebih berumur daripadanya. Mereka mengatakan begitu sambil merujuk dengan perkahwinan Rasulullah dan Khadtijah.

Itu mungkin bukan kebenarannya. Terdapat pendapat-pendapat daripada kajian ulama moden yang Khadtijah r.a. sebenarnya masih muda, sekitar umar 20an ketika berkahwin dengan Rasulullah.
“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadtijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)

Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadtijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)

Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadtijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun.

[ Umur meninggal - tahun hidup bersama nabi = umur kahwin dengan nabi ]

:: 50 – 25 = 25 tahun

Hafiz Ibn Kathir telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. ) adalah salah dan tidak benar sama sekali..

Kesimpulannya, syarak tidak melarang lelaki berkahwin dengan wanita yang lebih berusia. Namun, jangan kisah perkahwinan Rasulullah dan Khadtijah dijadikan alasan kerana riwayat tentang umur Khadtijah ketika perkahwinan itu masih boleh dipertikaikan.

Kenapa Lelaki Muda Suka Kahwin Wanita Berusia?

1. Lebih matang dan berpengalaman - Wanita berusia manjanya beralas, tidak gedik-gedik sangat. Pernah anda lihat wanita umur 40-an gedik-gedik pakai serba pink duduk di shopping complex?

2. Menumpang kestabilan ekonomi - Sambil menyelam minum air. Apabial lelaki muda bercinta dengan wanita berusia, lelaki itu juga dapat menumpang kestabilan ekonomi.

3. Tidak kuat merajuk – Dikatakan wanita muda kuat merajuk dan kadang-kadang terlalu lebih.

4. Lebih memahami naluri lelaki - Mungkin wanita berusia berpengalaman apabila bersama dengan lelaki. Justeru, dia mungkin tahu yang mana perlu dan tidak perlu dilakukan bila bersama lelaki yang jauh lebih muda darinya. Wanita inilah yang akan jadi jurupandu perjalanan dan lelaki itu hanyalah menurutnya.

5. Lebih bersifat keibuan – Lelaki selepas kahwin selalunya inginkank anak cepat-cepat. Tetapi kebanyakan isteri muda tidak bersedia timang anak awal-awal kerana takut badan tidak mantap lepas bersalin, atau belum bersedia bergelar ibu. Jadi bagi lelaki yang memikirkan tentang ibu bapanya yang semakin tua dan ingin menimang cucu sebelum menutup mata, wanita berusia memang pilihan utama.

NOTA: Wanita berusia yang belum berrumahtangga tidak perlu khuatir. Yakinkan diri anda untuk berpenampilan lebih menarik. Kerana wanita muda yang cantik dan seksi juga ada ada saingan hebat sekarang. Apa pendapat anda?

Melegakan Batuk Bayi/Kanak-Kanak Berkahak

Petua 1
1. Selepas mandi pastikan ubun-ubun dikeringkan
2. Sapu minyak bawang di dada bayi atau kanak-kanak

NOTA: Cara membuat minyak bawang: Potong kecil-kecil bawang merah dan campurkan dengan minyak masak.

Petua 2
1. Ambil asam gelugor dan tenyeh-tenyeh ke tapak tangan bersama sedikit kapur makan
2. Sapu di dada bayi atau kanak-kanak yang batuk

Petua Untuk Pakaian

Pakaian Terkena Dakwat
-Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
-Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
-Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Pakaian Terkena Karat
-Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
-Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat
-Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian
-Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
-Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian
-Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
-Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
-Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
-Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di Kain
-Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian
-Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik
-Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit.Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
-Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera
-Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan

Menjaga Mata Ketika Menonton TV

Menonton televisyen menjadi kegemaran hampir setiap orang pada waktu lapang setiap hari. Tetapi ada orang yang menonton televisyen sepanjang hari atau beberapa jam tanpa berhenti. Tabiat ini akan menyebabkan mata kurang sihat kerana mendapat "penyakit TV" yang mungkin merosakkannya nanti. Bagaimana caranya menjaga mata kita ketika menonton televisyen?

1. Televisyen hendaklah diletakkan pada kedudukan yang sederhana, tidak terlalu tinggi atau rendah. Lebih baik jika pusat skrin televisyen letaknya setara atau rendah sedikit daripada mata anda untuk mengelakkan otot di sekeliling mata anda menjadi tegang ketika menonton televisyen. Selain itu, jarak antara mata dengan skrin televisyen mestilah sesuai, jangan terlalu dekat atau terlalu jauh. Jangan menonton televisyen dengan berbaring.

2. Jangan menutup lampu ketika menonton TV. Namun, sebaliknya, jika lampu terlalu terang, imej pada skrin televisyen akan jadi kurang jelas. Jadi, cahaya dalam bilik tersebut perlu dikekalkan pada tahap sederhana, yakni tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika menonton TV.

3. Jangan menonton TV sepanjang masa, atau terlalu lama terutamanya bagi golongan remaja. Tempuh yang paling sesuai untuk menonton TV ialah 1 hingga 2 jam sahaja. Mata perlu ditutup sekejap-sekejap untuk merehatkannya, atau memandang ke arah jauh sekali-sekala dalam masa menonton televisyen, supaya penglihatan anda tidak rosak.

4. Anda perlu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak merah, tauge, oren dan kurma merah yang baik untuk kesihatan mata anda.

Kalau Tidur Kena Tindih

Jika kita tidur dan terasa seperti kena “tindih”, mungkin apa yang kita alami adalah kesan psikologi semata-mata akibat stress. Setiap masalah hidup yang menimpa boleh mengakibatkan gangguan fungsi organ tubuh. Reaksi tubuh ini dinamakan “stress” manakala “depress” adalah reaksi kejiwaan seseorang terhadap stress yang dialami. Reaksi kejiwaan lain yang mempunyai hubungan dengan stress ialah kecemasan (anxiety). Lumrahnya cara gangguan stress berlaku tidak jelas dan sering tidak disedari. Walaupun demikian, pada peringkat teruk ia boleh melahirkan rasa takut dan panik yang tidak jelas puncanya, malah ia boleh menyebabkan gangguan sistem pencernaan, mengalami masalah tidur dan berlakunya mimpi-mimpi ngeri sama ada pada mula-mula terlena ataupun ketika sedang nyenyak tidur. Allah s.w.t. menjadikan manusia itu terdiri daripada 3 unsur utama, iaitu jasad, roh dan akal. Biarpun depress sering dikaitkan dengan reaksi kejiwaan seseorang akibat stress yang dialami, apabila berlaku simptom-simptom stress seperti rasa takut, gangguan tidur dan sebagainya, ia tidak mempunyai simptom-simptom lain seperti debaran jantung yang keras, sesak nafas, dingin, gementar dan tidak mengalami gangguan sistem pencernaan.

Apabila ada punca lain yang perlu dicari dan dianalisis, lebih-lebih lagi apabila masalah berlaku ketika tidur, rasa ditindih menyebabkan seseorang tidak bernafas, tidak boleh menjerit ataupun bersuara. Pada ketika tertentu, seseorang itu melihat lembaga hitam seperti yang puan alami. Pengalaman yang puan alami andainya ia berlaku, ia terjadi hanya sekali. Ia mungkin berlaku akibat kesan psikologi, dan apa yang dilihat hanya ilusi semata-mata. Walaupun demikian, apabila ia berlaku berulang kali, ada kemungkinan ia berlaku akibat daripada gangguan iblis dan syaitan.

Ketika tidur, jasad manusia berada di pembaringan. Akal manusia tetap wujud, tetapi tidak aktif, berfungsi atau mempunyai ikhtiar seperti ketika manusia dalam keadaan berjaga. Ketika inilah makhluk yang asal kejadiannya daripada api menyerang manusia, iaitu menyerang roh tadi menyebabkan berlakunya gangguan-gangguan seperti mimpi-mimpi yang menakutkan.
Ilusi semata-mata sukar untuk dikaitkan dengan gangguan organ tubuh yang boleh menyebabkan seseorang itu terasa terhimpit atau tertindih, sukar bernafas, tidak boleh bergerak ataupun bersuara, tetapi boleh terjaga apabila dia berupaya membaca ayat al-Quran.

Menurut Abu Said al-Khudri r.a. dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang menyenangkan, maka itu adalah daripada Allah s.w.t. Dia hendaklah memuji Allah kerananya dan boleh dia ceritakan mimpinya itu. Menurut satu riwayat lain, jangan dia ceritakan akan mimpi itu kecuali kepada orang yang dia sukai. Dan apabila dia bermimpi sesuatu yang tidak disukai (buruk), itu adalah daripada syaitan, maka dia hendaklah berlindung daripada kejahatannya dan jangan dia ceritakan kepada seseorang kerana mimpi itu tidak memberi mudarat.

2 Jenis Mimpi
1. Mimpi yang benar (wahyu) seperti mimpi yang berlaku kepada Nabi Ibrahim di mana Allah s.w.t. memerintahkannya agar menyembelih anaknya Ismail, atau mimpi yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w.
2. Jenis kedua ialah mimpi yang didatangkan oleh syaitan, dan jenis ketiga ialah mimpi mainan tidur.Mimpi jenis kedua berlaku sama ada ketika seseorang itu hampir terlena seperti bermimpi diterkam oleh binatang buas, dilanggar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan dan sebagainya, ataupun berlaku ketika sedang tidur di mana seseorang itu melihat makhluk-makhluk yang menakutkan, binatang buas seperti ular dan harimau.

Pada kebiasaannya objek yang dilihat berupa hitam kerana hitam itu menakutkan, ataupun bermimpi berjumpa orang yang telah mati, melihat kubur, bermimpi jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. berdasarkan sebuah hadis daripada Amr bin Syuaib daripada datuknya menyatakan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengajar para sahabat ketika terkejut daripada tidur membaca kalimah-kalimah berikut (bermaksud): Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, daripada kejahatan hamba-hamba-Nya, daripada tipu daya syaitan dan daripada kedatangan mereka.Rasulullah s.a.w. juga mengajar doa berikut untuk tujuan yang sama (bermaksud): Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan dan daripada keburukan mimpi.

Setelah membaca doa di atas, orang yang terlibat hendaklah mengubah posisi tidurnya. Kalau semasa bermimpi dia tidur mengiring sebelah kiri, dia hendaklah mengiring sebelah kanan, begitulah sebaliknya. Adalah lebih mudah andainya dia beralih tempat tidur. Demikianlah kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Sebuah hadis daripada Jabir, katanya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Apabila seseorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disukai, dia hendaklah meludah ke sebelah kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah daripada syaitan tiga kali, dan ia hendaklah menukar posisi tidurnya.

Berdasarkan hadis ini, sebelum mengubah posisi tidur, seseorang itu hendaklah meludah ke sebelah kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah tiga kali dan akhir sekali baru ubah posisi tidur. Yang dimaksudkan dengan ludah di sini ialah memadai hanya dengan mengeluarkan angin daripada mulut dalam keadaan seolah-olah meludah, tidak mengapa kalau terkeluar sedikit air ludahnya.

Andainya doa-doa yang dibaca dan petua-petua yang dijelaskan ini tidak mendatangkan hasil dan gangguan tetap datang, seseorang itu hendaklah bangun berwuduk kemudian sembahyang tahajud yang diikuti dengan sembahyang hajat. Mohon kepada Allah agar dilindungi daripada gangguan sama ada manusia, iblis dan syaitan atau kedua-duanya sekali.
Dalam usaha mengatasi gangguan tidur, sebelum tidur seseorang itu hendaklah berwuduk kemudian baru baring dan membaca Allahuakbar, Subhanallah dan alhamdulillah sebanyak 33 kali setiap satu. Demikianlah ajaran Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah r.a. seperti yang terkandung dalam sebuah hadis daripada Ali. Dalam sebuah hadis lain, daripada Sayyidatina Aishah dinyatakan bahawa Nabi s.a.w. ketika baring di tempat tidurnya setiap malam, baginda merapatkan kedua telapak tangannya kemudian meniupnya dengan mulutnya lalu membaca padanya Qulhuallahu ahad, Qul audhu bi rabbilfalaq dan Qul audhu bi rabbinas. Kemudian baginda menyapu kedua telapak tangannya itu ke seluruh badan seberapa boleh yang dimulakan daripada bahagian kepala, muka dan bahagian badan. Baginda melakukan demikian sebanyak 3 kali.

Amalan Rasulullah s.a.w. itu perlu dijadikan contoh ikutan oleh umatnya terutama mereka yang mempunyai masalah gangguan tidur. Pada mereka yang bermasalah besar ketika tidur, seseorang itu perlu membaca ayatul Kursi setelah melakukan kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Baca ayat ini seberapa banyak yang boleh dan akhir sekali barulah serah diri kepada Allah s.w.t. sekurang-kurangnya menyebut doa (bermakna): “Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, ku hidup dan aku mati.”

Dalam sebuah hadis daripada Qatadah dia berkata: “Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika baring di tempat tidurnya, Allah akan mengutus kepadanya dua malaikat memeliharanya sehingga subuh.”

Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibn Masud, ia berkata: “Seorang lelaki telah berkata kepada baginda: Ya Rasulullah, ajarkan daku sesuatu yang dengannya Allah memberi manfaat akan daku.” Baginda menjawab: “Baca ayat al-Kursi, maka sesungguhnya ia memelihara akan dikau, juga keluargamu, memelihara rumahmu, juga rumah-rumah di sekeliling rumahmu.”

Sesetengah orang dalam keadaan tertentu tidak mengalami masalah tidur sekiranya dia tidak membaca doa-doa sebelum tidur, tetapi bermasalah atau masalahnya semakin teruk apabila dia berdoa. Dalam keadaan seperti ini dia hendaklah membaca doa-doa yang dibaca seperti dijelaskan di atas dengan lebih banyak.

Tidur Nabi

Seseorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun)Â tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur. Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/Jin Betina.

Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.
Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab dalam Islam.

Antaranya:

1. Berwuduk Sebaik-baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .


2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T


4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat. Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al Ikhlas , Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut .


5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .


6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot-otot badan.

Wanita Idaman Lelaki Melayu Zaman Dahulu

Lelaki tertarik pada wanita. Pada masadahulu, ibu bapa lelaki yang mencarikan jodoh anaknya. Pada masa sekarang, lelaki biasanya mendahului untuk mengenali wanita kemuadian menyelami isi hatinya, hingga kadangkala ibubapa pun tidak mengetahui hubungan anaknya. Tapi apakah lelaki pada seorang wanita?

Jauh di sudut hati ramai lelaki, tertarik atau tidaknya lelaki kepada seorang wanita tidak data dipisahkan dari tujuan seksual. Setinggi mana pun ilmu pengetahuan dan peradabannya. Lelaki dihiaskan dengan nafsu syahwat terhadap wnita. Dengan itu juga lah lelaki berkahwin dengan wanita pilihannya ataupun pilihan ibu bapanya.

Secara asasnya, nafsu syahwat tertarik kepada sesuatu yang membangkitkan berahinya, yang ada pada wanita.
Di kalangan masyarakat tradisi Melayu, penggunaan perumpamaan adalah amat popular, termasuklah dalam melambangkan wanita idaman lelaki; ‘Wajah bersinar bak bulan purnama, suaranya merdu bak buluh perindu, kulitnya halus bak sutera, putihnya bak kapas dipusar, matanya galak, pipi licin bak pauh melayang, rambutnya ikal mayang.’

Wanita yang menjadi idaman lelaki melayu zaman dahulu menunjukkan bahawa bangsa melayu mempunyai focus terhadap kecantikan wanita apabila melihat wanita. Kita perhatikan lagi perumpaan yang ada.

‘Hidung mancung bak seludang, pinggang ramping bak kerengga, bibirnya bak delima merkag, mulutnya seulas limau, giginya putih bak mutiara, tersusun giginya sebaris pinang, senyumannya bagai bidadari, betisnya bunting padi, pehanya gebu, lenggangnya seperti itik pulang petang.’

Apa yang diidamkan oleh lelaki Melayu zaman dahulu pada seorang wanita bukanlah hanya pada hal kecantikan paras dan tubuh, malah terdapat keinginan untuk memiliki wanita yang mempunyai alat kelamin yang boleh memberikan kepuasan;

‘Kering (faraj) seprti upeh yang kering, kesat seperti rambut yang kesat, dilansar licin bagai tanah pengkasar alam, sempit seperti lubang jarum, bengkok seperti lubang tanduk, hangat seperti bara tempurung, liat seperti tanah liat, sedap seperti menggilakan..... ‘

Begitulah perihal yang dicari oleh lelaki melayu zaman dahulu pada seorang wanita, yang akan menjadi isteri nya. Fokusnya ialah kecantikkan dan keseronokan. Walaupun perkara sedemikian mungkin dianggap keterlaluan oleh sebahagian wanta, ia dicatat sebagai renungan mengenai citarasa lelaki Melayu dan bagi menambah pengetahuan kita semua.

Petua Rawatan Gigitan Binatang Berbisa

Salah satu penawar untuk menghilangkan bisa sengatan binatang berbisa adalah dengan meminum segelas air garam jantan serta membaca Surah Al-Fatihah.
Cara-caranya seperti berikut;

1. Mula-mula, anda ambil segelas air putih dan campurkannya dengan sebuku garam jantan (garam kasar).
2. Kemudian, bacakan Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali.
3. Akhir sekali, berilah mangsa yang terkena gigitan binatang berbisa itu minum air garam tadi.

Petua Menghalau Binatang Berbisa

1. Taburkan belerang kuning sekeliling rumah/khemah(jika bercamping). Sesuai untuk mengelakkan atau menghindarkan binatang buas dan berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking .

2. Taburkan garam kasar sekeliling rumah.

Pantang Larang Kucing

Kucing adalah haiwan yang paling digemari orang Melayu sebagai binatang peliharaan. Kucing dianggap dapat memberi banyak faedah kepada tuannya. Namun jika hendak memelihara kucing, orang Melayu mempunyai beberapa syarat dan petua yang boleh diikuti.

Carilah kucing yang warna bulunya putih semua dan panjang ekornya. Lebih baik sekiranya bulu kucing berwarna kelabu muda atau kelabu tua manakala matanya berwarna biru. Kata orang, memelihara kucing sedemikian boleh mendapat khasiat yang baik dan sentosa rumahtangganya.

Jika kucing jantan yang dipelihara berbelang tiga warna iaitu warna hitam, putih dan merah, alamat tuan rumah memperolehi rezeki yang baik. Petua orang tua, sekiranya mahu rezeki menjadi lebih baik, tanamlah kucing hitam mati tua di bawah pintu rumah.

Jauhkan kucing daripada bertengkar di dalam rumah kerana rumah tangga pasti akan berlaku pergeseran atau pergaduhan. Sekiranya kucing tetap bertengkar setiap hari di dalam rumah, alamat rumah itu panas dan sukar mendapat rezeki.

Dilarang memelihara kucing yang bulunya hitam semua kerana alamatnya tidak baik. Sekiranya tuan rumah mempunyai anak gadis, anak gadisnya sukar mendapat jodoh. Tuan rumah akan sering terkena sengsara dan berlakunya pertumpahan darah di dalam rumah. Namun sekiranya minat memelihara kucing hitam, carilah yang bulu keempat-empat kakinya putih. Lebih baik sekiranya ekornya bersimpul kerana itu petandanya kekayaan.

Jangan pelihara kucing yang berwarna lemak ketam dan panjang ekornya kerana alamatnya, berlaku kehilangan harta benda di dalam rumah serta sering boros rezeki simpanannya. Namun sekiranya ekor kucing itu bersimpul, masih ada baiknya kerana simpulan itu membawa budi selamat.

Jikalau kucing yang dipelihara berekor barik-barik (berbatik) panjang, firasatnya buruk, menyebabkan pertengkaran, susah hati, sering berdukacita dan jauh daripada kebahagiaan. Namun kalau ekornya bersimpul, alamatnya tidak berapa buruk.

Jikalau kucing belang hitam pada warna bulunya yang putih, baik sekali dipelihara kerana tabiatnya tulus dan kaya, murah rezeki. Apatah lagi sekiranya ekornya bersimpul, makin banyak manfaat kepada tuan rumah.

Diingatkan, janganlah memelihara kucing hitam yang kepalanya putih sehingga ke mulut kerana firasatnya kejahatan dan celaka selamanya.

Gelaran ‘kucing leher’ diberikan kepada kucing yang bulunya putih, kepalanya hitam mengalur sampai ke dada. Kucing sebegini baik dipelihara kerana membawa kebahagiaan kepada seisi rumah.

Kucing yang ekornya berwarna putih panjang walaupun sembarang warna badannya, tidak elok dipelihara kerana kulitnya mudah mati atau berkurap. Kucing sebegini disebut ‘bisa’.

Baik juga dipelihara kucing yang telapak kakinya putih hingga ke kepala kerana tuannya bakal kaya dengan rezeki. Kucing sebegini disebut ‘bunga mulia’.

Kucing berwarna merah dengan ekornya mengalur hitam dari punggung, digelar ‘kala-ngumbara’. Tidak baik memelihara kucing sebegini kerana sering akan terjadi sangkak atau gendala dalam perjalanan tuannya. Namun kalau ekornya bersimpul, kucing itu boleh dipelihara tetapi tiada firasat baik atau buruk kerana firasat buruk kucing itu telah tersimpul pada ekornya.

Baik dipelihara kucing putih warna bulunya tetapi hitam dadanya sampai belang pada punggungnya. Kucing sebegini digelar ‘Sangga Buwana’. Firasatnya, kucing ini membawa ‘selamat’ pada seisi penghuni rumah juga harta bendanya. Jika ekornya tersimpul, akan bertambah luhur dan damai tuannya.

Janganlah memelihara kucing yang dadanya hitam mengalur putih hingga ke hujung dada. Kucing sebegini dinamakan ‘Baja Ngangsar’ kerana memberi bahaya kepada tuannya, lebih-lebih lagi bahaya ketika berada di air.

Janganlah memelihara kucing dandi (berbelang kecil) merata seluruh tubuhnya melainkan buntutnya putih kerana tuannya akan sering ditimpa kesusahan, kurus kering, kehilangan harta benda dunia dan susah mendapat anak. Kucing sebegini digelar ‘Bintang-berekor’.

Orang tua-tua juga berpesan, peliharalah kucing bisu yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi, biar apa warnanya sekalipun. Kucing sebegini digelar ‘Wisnu-bertapa’ dan dianggap memberi tuah kepada tuannya.

Lebih baik lagi, peliharalah kucing yang mempunyai pusar bulu di tiga tempat iaitu kepala, dada dan punggung. Kucing sebegini digelar ‘ketam-berani’ dan dianggap raja segala kucing. Kucing ini dapat menguasai semua kucing yang ada dan dapat memberi kemakmuran serta kedamaian pada tuannya.


Demikianlah pantang larang kucing, sekadar petua orang Melayu dulu. Namun kucing juga makhluk bernyawa dan perlukan kasih sayang. Janganlah terus membuang kucing anda sekiranya kucing peliharaan anda kini, dalam kategori kucing yang tidak elok dipelihara.

Info Penyakit Buasir

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

Ada 2 jenis Buasir:

Buasir Dalaman: Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran: Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

PENYEBAB UTAMANYA:

Sentiasa duduk
Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
Cirit-birit
Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
Batuk yang teruk
Bersalin
Mengangkat berat

PENCEGAHAN:

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal, anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.


RAWATAN:

Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut.

Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas.
Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ianya tidak boleh mengecutkan buasir.
Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna.
Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar.
Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda.
Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari.
Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ianya lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan.
Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama.
Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ianya perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit.
Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain.

PENGURUSAN SENDIRI:

Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.

Mandi Songsang Untuk Awet Muda

Lazimnya orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Cara mandi begini sebenarnya akan memberikan kesan yang negatif pada kesihatan diri dan sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)


Kebaikan dan Kelebihan Mandi Sonsang1) Anda akan awet muda dan sentiasa kelihatan segar.

2) Bahagian otak anda akan menjadi bertambah baik untuk befungsi, kerana mandi sonsang akan mengembangkan salur darah otak.
3) Sistem pertahanan badan anda bertambah baik fungsinya untuk tahap kesihatan yang maksima.
4) Anda boleh kurangkan stress.
5) Anda boleh meninggikan daya ingatan anda.
6) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
7) Jiwa anda akan sentiasa bersemangat.
8) Menguatkan gusi dan gigi anda.

Adab Membaca al-Quran

Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada nabi s.a.w satu rahmat yang tidak ada bandingnya bagi seluruh alam. Ia mengandungi wahyu Allah untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaran bagi orang yang mempercayai dan mengamalkan kandungannya. Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan. Kandungan merangkumi segala dasar syariat yang terdapat dalam kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya. Mereka yang mempercayai al-Quran akan berusaha membaca, mempelajari, memahaminya serta mengamalkannya, juga mengajarkan kepada orang ain.

Rasulullah s.a.w ada bersabda menyatakan bahawa semulia-mulia ibadah itu ialah membaca al-Quran dan mengajarnya.
Membaca al-Quran adalah amalan mulia, mendapat pahala berlipat ganda pada setiap huruf yang diturunkan. Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Selain merupakan ibadah yang diberi ganjaran, membaca al-Quran menjadi ubat atau penawar bagi mereka yang gelisah jiwanya.

Seorang lelaki berjumpa dengan Ibnu Mas'ud meminta nasihat untuk dijadikan ubat jiwanya yang sedang resah-gelisah, fikiran kusut, tiada selera makan dan tidak boleh tidur seperti biasa. Ibnu Mas'ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya ia menasihati agar sahabat tadi mengunjungi tiga tempat, iaitu tempat orang membaca al-Quran. Atau mendengar baik-baik orang yang membaca al-Quran. Pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah, memohon ketenangan jiwa dan ketenteraman fikiran juga kemurnian hati. Andainya jiwa masih juga tidak terubat dengan cara ini, minta kepada Allah agar diberi hati yang lain, kerana hati yang dimiliki bukan hatinya.

Sahabat tadi telah mengamalkan apa yang disuruh oleh Ibn Mas'ud. Dia pergi mengambil wuduk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca al-Quran, jiwanya dirasa begitu tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali.

Membaca al-Quran, sama ada memahami ertinya atau tidak adalah ibadah, amalan soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya.

Memberi cahaya dalam hati, memberi cahaya kepada keluarga juga tempat di mana al-Quran itu dibaca.
Sebuah hadis riwayat oleh Bayhaqi dari Anas r.a, dinyatakan bahawa rasulullah ada bersabda: Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.

Oleh kerana al-Quran itu kitab suci, wahyu Allah, ia mempunyai adab-adab tersendiri yang mesti diikuti oleh orang yang membacanya agar bacaan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya, untuk dirinya sendiri, pendengar juga harapan balasan Allah terhadap ibadah membaca al-Quran yang dilakukan tadi. Kerana itu setiap orang yang membaca mesti tunduk berpedomankan adab-adab yang telah ditentukan.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' `Ulumuddin telah memberi garis panduan yang berkaitan dengan adab-adab membaca al-Quran, iaitu adab zahir juga adab batin. Yang dimaksudkan dengan adab batin itu ialah memahami kalimah-kalimah yang dibaca, ada rasa penghayatan membesarkan kalimah Allah, menghadirkan hati sepenuhnya ketika membaca, memperhalus perasaan dan jiwa.

Dengan adab batin yang difahami, kandungan al-Quran yang dibaca dengan perantaraan lidah itu dapat bersemi dalam jiwa dan meresap dalam lubuk hati saudari. Untuk membesarkan kalimah Allah seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Ghazali, seseorang itu mesti menghadirkan dalam hati betapa keagungan Allah yang mempunyai kalimah-kalimah itu tadi. Pembaca mesti memahami bahawa apa yang dibacanya itu bukan tutur kata manusia, tetapi ia adalah kalamullah azza wa jalla. Membesarkan kalamullah itu bukan sahaja ketika membacanya, tetapi juga ketika menjaga tulisan-tulisan al-Quran.

Adab-adab zahir pula begitu banyak dan perlu dipatuhi di antaranya:
1. Membaca al-Quran hendaklah dalam keadaan bersih dan berwuduk. Al-Quran hendaklah diambil dengan tangan kanan, sebaik-baiknya hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan.
2. Al-Quran hendaklah dibaca di tempat yang bersih, seperti di rumah, di masjid atau lain-lain tempat. Paling utama ialah di masjid.
3. Mulut hendaklah bersih, tidak berisi sisa-sisa makanan, kerana itu seseorang itu hendaklah bersugi sebelum itu.
4. Disunatkan membaca al-Quran dalam keadaan mengadap kiblat. Membacanya dengan penuh khusyuk dan tenang. Dalam masa yang sama orang yang membaca hendaklah berpakaian yang bersesuaian.
5. Sebelum membaca, seseorang itu hendaklah berlindung kepada Allah, yang diistilahkan sebagai ``at-ta'awwuz.'' Setelah itu barulah membaca Bismillah. Dilakukan demikian agar ia dilindungi Allah daripada tipu daya iblis dan syaitan yang boleh menyebabkan hati dan fikiran tidak tenang ketika membaca yang boleh menghilangkan rasa konsentrasi. Elok juga seseorang itu memohon kepada Allah agar hatinya menjadi terang dengan doa yang bermaksud: Ya Allah, bukakan bagi kami hikmat-Mu dan anugerahkan rahmat-Mu kepada kami dari khazanah-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.
6. Al-Quran hendaklah dibaca dalam keadaan tertib, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang. Dalam surah al-Muzamil: 4 terdapat firman Allah yang bermaksud: Dan bacalah al-Quran itu dengan tertib banyak memberi kesan pada jiwa, lebih mendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat pada Allah yang menguasai alam.
7. Bagi mereka yang berupaya menguasai makna dan maksud ayat-ayat yang dibaca, mereka hendaklah membacanya dengan penuh perhatian dan penghayatan. Cara pembacaan seperti inilah yang dikehendaki. Lidahnya menuturkan bacaan kalamullah, hatinya turut memerhatikan dan memikirkan erti juga maksud yang terkandung dalam ayat-ayat tadi. Dengan berbuat demikian ia akan memperoleh penghayatan bacaan yang sebenar. Keadaan seperti ini akan mendorong untuk mengamalkan isi al-Quran.

Dalam surah an-Nisa': 82 dijelaskan firman Allah yang bermaksud: Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.
Mereka yang dapat memahami kandungan al-Quran berupaya melakukan ketentuan-ketentuan terhadap ayat-ayat yang dibaca. Ketika membaca pada ayat tasbih maka lidahnya akan menyebut ``tasbih'' dan ``tahmid.'' Apabila membaca ayat-ayat doa dan istighfar, maka pembaca akan berdoa dan memohon keampunan. Apabila membaca ayat azan, dia akan memohon perlindungan Allah dan apabila membaca ayat-ayat rahmat, dia akan meminta rahmat, begitulah seterusnya. Ia boleh dilakukan dengan ucapan lidah atau hanya dalam hati sahaja.

Diriwayat oleh Ahmad dan Abu Daud hadis dari Ibnu Abbas dinyatakan bahawa rasulullah s.a.w apabila membaca ayat: Sahbihi `s-marabbika `l-a'la, baginda membaca Subhana Rabbiya `i-A'la.''

Jelasnya, ketika membaca al-Quran seseorang itu hendaklah membaca dengan penuh penghayatan, terutamanya oleh mereka yang memahami maknanya secara detail, ataupun secara keseluruhan, lebih-lebih lagi pada ayat-ayat yang menggambarkan nasib orang yang berdosa, betapa hebatnya seksaan yang akan dilalui. Dengan demikian bacaan yang dituturkan dengan lidah itu akan melahirkan keinsafan membolehkan si pembaca lebih menghayati keagungan Allah, terasa dirinya begitu kerdil dan tidak mempunyai maya. Dari sinilah lahirnya rasa takut kepada Allah.

Berdasarkan penjelasan ini ternyata bahawa apa yang disebut oleh teman sepejabat saudari adalah sesuatu yang bertentangan dengan adab-adab membaca al-Quran. Membaca al-Quran, samaada dilakukan oleh mereka yang tidak memahami maknanya, mamahami makna secara keseluruhan atau memahaminya setiap kalimah yang dibaca tetap menerima ganjaran Allah semuanya tetap dianggap sebagai ibadah. Namun demikian, balasan atau ganjaran yang diberi adalah berbeza, bergantung kepada ciri-ciri atau adab tingkah laku orang yang membaca. Pahala orang yang berupaya memahami makna yang tersirat dalam kalimah Allah, menghayati dan berupaya mengambil iktibar, serta patuh pada adab-adab yang telah ditetapkan tidak akan sama dengan pahala mereka yang membacanya tanpa mengetahui makna, tidak berwuduk, tidak dalam keadaan menghadap kiblat dan sebagainya. Semuanya ini dapat difikiri logiknya oleh akal.

Biar dalam keadaan apa sekalipun, kesan terhadap pembentukan peribadi mereka yang membaca dengan pemahaman makna dan dapat mengambil iktibar daripada apa yang dibaca tentunya berbeza dengan orang yang membaca al-Quran tanpa mengetahui makna dan penghayatan.

Kita perlu yakin tidak ada orang yang menjadi gila kerana membaca al-Quran dengan penuh tumpuan. Kalaulah orang yang membaca dengan penuh tumpuan dan keinsafan dan memahami makna serta mengambil iktibar itu ada yang gila, ini akan memberi erti seolah-olah Allah s.w.t menggalakkan manusia menjadi gila ataupun hilang akal melalui kaedah-kaedah membaca al-Quran yang disarankan.

Mungkin yang dimaksudkan dengan gila yang dijelaskan oleh teman saudari itu ialah konsep "gila isim"' yang pernah berlaku di kalangan mereka yang melibatkan diri dengan ilmu kebatinan Melayu, sama ada ia melibatkan ilmu kebatinan mempertahankan diri ataupun untuk rawatan.

Konsep gila isim yang dimaksudkan ini hakikatnya tidak ada kaitan dengan ibadah membaca al-Quran seperti yang dijelaskan. Walaupun demikian tidak dinafikan bahawa dalam amalan kebatinan Melayu, sebahagian daripada amalannya melibatkan ayat-ayat al-Quran.

Makna Di Sebalik Warna Air Kencing Anda

Air kencing memang akan berubah-ubah. Perubahan air kencing dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan yang terpenting adalah kadar air dalam tubuh kita. Warna kencing bening memang warna normal. Jika warna berubah menjadi kuning muda atau bahkan menjadi kuning tua itu ertinya bahawa tubuh kita sudah mulai kurang cairan. Untuk mencegah supaya kencing tidak kuning diarankan meminum air putih minima 8 gelas sehari Ukuran itu disesuaikan dengan aktiviti kita sehari-hari. Jika memang aktiviti kita cergas, maka keperluan cairan kita juga lebih sehingga kita perlu meminum air lebih dari biasanya. Perubahan warna air kencing itu boleh dijadikan indikasi bahawa tubuh kita perlukan air. Warna air kencing ada yang bening tidak berwarna, sedikit menguning, kekuningan, kuning, kuning pekat.

1. Yang bening sekali - anda harus minum air lebih

2. Sedikit menguning - anda sudah meminum air putih secukupnya

3. Kuning sekali – bermakna anda jarang minum air putih (dehidrasi)

Petua Mengawal Gula Dalam Darah

Keberkesanan pengawalan gula darah banyak bergantung pada cara pemakanan dan gaya hidup. Antara cara yang masih praktikal sehingga kini adalah mengawal pemakanan, terutamanya makanan manis seperti biskut, kek dan pelbagai manisan di musim perayaan dan rumah terbuka. Tidak terkecuali juga hidangan berkarbohidrat tinggi, makanan berlemak dan berminyak yang boleh memburukkan masalah kesihatan sedia ada. Sekiranya anda dapati peningkatan glukosa darah kian meningkat, tingkatkan aktiviti senaman. Ia merupakan antara cara berkesan untuk mengembalikan kesihatan termasuklah mengawal peningkatan berat badan. Ini tentunya penting, di mana rata-rata daripada kita mula merasai peningkatan berat badan selepas musim perayaan.

Pengambilan suplemen yang sesuai akan meningkatkan keberkesanan pelan kesihatan anda. Dalam usaha mengawal peningkatan paras gula dalam darah, kajian menunjukkan pengambilan ekstrak gymnema memberikan hasil positif. Begitu juga dengan herba-herba lain seperti peria, Holy basil (sejenis daun selasih) dan biji halba. Gabungan herba-herba ini memberikan sinergistik dalam usaha anda mengawal gula darah.

Masalah Urat Bersimpul

Jika anda mengalami masalah urat bersimpul (varikos), jangan ambil mudah dan dibiarkan saja. Walaupun ia selalunya bukan petanda masalah kesihatan serius, tetapi dalam sesetengah kes, ia boleh berlaku tanda sekatan (blockage) dalam pembuluh darah. Keadaan ini dikenali sebagai ‘deep vein thrombosis’ dan memerlukan penilaian dan rawatan. Urat bersimpul, urat berpintal atau apa saja nama yang digunakan ia sebenarnya merujuk pembuluh darah yang kembang dan berpintal-pintal. Ia kelihatan membesar dan timbul di permukaan kulit. Varikos lazimnya terjadi di betis, kaki dan buku lali. Ia terjadi apabila secara tidak sengaja ada gelinciran atau kesilapan injap dalam pembuluh darah dan melemahkan dindingnya.

Secara normal, injap satu hala dalam pembuluh darah membantu darah mengalir secara efisien menentang grativiti menuju ke jantung. Apabila injap tidak berfungsi sempurna, darah bertakung, tekanan terbina dan pembuluh darah menjadi lemah, membesar dan terpulas. Ia dikenali sebagai venous insufficiency. Sesetengah orang lebih kerap berhadapan dengan varikos berbanding yang lain disebabkan genetik, obesiti dan proses penuaan. Wanita lebih kerap berhadapan dengan varikos berbanding lelaki disebabkan kognitif tisu dan kehamilan.


Apa yang Anda Perlu Tahu?
1. Selalunya anda akan berasa letih dan kaki terasa berat pada sebelah malam antara simptom awal varikos. Tidak lama selepas itu, kaki akan membengkak.

2. Mereka yang mengalami varikos selalunya tidak peka pada simptom sebaliknya lebih mengambil berat mengenai rupa pembuluh darah yang kelihatan di permukaan kulit.

3. Varikos mudah dilihat kerana kemunculannya menyebabkan kaki kelihatan hodoh. Biasanya ia berwarna biru gelap, bengkak dan kelihatan berpintal. Kaki juga terasa berat, gatal, sakit dan anda terasa letih.

4. Simptom semakin buruk selepas berdiri atau duduk terlalu lama.

5.Varikos juga boleh menyebabkan warna kulit berubah, kering, menipis, radang kulit atau berdarah selepas kecederaan ringan.

6. Superficial thrombophlebitis (apabila darah beku terbentuk dan radang terjadi dalam pembuluh darah kecil berdekatan permukaan kulit) juga boleh terjadi dalam varikos.

7. Ada sesetengah lelaki percaya varikos boleh menyebabkan kemandulan. Sebaliknya, ia tidak memberi kesan kepada kesuburan jika urat buah zakar tidak kembang dan berpintal.

8. Keadaan kembang dan berpintal pada pembuluh darah veins buah zakar dikenali sebagai `varicosele' dan lelaki dapat mengenalinya jika pembuluh darah itu berpintal-pintal. Apapun, jika masih ragu, pesakit boleh berjumpa doktor untuk pengesahan.

Faktor-Faktor
a. Peningkatan tekanan pada pembuluh darah kaki

b. Kerosakan pembuluh darah di kaki

c. Kerosakan pada injap pembuluh darah di kaki

d. Genetik. Anda mungkin lahir dengan kecacatan injap atau lemah pada dinding pembuluh darah. Atau ia mungkin boleh terjadi kemudian dalam kehidupan anda.

e. Kehamilan adalah penyebab biasa terjadinya varikos. Ketika hamil, lebih banyak darah melalui pembuluh darah. Tambahan berat badan dan rahim yang memberat juga memberi tekanan pada pembuluh darah di bahagian kaki.

f. Selalunya juga walaupun tidak kerap, varikos adalah tanda penyakit yang lebih serius seperti darah beku, kecederaan pada pembuluh darah di bahagian dalam, abnormal salur darah antara arteri dan pembuluh darah (arteriovenous fistulas) atau tumor (jarang sekali)

Alat Kelamin Lelaki

Kalau Panjang: Anda memang suka menunjuk nunjuk. Anda mudah belajar cara baru dan seronok mencuba sesuatu yang baru. Juga anda suka mencipta cara baru.

Kalau Pendek: Anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya, tetapi sekali anda memulakannya, anda berupaya melakukannya. Anda seorang yang mempunyai impian yang tinggi dan romantik. Anda boleh mengejutkan semua orang apabila anda hilang sabar. Anda juga suka mengikut adat.

Tebal: Anda mempunyai daya khayalan yang tinggi dan mempunyai keazaman dan kekuatan yang mengkagumkan. Jika lagi tebal di dasar kelamin, anda mengutamakan kebebasan.

Nipis: Anda seorang yang sensitif dan boleh mengeluarkan perasaan anda dengan senang. Kehalusan dan mutu, sesuatu yang penting bagi anda.

Bersimpul: Anda suka membuat sesuatu dengan cara berfikir terlebih dahulu dan sering berwaspada. Anda memikirkan sesuatu dengan lojik akal.

Satu atau Dua Simpul Besar: Anda seorang kekasih yang sering membuat pasangan anda berada dalam kepayahan.

Hujung Runcing: Anda seorang yang idealistik dan artistik di dalam perhubungan. Agak sukar untuk anda bersenang-lenang dan melepaskan kebebasan anda.

Panjang dan Kurus: Anda suka mementingkan diri sendiri.

Tumpul atau Segi Empat: Anda kekasih yang suka menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan, bukan perkataan.

Lebar atau Berbentuk Bawang: Kehendak seksual anda begitu kuat, cergas, luarbiasa dan bersifat menawan.

Melengkung ke Kanan: Dalam hal seks dan cinta, anda seorang pemberi. Anda suka bercerita tentang seks diri anda sendiri, begitu juga halnya dengan orang lain yang anda mahu mereka bercerita tentang hal seks mereka juga.

Melengkung ke Kiri: Anda seorang pembawa, bukan seorang pemberi. Anda lebih suka menyimpan cerita seks anda secara rahsia.

Bengkok Tepat: Anda tajam akal tetapi seorang yang gatal. Anda menipu, jika begitu anda dapat apa yang anda mahu.

Panjang yang Melengkung Bengkuk: Anda seorang yang tidak boleh dipercayai dalam hal berkenaan nafsu dan cinta.

Pendek yang Melengkung Bengkuk: Anda kerap kali cemas dengan kemampuan seks anda.

Bengkuk di Pangkal: Anda merasakan orang lain mempunyai kehidupan yang lebih baik dari anda. Namun anda berusaha untuk berjaya dalam hidup.

Rahsia Bantal Tidur

1. Memeluk Bantal - Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2. Menggunakan Banyak Bantal - Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3. Tidur Dengan Satu Bantal - Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki - Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

5. Tidur Tanpa Bantal - Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Petua Jimatkan Elektrik

PETI SEJUK
1. Simpan stok barang dalam peti sejuk sehingga 2/3 penuh. Jangan melebihi had muatan yang dibenarkan.

2. Tutup bekas bahan bercecair dan bungkus makanan yang disimpan dalam peti sejuk.

3. Jangan selalu membuka pintu peti sejuk kerana 30 peratus udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.

4. Jika perlu, elok anda menukarkan peti sejuk jenis model lama atau sudah menjangkau usia lebih daripada 10 tahun.

5. Periksa jalur magnet pada pintu peti sejuk. Letakkan duit kertas RM1 dan tutup pintu sejuk. Jika duit kertas tersebut boleh ditarik keluar, maka jalur magnet tersebut perlu ditukar.

6. Jika ketebalan fros dalam peti sejuk sebanyak 6mm, eloklah anda lakukan penyahbekuan.

7. Elakkan daripada menyimpan makanan yang panas atau suam.

8. Letakkan peti sejuk jauh daripada bahan atau tempat yang panas. Letakkan pada jarak 15cm daripada dinding untuk mewujudkan aliran pengudaraan yang baik.

9. Jika anda akan bercuti panjang di tempat lain, kosongkan peti sejuk, tutup suis dan biarkan pintu peti sejuk terbuka.

PENDINGIN HAWA
1. Kurangkan bil elektrik pendingin hawa yang tinggi dengan menggunakan kipas.

2. Tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23-26ºC.

3. Letakkan pelindung pada pendingin hawa kerana ia akan menjimatkan 10 peratus bekalan elektrik berbanding dengan pendingin hawa yang terdedah kepada cahaya matahari.

4. Tetapkan kipas pada pendingin udara anda kepada “ON” daripada menggunakan “AUTO” kerana aliran pengudaraan yang stabil akan membantu menstabilkan suhu bilik dan menjimatkan tenaga.

5. Beli pendingin hawa yang sesuai saiznya kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga.

MESIN BASUH
1. Jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan supaya anda membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.

2. Isi penuh mesin basuh dengan pakaian bagi setiap cucian.

KOMPUTER
1. Gunakan komputer riba atau komputer yang mempunyai skrin leper.
2. Elakkan penggunaan ‘screen saver’ dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.

SETERIKA
1. Setiap kali menggosok pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak.
2. Tinggalkan pakaian yang mudah untuk digosok akhir sekali kerana pakaian ini boleh
digosok dengan menggunakan haba yang sedia ada apabila suis seterika telah dimatikan.

PENCAHAYAAN
1. Matikan suis lampu dan kipas jika tiada sesiapa di dalam bilik.
2. Bertukar kepada lampu jenis fluorosen kompan untuk pencahayaan dalaman.
3. Gunakan tenaga matahari untuk pencahayaan pada waktu siang.
4. Gunakan cat warna cerah untuk bilik kerana ia membalikkan cahaya dengan baik.

Petua Apabila Masuk Rumah Baru

1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah berpesan bahawa sekiranya sesebuah bangunan, pejabat atau rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus yang dikenali sebagai Al-'Ammar. Ia suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah jika dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran – Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali.

Ilmu Firasat Melayu: Cara Anda Tidur

1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala - Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup anda dan anda menjaga keluarga sebaik mungkin. Tetapi anda sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.

2. Selubung seluruh badan dengan selimut - Anda sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai, namun hakikatnya jauh di dalam diri anda itu, anda adalah individu yang pemalu dan lemah. Anda terlalu menyimpan rasa dan sekiranya anda berhadapan dengan sesuatu masalah, anda lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa anda sering meracau sewaktu dalam tidur.

3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang- Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Anda lebih gemar bersendiri . Walau bagaimanapun sikap toleransi yang ada dalam diri anda memang dipuji.

4. Tidur Meringkuk - Anda berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri anda. Anda sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan anda. Anda beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidup anda.

5. Tidur Mengiring dan Meringkuk - Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti anda. Individu yang berada di sekeliling anda harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri anda kerana anda dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.

6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan - Anda adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Anda juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil atau kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar, sebaliknya anda harus belajar untuk lebih bertenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala - Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk, anda adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, anda perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri anda. Sekiranya anda mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik anda yang abadi.

8. Tidur meringkuk di satu arah - Gaya tidur sebegini melambangkan anda adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Anda akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang anda lakukan. Anda akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa - Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri anda yang sebenar. Anda cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu, anda juga tergolong dalam kategori pemboros . Namun anda beruntung kerana pendapatan yang anda miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri anda.

10. Tidur meniarap - Sekiranya anda tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, anda adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran anda terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri anda sendiri. Anda juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur.

Koleksi Petua Mencegah Sakit Kepala

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Sakit Kepala:

1. Kurang tidur atau terlalu banyak tidur.
2. Kecederaan pada kepala/pos-traumatik
3. Berlaku jangkitan di kepala atau leher
4. Demam selsema yang biasa, influenza
5. Demam yang disebabkan oleh virus
6. Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.

Petua 1: Gunakan bantal yang tebal ketika anda tidur. Ini kerana bantal yang nipis akan menyebabkan ketegangan pada otot leher ketika tidur. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan sakit kepala.

Petua 2: Dapatkan tidur waktu malam yang mencukupi dan nyenyak. Tidur yang nyenyak akan mengelakkan anda dari diserang sakit kepala. Tempat yang aman, sunyi dan tenteram akan menyumbang ke arah tidur yang nyenyak dan rehat yang mencukupi.

Petua 3: Jangan terlebih tidur. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat, seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.

Petua 4: Kurangkan stress anda. Ini akan membantu anda mencegah sakit kepala akibat stress. Cara menghilangkannya ialah melalui senaman, meditasi atau solat.

Petua 5: Berhenti merokok sekarang. Merokok boleh menjejaskan kepala anda dan kesannya amat dahsyat. Merokok akan menjejaskan keseluruhan fungsi anggota tubuh anda. Kesihatan anda akan lebih baik jika anda berhenti merokok, malah mencegah masalah sakit kepala yang anda alami.

Ilmu Firasat Melayu: Rahsia Punggung dan Peha

Punggung dan peha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Terdapat 5 bentuk punggung dan peha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda punya?


1. Seimbang
Peha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

2. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatif orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis "no problem". Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

Hidup Ini Kadang-Kadang Serba Salah

Terdapat suatu kisah di mana seorang lelaki bersama anaknya membawa seekor keledai ke pasar. Di tengah jalan, beberapa orang melihat mereka dan menyindir: “Lihatlah orang dungu itu. Mengapa mereka tidak naik ke atas keledai itu?”
Kedua-dua bapa dan anaknya mendengar sindiran tersebut. Maka dia suruh anaknya naik ke atas keledai. Seorang perempuan tua melihat mereka dan berkata: “Sudah terbalik dunia ini. Anak itu tidak ada perasaan. Sanggup dia duduk selesa di atas keledai, sedangkan ayahnya yang tua dibiarkan berjalan!”

Kali ini anak itu turun dari punggung keledai dan ayahnya yang naik. Beberapa saat kemudian mereka bertemu dengan seorang gadis muda. “Mengapa kalian berdua tidak menaiki keledai itu bersama-sama?” Maka mereka pun menuruti nasihat gadis muda itu. Tidak lama kemudian, mereka terserempak dengan sekumpulan orang dan berkata: “Binatang malang…., ia menanggung beban dua orang gemuk tidak berguna. Kadang-kadang manusia memang sangat kejam! ”

Sampai di sini, ayah dan anak itu sudah muak. Mereka memutuskan untuk memikul keledai itu. Melihat kejadian itu, mereka tertawa dan berkata: “Lihat, manusia keledai memikul keledai ” sorak mereka.

Jika anda anda cuba menyenangkan atau memuaskan hati semua orang, pasti anda tidak akan dapat menyenangkan sesiapa pun. Fikir-fikirkanlah.

Koleksi Petua Untuk Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

Petua 1:
Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asm jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah stretchmarks.

Petua 2:
Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

Petua 3:
Ambil sedikit beras dan kisar halus. Juga sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

Petua 4:
Ambil Halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Petua 5:
Ambil lengkuas Padi/Helang/ Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

Petua 6:
Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.

Petua 7:
Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Petua 8:
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.

Petua 9:
Ambil lada hitam lebih kurang 2 1/2 genggam. Kemudian tumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian dibengkung kuat atau ketat.

Petua Untuk Persediaan Anak Sebelum ke Sekolah

* Latih anak bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis dan sebagainya.

* Beri peluang anak jalin hubungan baik bukan sahaja dengan ahli keluarga tetapi juga bukan keluarga dan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berjaya di sekolah.

* Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah.

* Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila bertukar pakaian untuk latihan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.

* Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti amalan beristinjak, menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas.

* Selain mengajar menggunakan telefon awam, bekalkan anak-anak dengan nombor telefon yang betul dan minta mereka hafal beberapa nombor seperti rumah, pejabat atau telefon genggam.

* Terangkan keadaan bagaimana mereka boleh menghubungi ibu bapa seperti sakit perut, demam, tertinggal bas, waktu persekolahan tamat lebih awal dan sebagainya.

* Latih anak-anak menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.

* Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.

* Perkenalkan anak dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.

* Latih anak mengawasi waktu bila seharusnya mereka patut bangun tidur, mandi, gosok gigi, dan berpakaian untuk ke sekolah

* Ajar anak anda cara membaca jadual waktu sekolah. Mulakan dengan menunjukkan buku-buku berkaitan dan mengemaskannya untuk anak anda.

Petua Untuk Tingkatkan Pencapaian Akademik Anak

Sediakan Keperluan Asas- Kelengkapan yang cukup adalah penting dalam memastikan anak-anak dapat belajar dengan selesa. Misalnya, pensil patah adalah suatu perkara yang remeh bagi kita tetapi ia besar bagi sesetengah anak terutamanya yang bersekolah rendah. Ketiadaan peralatan lengkap seperti alat geometri boleh membuatkan seorang anak malas untuk ke kelas dan hilang tumpuan serta minat belajar. Buku yang tidak mencukupi boleh membuatkan anak memberi alasan untuk tidak belajar dan sesetengah mereka terpaksa berhadapan dengan kemarahan guru. Pakaian atau beg koyak boleh membuatkan anak malu dengan rakan-rakan dan tidak gembira untuk ke sekolah. Oleh itu sebagai ibu bapa, tengok-tengoklah keperluan asas untuk anak ke sekolah ini sentiasa, bukan sekadar diawal tahun sahaja. Sediakan satu bilik atau satu ruangan untuk anak-anak belajar di rumah. Pastikan ruangan ini selesa, tenang, nyaman dan jauh dari gangguan. Pastikan juga cahaya mencukupi dan ubah suai tempat belajar ini dari masa ke semasa bagi mengekalkan motivasi diri anak dan mood belajar mereka.

Jangan Ragu-Ragu Untuk Disiplinkan Anak - Pelajar cemerlang adalah pelajar yang berdisiplin. Sebagai ibu bapa kita mestilah mampu mendisiplinkan anak-anak di rumah dari segi kekemasan bilik, pengurusan masa, pengurusan diri serta tingkah laku mereka. Galakkan anak-anak mengemas biliknya sendiri meskipun ada pembantu rumah yang boleh melakukannya. Pupuk sifat bertanggung jawab dan berdikari dalam diri anak. Duduk dengan anak dan bicangkan jadual harian mereka. Terangkan pada anak-anak betapa pentingnya mempunyai masa yang seimbang diantara belajar, beribadah, riadah, sosial, rehat, bersama keluarga dan sebagainya. Jadual yang disediakan ini mestilah fleksibel sebab anak-anak bukannya robot yang boleh menepati waktu setiap hari. Anak cemerlang adalah mereka yang ada peraturan sama ada di rumah atau di luar. Adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk mendisiplinkan mereka.

Mengawasi dan Menemani Anak - Ibu bapa boleh meningkatkan komitmen belajar anak dan merangsang minat mereka dengan menemani anak ketika waktu belajar mereka. Untuk anak-anak peringkat sekolah rendah, ibu bapa bolehlah mengajar mereka dan apabila anak-anak mula meningkat ke sekolah menengah secara beransur-ansur ibu bapa biarkan anak-anak berdikari. Dengan cara ini tabiat belajar dalam masa yang ditetapkan menjadi kebiasaan dan mudah untuk kita terus mendorong minat serta kemahuan mereka.

Sabar dalam Mengajar - Mengajar anak sendiri memerlukan kesabaran yang tinggi. Ramai ibu bapa yang mudah hilang sabar lalu marah-marah dan meninggikan suara apabila mengajar anak-anak dalam pelajaran mereka. Mereka geram kerana anak-anak mungkin tidak memberikan perhatian, lambat faham, cepat lupa dan sebagainya. Perlu diingat, anak-anak bukan kita dan mereka tidak mungkin seperti kita. Lagi dimarah lagi tertutup minda dan buntu fikiran mereka. Mereka akan lebih takut untuk buat salah lalu tidak mahu mencuba. Kalau mampu, ajarlah anak-anak strategi belajar, teknik mengingat, prinsip memori dan sebagainya. Mudah-mudahkan pembelajaran mereka agar keyakinan diri mereka terbina sedikit demi sedikit. Ingat, kesabaran adalah kunci segalanya.

Selalu berbincang dengan guru kelas dan rapatkan diri dengan aktiviti PIBG serta sekolah - Kenali siapa guru anak-anak kita dan sering berbincang dengan guru tentang perkembangan mereka. Dengan cara ini kita cepat tahu sama ada anak-anak beri tumpuan dalam kelasnya, siap kerja sekolahnya, masuk kelas pada waktunya dan sebagainya. Apabila berpeluang tawarkan diri untuk melibatkan diri dalam PIBG dan aktiviti sekolah. Dengan cara ini guru-guru tahu siapa kita dan mereka juga akan berikan perhatian yang lebih baik kepada anak-anak kita. Malah kerapkali anak-anak kita, tanpa diminta, diberikan peluang untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti sekolah dan ini akan meningkatkan ‘self-esteem’ mereka. Anak-anak juga akan lebih menjaga disiplin serta pelajaran mereka kerana mereka sedar bahawa perkembangan diri mereka cepat dimaklumkan oleh guru kepada ibu bapa. Komitmen anak-anak secara langsung akan meningkat terhadap pelajaran mereka.

Ikuti perkembangan dan kemajuan anak di sekolah - Jangan tunggu hingga anak bawa pulang Buku Laporan Kemajuan baru mahu bertindak. Kerana ketika itu sudah agak terlambat untuk bertindak. Ibu bapa hendaklah mengikuti perkembangan dan kemajuan anak-anak setiap masa. Pantau ujian bulanan mereka dan kenalpasti kelemahan yang ada. Cari penyelesaian untuk mengatasi kelemahan tersebut seawal mungkin. Kalau anak-anak perlu dituisyenkan maka hantarlah mereka ke kelas-kelas tuisyen untuk subjek-subjek tertentu yang mereka perlu dibantu. Kalau anak-anak lemah dari segi sahsiah maka masukkanlah mereka ke program-program berbentuk motivasi. Lambat bertindak akan mengakibatkan anak-anak tertinggal dalam pelajaran mereka. Anak-anak mula rasakan yang diri mereka tiada kebolehan dan masa depan. Pemikiran yang salah sebegini akan membuatkan mereka hilang minat dan malas untuk berusaha. Akhirnya, mereka fikir buat apa belajar kalau sudah tahu diri akan gagal. Mereka mulalah terpengaruh dengan rakan-rakan yang negatif dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial.

Kenali rakan-rakan anak dan ibu bapa mereka - Rakan-rakan adalah orang penting kepada anak-anak dan berpengaruh dalam menentukan identiti serta imej mereka. Sekiranya mereka berkawan dengan orang yang rajin maka rajinlah mereka. Sekiranya mereka salah memilih kawan maka bermasalahlah nanti. Sebagai ibu bapa prihatin hendaklah kita ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, dari mana mereka dapatkan wang untuk membeli sesuatu yang mungkin diluar kemampuan diri dan sebagainya. Simpan nombor telefon kawan-kawan mereka dan rapatkan diri dengan ibu bapa mereka. Apa salahnya sesekali diadakan perjumpaan antara ibu bapa agar semuanya dapat ambil berat akan perkembangan anak-anak. Ia memudahkan kita menasihati bukan sahaja anak kita tetapi juga rakan-rakan mereka kelak. Begitu juga dengan ibu bapa yang lain, mereka juga tidak akan segan silu untuk menegur dan menasihati anak kita. Dengan cara ini anak kita dan rakan-rakannya tidak sewenang-wenangnya mengabaikan pelajaran hanya kerana utamakan pergaulan.

Sentiasa mengintai peluang yang boleh memajukan anak - Dalam kehidupan kita seharian terdapat pelbagai aktiviti, program, kursus serta peluang untuk memajukan anak-anak dalam pelajaran dan sahsiah mereka. Ibu bapa cemerlang tidak kedekut dan sanggup mengeluarkan pelaburan untuk kebaikan anak-anak. Kecemerlangan anak-anak dalam bidang yang tiada kaitan dalam pelajaran seperti aktiviti ko-kurikulum, sukan, persatuan dan sebagainya boleh menjadi perangsang untuk mereka cemerlang dalam bidang pelajaran. Disamping itu, program-program seperti kursus motivasi, kursus berkaitan dengan kemahiran belajar, kelas teknik menjawab peperiksaan dan lain-lain boleh menjadi faktor yang meningkatkan lagi pelajaran mereka. Ini berdasarkan kepada pengalaman mereka yang telah megikuti program Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan. Ada diantara anak-anak mendapat lonjakan markah yang cukup ketara setelah mendapat bimbingan dan motivasi.

Jadikan budaya membaca sebagai suatu amalan - Masyarakat Malaysia terkenal sebagai masyarakat yang malas membaca lebih-lebih lagi apabila bahan bacaan tersebut berbentuk ilmiah. Penyakit ini menular dari generasi ke generasi dan akhirnya lahirlah masyarakat yang tidak mantap ilmunya. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah menanam budaya membaca bermula di rumah. Adakan masa tertentu untuk membaca seisi keluarga. Bawa anak-anak ke perpustakaan dan ke kedai-kedai buku. Minat membaca bermula dari ibu bapa sendiri. Kalau ibu bapa tidak memulakan tabiat membaca ini maka usah letakkan kesalahan malas belajar itu atas anak semata-mata. Kita bertanggung jawab sepenuhnya dalam hal ini kerana ibu bapalah acuan yang membentuk sikap dan tingkah laku anak-anak.

Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada anak dan hormati waktu belajar mereka - Adalah tidak adil apabila anak yang bersekolah dan ada peperiksaan dipaksa belajar sedangkan anggota keluarga yang lain melakukan aktiviti yang boleh mengganggu tumpuan dan emosi mereka. Misalnya, anak-anak yang bersekolah disuruh masuk bilik dan belajar sedangkan ibu bapa asyik menonton televisyen, abang berinternet, kakak bergayut di telefon, adik kecil bising dengan mainannya. Semua ini memberikan tekanan yang bukan sedikit kepada anak yang mahu belajar. Mereka tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari keluarga. Mulai hari ini adakan peraturan iaitu bila tiba waktu belajar maka tiada aktiviti lain selain daripada aktiviti keilmuan. Ahli keluarga yang lain boleh gunakan waktu itu untuk membaca akhbar, majalah, buku dan sebagainya. Kalau berinternet sekalipun, pastikan masa itu digunakan untuk mencari maklumat bukan untuk berhibur. Adik kecil boleh gunakan masa tersebut untuk melukis dan mewarna. Malah, ibu bapa boleh gunakan masa belajar ini untuk mengajar anak-anak jika mampu. Dengan cara begini, anak-anak dapat rasakan bahawa semua keluarga mahu lihat mereka berjaya dan bersemangat untuk membuktikannya.

Meletakkan harapan berdasarkan kemampuan diri anak - Tidak ada ibu bapa yang tidak mahu lihat anak mereka berjaya dan begitu juga kita. Namun begitu, ibu bapa mestilah realistik dalam menentukan pencapaian anak-anak mereka. Sekiranya harapan yang diletakkan itu terlalu tinggi hingga anak-anak rasakan mustahil untuk mencapainya maka mereka mula rasa tertekan. Anak-anak mudah rasakan diri mereka tidak berguna apabila gagal mencapai impian ibu bapa lalu kecewa dan murung. Keadaan bertambah parah apabila ibu bapa mula marah-marah setiap kali anak-anak gagal mendapat markah yang baik. Kata-kata kesat dan sindiran-sindiran tajam mula dilemparkan kepada anak-anak seperti “sia-sia sahaja hantar tuisyen”, “hidup hanya menghabiskan beras sahaja .. “, “Itulah memang dasar anak pemalas!” dan macam-macam lagi. Cuba renungkan sejenak, apa baiknya kita luahkan dan puaskan perasaan kita dengan cara begitu. Adakah ia menjadikan anak kita lebih bijak? Pastinya tidak. Adakah ia akan mengubah cara anak kita belajar? Mungkin juga tidak. Ia hanya akan melukakan lagi hati anak dan mencalar ‘self esteem’ mereka. Oleh itu, bincanglah dengan anak-anak tentang sasaran dan matlamat mereka dan bantu mereka untuk capai matlamat tersebut. Inilah yang terbaik sebab anak-anak merasakan sasaran yang diletakkan itu adalah sasaran mereka bukan sasaran ibu bapa.

Tidak merendah-rendahkan kebolehan anak di hadapan orang lain - Manusia mudah percaya apa yang dikatakan tentangnya lebih-lebih lagi kalau yang berkata itu mempunyai pengaruh atas dirinya. Begitulah juga anak kita. Kerap kali apabila ibu bapa bawa anak-anak mereka berjumpa saya tanpa berselindung lagi mereka terus menceritakan keburukan-keburukan dan kelemahan-kelemahan anak kepada saya di depan anak-anak mereka. Misalnya, “anak saya ni malaslah”. “Anak saya ni kuat tengok TV dan tak boleh diharap, berkali-kali ditegur tapi macam tu juga”, dan macam-macam lagi. Wajah anak tiba-tiba berubah. Mereka mungkin ketika itu rasa malu, rendah diri, kecewa, marah dan sebagainya. Lebih buruk lagi mereka percaya itulah mereka dan tiada apa yang boleh dibuat sebab mereka telah dilahirkan begitu. Akibatnya, anak tidak akan bersungguh-sungguh berusaha dan mereka akan kekalkan sikap tersebut dan mengulangi tingkahlaku negatif kerana mereka percaya itulah diri mereka yang sebenar. Kesilapan sebegini dilakukan oleh ramai ibu bapa tanpa mereka sedari. Jadi mulai hari ini, kalau mahu bincangkan masalah anak maka bincanglah tanpa kehadiran mereka. Di depan mereka cuba suburkan kebaikan yang ada, fokus lebih kepada kelebihan mereka. Sekiranya ada kelemahan dan keburukan yang mahu ditegur maka tegurlah secara berhikmah dan nasihatlah secara baik. Kalau kesilapan anak-anak menyentuh soal peribadi mereka, tegurlah secara individu tanpa kehadiran sesiapa termasuk adik beradik yang lain. Kalau kesilapan anak-anak menyentuh soal umum seperti masalah bilik tidak kemas, buang sampah merata-rata dan sebagainya maka tegurlah secara terang-terangan untuk memberi pengajaran kepada yang lain. Tegur perbuatannya bukan orangnya.

Tidak membanding-bandingkan kebolehan - Ibu bapa perlu ingat bahawa kemampuan anak-anak adalah berbeza. Tidak semua boleh berjaya dalam bidang akademik. Ada yang dianugerahkan oleh Allah dengan kebolehan dan kemahiran lain seperti petah berpidato, pandai melukis, bijak bermain alat muzik dan mencipta lagu, mahir bertukang, dan sebagainya. Oleh itu kenapa mesti dibandingkan pencapaian mereka? Kalau adik dibandingkan dengan kakak dan abang, mereka rasakan seolah-olah ibu bapa tidak cukup sayangkan mereka. Kalau perbandingan dibuat dengan rakan-rakan, mereka akan rasa rendah diri pula. Oleh itu, membandingkan anak tidak membantu kecemerlangan mereka. Adakah ini bermakna kita tidak boleh ambil kejayaan orang lain untuk diceritakan kepada anak-anak? Tidak.. bukan begitu yang dimaksudkan. Ibu bapa, lazimnya, menyebut kelebihan dan kejayaan orang lain kepada anak-anak hanya apabila marah, geram dan kecewa dengan tindakan dan tingkahlaku mereka. Lain pada masa itu, kita lupa dan tidak ambil kisah. Sebab itulah anak-anak menolak cara ibu bapa ini. Oleh itu, apabila menegur kesilapan dan kegagalan anak, jangan sama sekali dibandingkan dengan sesiapa. Cukup sekadar menegur dan menasihati perbuatan dan tingkah laku mereka. Waktu lain, ketika tiada ketegangan emosi antara kita dan anak maka berceritalah tentang kejayaan orang lain serta bagaimana mereka capai kejayaan tersebut untuk anak jadikan panduan dan tauladan. Saat sebegini adalah lebih mudah untuk anak menerimanya kerana mereka lebih terbuka.

Ganjari bukan sahaja hasilnya tapi juga usahanya - Manusia hanya berusaha tetapi Allahlah yang akan menentukan hasilnya. Sekiranya ibu bapa faham erti kata-kata ini maka mereka tidak akan merasa kecewa, putus asa dan marah apabila anak-anak tidak mendapat 5A dalam UPSR atau 8A dalam PMR. Ibu bapa tidak perlu bimbang tentang apa keputusan yang bakal diperolehi sebab itu urusan tuhan. Yang perlu dibimbangkan adalah usaha anak. Dorong anak-anak untuk melakukan yang terbaik dalam apa juga keadaan. Nyatakan dengan jelas kepada mereka bahawa bagi kita keputusan bukan perkara utama tetapi yang penting kita mahu lihat mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Sebagai bukti, kita berikan ganjaran terhadap usahanya dan bukan sekadar hasilnya. Misalnya, kita berjanji untuk berikan ganjaran tertentu sekiranya anak dapat 8A dalam PMR mereka. Namun begitu, sekiranya kita lihat anak memang telah berusaha tetapi sekadar dapat 4A 4B sahaja maka berilah juga ganjaran dalam bentuk atau amaun yang berbeza. Sebagai contoh, kita berjanji dengan anak kalau dia dapat 8A dalam PMRnya maka setiap A kita berikan RM50 ringgit. Sebaliknya kalau dia tidak dapat 8A, kita tetap berikan ganjaran tetapi kali ini setiap A Cuma dapat RM30 sahaja.

Sentiasa doakan kejayaan anak - Doakanlah kejayaan anak-anak sepanjang masa dan bukan hanya diwaktu musim peperiksaan sahaja. Doa ibu bapa, terutamanya doa ibu biasanya makbul. Elakkan dari mengeluarkan perkataan yang buruk terhadap anak kerana kata-kata kita itu merupakan satu doa. Doakan anak kita setiap kali kita teringatkan mereka. Misalnya ketika kita sibuk dipejabat tiba-tiba terdetik di hati apa agaknya anak sedang buat di rumah? Ketika itu terus berdoa dalam hati dan insyaAllah sekiranya kerap dilakukan begitu akan ada yang makbul nanti. Saya masih teringat waktu kecil dahulu bagaimana saya terdengar doa ibu. Saya datang dari keluarga yang miskin dan dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Ibu saya biasanya turun awal pagi untuk mencari nafkah dan pulang lewat petang dan ada ketikanya malam. Satu ketika, sedang saya tidur-tidur ayam terdengar ibu berdoa, “Ya Allah ya tuhanku.. aku mempunyai tiga anak lelaki, kalau tidak ketiga-tiganya berjaya maka berilah aku salah seorang dari mereka yang akan jadi penyelamat keluarga ini.” Mendengar doa ibu ini hati saya menyambut, “Ya Allah ya tuhanku.. biarlah salah seorang dari penyelamat keluarga itu adalah aku”. Kemana sahaja saya pergi dan apa sahaja saya lakukan selepas itu saya pasti terkenang doa ibu itu. Ia menjadi pendorong dan juga benteng diri yang cukup berkesan dalam hidup saya. Oleh itu, apabila berdoa untuk anak maka doalah dengan suara yang didengari dan difahami oleh mereka. Seelok-eloknya ketika berjemaah bersama agar anak-anak aminkan doa kita untuk mereka itu.

Jaga Sumber Makanan - Kita adalah apa yang kita makan. Oleh itu berikanlah makanan yang HALAL, lazat, berzat dan bersih untuk anak-anak kita. Makanan akan menjadi darah daging mereka. Sekiranya anak-anak diberi makan daripada sumber yang haram maka jangan salahkan mereka apabila mereka menjadi anak yang bermasalah, gelap hatinya, degil, malas dan sebagainya. Ibu bapa cemerlang tidak akan mengambil mudah perkara sepenting ini. Mulai hari semaklah sumber pendapatan kita dan pastikan ia diredhai dan diberkati Allah s.w.t.

Tidak berputus asa dalam mengharap rahmat dan pertolongan Allah. - Anak-anak adalah amanah Allah dan ujian untuk kita. Oleh itu tidak perlu kita berputus asa apabila anak-anak gagal setelah kita melakukan sesuatu usaha untuk melihat mereka cemerlang. Kalau satu usaha tidak berjaya carilah usaha yang lain. Kalau satu pendekatan tidak berkesan maka ubahlah kepada pendekatan yang lain. Tidak ada satu cara yang tepat dalam membantu anak-anak ke arah kecemerlangan. Lain anak lain kemahuannya, lain penerimaanya dan lain kebolehannya. Oleh itu pelbagaikan pendekatan keibubapaan sehingga kita dapat kenalpasti cara paling berkesan untuk setiap anak-anak kita. Kalau rasa bantuan orang lain diperlukan maka jangan pula kedekut untuk keluarkan sedikit pelaburan memasukkan anak-anak ke program-program motivasi, khemah ibadah, kaunseling dan sebagainya. Selagi hayat dikandung badan jangan sesekali berputus asa dalam mengharap rahmat Allah. Apa juga yang datang ada hikmah dan kebaikan yang tersendiri serta ujian dari Allah untuk tingkatkan keimanan kita sebagai ibu bapa. Perlu diingat, anak-anak perlu seimbang perkembangannya dari segi akademik, emosi, siasah dan kerohanian. Pincang salah satu maka pincanglah masa depannya. Dalam kita berhabis-habisan memastikan anak-anak cemerlang dalam akademik jangan pula kita lupa untuk memperuntukan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membangunkan emosi, sahsiah dan rohani mereka. Kalau kita malu apabila anak-anak gagal dalam pelajaran maka kita patut lebih malu kalau anak-anak tidak solat, kurang adab, tidak menghormati orang lain dan sebagainya.